Sambal Sotong Bertelur
Memasak memasak juga kan, tapi sekali sekala kita jamukan minda kita dengan sedikit ilmu buat renungan. Kali ini saya nak berkongsi pula berkenaan ujian dan rahmat yang disampaikan oleh Ustaz Najhan. Suasana hari ini yang sangat degil dengan pelbagai peristiwa besar berlaku merupakan masa terbaik untuk kembali pada Allah. Disebutkan bersama kepayahan, adanya kesenangan. Tidak disebut, selepas kepayahan, baru ada kesenangan tapi disebut dalam sedih ada gembira dan dalam senang ada sedih. Contoh, melalui musibah kehilangan pesawat MH370, manusia akan lebih mudah kembali pada Allah. Masyarakat mula yakin apa yang berlaku, bukan berlaku tanpa sebab. Setiap masa kita berdoa malahan doa juga dibaca di dalam media massa termasuk radio dan televisyen. Hikmahnya kita tak boleh baca, kerana hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya. Yang paling penting, kita kena hadapi ujian dan musibah dengan beberapa adab, antaranya ialah:
1. Mengembalikan semua urusan pada Allah. Allah akan beri balasan pada orang yang sabar. Cuma berdoa dan bersabar. Tindakan mesti berlandaskan syarak. Minta tolong pada Aku dengan sabar dan solat.
2. Kena banyak bersabar. Apa dia sabar? Iaitu menahan dari segala apa yang dibenci oleh nafsu kita. Antara sifat orang beriman ialah bersabar atas semua ujian Allah. Semua ujian adalah dari Allah walaupun berlaku dari tangan manusia manusia yang jahat. Sama juga seperti kes kehilangan pesawat MH370. Ianya berlaku dengan keizinan Allah dengan sebab tertentu. Antara lain ