Udang Goreng Mentega
Memang mudah dan sangat cepat menyediakan Udang Goreng Mentega. Kalau dulu saya menyediakan Udang Butter yang biasa terdapat di restoran makanan laut iaitu yang berserat dengan telur di SINI. Satu lagi pulak, versi anak anak yang menggunakan sotong atau udang yang dicelup dengan tepung di SINI. Yang ini pulak, versi berkuah lemak manis. Kalau dimakan di restoran, harganya sangat lah mahal. Jadi eloklah disediakan sendiri di rumah buat hidangan keluarga. Selain dimakan dengan nasi, ianya juga dicicah dengan roti atau mantao. Saya sebenarnya tak makan pun lauk ini kerana takut allergik naik semula. Tapi seronok melihat anak anak lepas seorang seorang masuk ke dapur menyenduk lauk di kuali. Memang mereka suka lauk yang bermentega seperti ini. Sejak kebelakangan ini, saya memang dah mengurangkan makan nasi terutama di sebelah malam. Bukan apa, nak kena diet sedikit supaya lebih cergas.
Sebelum melihat resepi, saya ingin berkongsi catatan berkenaan dosa dan taubat yang disiarkan dalam rancangan bersama Ustaz di Radio Klasik. Tapi lupa pulak untuk mencatat nama ustaznya. Sambil mendengar, saya menyalin di dalam iphone. Antaranya ialah berkenaan catatan amalan kita yang akan ditimbang di Padang Masyhar. Ianya untuk melihat amalan kita semasa di dunia, antara catatan dosa dan pahala. Kita diingatkan agar sentiasa beristighfar supaya pertama, Allah menutup atau menghapuskan kejahatan kita kerana di Padang Masyhar semua perbuatan kita di dunia akan didedah pada umum. Kedua, juga kena memohon agar segala dosa kita tidak dihisab. Selain beristighfar, kita mesti lah meninggalkan semua kejahatan lalu dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Perlu menyesal dengan apa yang dilaku sebelum ini. Dosa yang dibuat dengan Allah, lebih mudah urusannya berbanding dosa dengan manusia. Ini adalah kerana bagi dosa dengan manusia, tidak terhapus dosa tersebut dengan hanya bertaubat. Sebaliknya kita kena memohon maaf atau memulangkan kembali apa yang telah diambil dari orang yang kita telah berbuat salah. Contoh, dosa mengumpat kita kena mengakui kesilapan pada individu berkenaan. Selepas dimaafkan, baru selesai. Ulamak bagi panduan, supaya memperbanyakkan amalan kebaikan supaya kebaikan akan menghapus kejahatan yang pernah dilakukan. Kebaikan yang banyak akan dapat mengimbang proses timbangan untuk menghapus kejahatan. Namun begitu, bagi dosa besar, perlu memohon ampun dan bertaubat yang khusus. Tak perlu disebut dosa besar yang dibuat tapi perlu menggambarkan atau membayangkan dosa yang kita telah lakukan dahulu dan mohon ampun secara khusus. Dosa dosa kecil boleh gugur dengan membuat amal kebaikan. Sebagai contoh, amalan yang menpunyai kelebihan seperti berjalan kaki menuju ke masjid di mana bagi setiap satu langkah, Allah akan menghapus dosa dan satu langkah juga, Alah akan menambah darjat kita.

Jom kita tengok resepi yang sangat simple ini....
Udang Goreng Mentega
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kilo udang
8 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 biji bawang besar kuning - cincang
3 tangkai daun kari
8 biji cili padi - hiris
1 tin susu cair
3 sudu besar Mentega
Minyak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan mentega sehingga mentega cair. Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar. Setelah wangi, masukkan pula daun kari dan cili padi. Kacau rata.
Masukkan susu sejat, garam dan gula. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak pekat.
Akhir sekali, masukkan udang. Kacau rata sehingga udang masak mengikut kepekatan kuah yang disukai.
Bolehlah diangkat. Hidang dengan nasi atau dicicah dengan roti atau wantao
Nota:
Boleh juga dibuat ketam atau ayam. Tapi kalau ayam, perlu digoreng dahulu seketika.
Sy ska dgn azie kitchen ni.smua resrpi sng dikut Dan sdp..thks to admin..:)
BalasPadamTerima kasih Linda.
PadamLama tak kunjung sini. Moga Azie sihat selalu. Amie belum pernah buat udang goreng mentega, tapi pernah makan.... memang sedap!!!!
BalasPadamAlhamdulillah Amie. Skrg diberikan kesihatan yang baik. Lama tak bertemu Amie di alam maya. Terima kasih kr singgah
PadamAssalamualaikum...
BalasPadamSuka singgah sini sbb byk resepi masakan kelantan ...hihihi
Assalammualaikum,
BalasPadamSaya kalau takde idea nak masak atau mencari resepi baru blog azie antara favourite saya...sedap dan menjadi...t.kasih
oh ade ye butter prawn yg versi mcmni, selalu jumpa yg ada serabut2 tu...new info..thanks kak.
BalasPadamterima kasih kak..selalu masak ikut resepi akak...alhamdulillah jadi...cuma kole kacang tak jd2 lagi....thanks a lot
BalasPadamsalam, kak Azie..sumber inspirasi org x pandai masak cam saya ni...suke2 sgat blog akak..luv u MMMUUAAH!
BalasPadamfrom Syuhaida Loob
Salam.. Sis susu tu nak masukkan setin ke ada jumlah2 nya ?
BalasPadamsalam kak azi..
BalasPadamkalau saya tukar susu cair dgn butter milk should be ok ke?
My all time favorite! Thanks for the recipe kak :)
BalasPadamAssalamualaikum, dari tak pandai masak sekarng dah reti masak, terima kasih kak Azie, Resepi kak Azie setakat ni sy mencuba semua menjadi,
BalasPadamNk tanya mentega minyak tu apa - marjerin ke? atau buttercup?
BalasPadamMentega tu mentega lah. Minyak tu minyak masak lah
PadamAssalamualaikum..Boleh tak susu cair digantikan dengan cooking cream?
BalasPadamwslm. boleh
Padam