Sambal Tumis Ikan Sardin Mackerel
Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang sangat menarik yang saya hanya mengetahuinya selepas mengikuti kuliah Zohor Ustaz Najhan Shahir Halim mengenai umur 40 tahun. Selama ini banyak dikatakan life begin at 40. Sebenarnya perkara ini ada disebut di dalam Al Quran. Surah (Al-'Aĥqāf): ayat15 - "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
Usia 40 tahun adalah usia matang di mana Nabi Muhamad SAW sendiri telah diangkat menjadi Rasul pada usia itu. Jadi Kalau usia dah masuk 40 tahun,nkita kena kenangkan kembali jasa ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusukan kita. Jangan lagi dok memakan hati dengan ibubapa. Redha lah dengan ibubapa walau apa sekali pun. Mulalah menelefon bertanya khabar, memohon keampunan dan sentiasa berdoa untuk ibubapa dalam setiap selepas solat. Pengalaman hidup kita sendiri sebelum ini, membolehkan kita di usia ini untuk memperturunkan ilmu dan nasihat kepada zuriat kita.
Usia bermula untuk beramal secara serius adalah pada usia 40 tahun. Umur umat Nabi Muhamad adalah antara 60-70 tahun. 1/3 usia terakhir kena melangkah ke arah perbanyakkan ibadah. Bila masuk usia 40 tahun, kenalah mula melakukan solat sunat rawatib, melakukan qiamullail, solat sunat Dhuha dsb. Kurangkan tidur dan berseronok seronok dengan aktiviti tidak berfaedah. Ketika ini juga kedudukan ekonomi telah stabil, jadi mulalah perbanyakkan bersedekah. Kena juga perbanyakkan bertaubat, kalau melakukan dosa di sebelah pagi, terus bertaubat sebelum tidurnya seperti amalan Rasulullah. Jangan sesekali dihimpunkan dosa. Kalau diabaikan, dikuatiri kita tak sempat mengumpul pahala dan bimbang kalau kita tidak dapat menjawab soalan Allah berkenaan usia. Kita akan ditanya 4 perkara, salah satunya ialah tentang umur.
Secara kesimpulan, Allah menyuruh supaya kita bila masuk umur 40 tahun, untuk memulakan sesuatu seperti yang disarankan di dalam Al Quran:
1. Bersyukur atas nikmat
2. Berbuat baik dengan ibubapa
3. Perbanyakkan amalan soleh
4. Mendidik anak anak kita
5. Perbanyakkan taubat
Cukup dulu perkongsian ilmu dan sekarang kita masuk bab masakan pula. Ikan Sardin memang kegemaran, tak kiralah dimasak apa pun, memang ianya akan menbangkitkan selera saya. Saya lebih suka ikan sardin Mackerel berbanding sardin biasa. Kalau biasanya saya membuat sardin yang sedikit berkuah untuk dijadikan kuah, tapi kali ini saya membuat Sambal Tumis Sardin, ala ala Sambal Tumis Udang cuma ianya menggunakan ikan sardin. Saya belajar cara cara memasaknya juga dari Kak Rokiah yang berniaga nasi lemak pagi yang sedap di tepi perumahan polis di Kelana Jaya. Ianya berdekatan dengan Lembaga Tabung Haji. Semua lauk yang disajikan, sedap sedap belaka, terutamanya Rendang Pedas Nogori. Boleh klik di SINI. Saya hanya berpeluang makan di sini di hari minggu sebelum mengaji di rumah Kak Kamariah.
Jom kita tengok resepi dan cara saya memasak Sambal Tumis Sardin...
Usia 40 tahun adalah usia matang di mana Nabi Muhamad SAW sendiri telah diangkat menjadi Rasul pada usia itu. Jadi Kalau usia dah masuk 40 tahun,nkita kena kenangkan kembali jasa ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusukan kita. Jangan lagi dok memakan hati dengan ibubapa. Redha lah dengan ibubapa walau apa sekali pun. Mulalah menelefon bertanya khabar, memohon keampunan dan sentiasa berdoa untuk ibubapa dalam setiap selepas solat. Pengalaman hidup kita sendiri sebelum ini, membolehkan kita di usia ini untuk memperturunkan ilmu dan nasihat kepada zuriat kita.
Usia bermula untuk beramal secara serius adalah pada usia 40 tahun. Umur umat Nabi Muhamad adalah antara 60-70 tahun. 1/3 usia terakhir kena melangkah ke arah perbanyakkan ibadah. Bila masuk usia 40 tahun, kenalah mula melakukan solat sunat rawatib, melakukan qiamullail, solat sunat Dhuha dsb. Kurangkan tidur dan berseronok seronok dengan aktiviti tidak berfaedah. Ketika ini juga kedudukan ekonomi telah stabil, jadi mulalah perbanyakkan bersedekah. Kena juga perbanyakkan bertaubat, kalau melakukan dosa di sebelah pagi, terus bertaubat sebelum tidurnya seperti amalan Rasulullah. Jangan sesekali dihimpunkan dosa. Kalau diabaikan, dikuatiri kita tak sempat mengumpul pahala dan bimbang kalau kita tidak dapat menjawab soalan Allah berkenaan usia. Kita akan ditanya 4 perkara, salah satunya ialah tentang umur.
Secara kesimpulan, Allah menyuruh supaya kita bila masuk umur 40 tahun, untuk memulakan sesuatu seperti yang disarankan di dalam Al Quran:
1. Bersyukur atas nikmat
2. Berbuat baik dengan ibubapa
3. Perbanyakkan amalan soleh
4. Mendidik anak anak kita
5. Perbanyakkan taubat
Jom kita tengok resepi dan cara saya memasak Sambal Tumis Sardin...
Sambal Tumis Sardin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar - hiris bulat
Air asam jawa (saya guna 1/4 asam keping)
1 sk garam halus
Gula
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan sardin seketika. Tutup kuali supaya ianya tidak meletup dan mengotorkan dapur. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar dan cili kisar sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit gula dan kacau lagi. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa atau asam keping. Kalau telah rasa masam, bolehlah keluarkan asam.
Masukkan sos sardin ke dalamnya dan garam. Kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan bawang besar. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang disukai. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Boleh juga dimasukkan ubi kentang yang dipotong wedges dan digoreng seketika.
Terima Kasih Kak Azie atas perkongsian yang sangat berguna...
BalasPadamya allah kak azie...apa je yg kak azie masak semua buat sy jd mengidam nk mkn...kesian baby dlm perut ni...huhuhuhu
BalasPadamAlamak macam mana ni? Hahaha baby jgn salahkan aunty Azie lak ya.
Padamsimple n sedap kak...kalau buat sure buat cekodok ptg tue tuk buat cicah :)
BalasPadamTima kasih kak azie berkongsi resepi.. boleh katakan semua resepi sedap dari satay goreng, kuah kacang, masakan daging kek dan roti..semua saya dah try dan semua sedap.. terima kasih sekali lagi kak azie..
BalasPadamKalau free jemput la singgah ke blog saya http://rayyanshopz.blogspot.com
Wow simple nye kak azie..terliur ni...😊
BalasPadamDah cuba.. Sdap ! Thnks kak
BalasPadamboleh bagi sukatan untuk air asam jawa tak? maksudnya berapa sudu makan asam jawa dicampur bersama berapa air. maaf la, saya baru nak belajar masak.
BalasPadamKena agak agak shj. Guna 1 sudu kecil pes asam jawa bancuh dg sedikit air. Masukkan sedikit dulu dan rasakan. Air terlebih tak apa, boleh dikeringkan.
PadamSedapnya... Boleh cuba ni...
BalasPadamNew post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati
Salam..kak azie pakai sardin tin kecil ke besar ?
BalasPadamBiasanya saiz besar kerana saiz kecil tak ada ikan mackerel
PadamWow...
BalasPadamKak .. kalau tak nak goreng tu sardin dulu pon boleh kan ?
BalasPadamBoleh juga. Tapi isi ikan rasa kenyal jika digoreng. Nanti cuba goreng, bila ada kemudahan dan rasakan perbezaannya
Padam1st time ni sardin d goreng dulu.. Sakli cuba, mantop!!!! Tq.. Sllu ikkut blog ni bila nk msk.. Simple n lazzzzaatttttt...tqvm
BalasPadamtq kak azie kongsi byk resepi sedap2 ni..biase klw xtw atw nk try cba resepi lain mesti amik resepi akk ni..Mmg sedapla simple pun ye.😘😘
BalasPadamSaia baru mencuba tadi hehe. Tp biase letak sedikit halia ,, kali nj tak
BalasPadamSedap nye kak azie..terliur tgk
BalasPadambulan ramdhan ni kita budk bujang , duk cari masakan sambal sardin terus duk tgok sini. hahahah . thanks info kak
BalasPadamdh habis idea nak memasak di penghujung ramadhan. tq for the idea
BalasPadamSedapnyee
BalasPadamsardin tin brape gram?
BalasPadamterima kasih...resepi yg u beri best sgt ...😍😘
BalasPadam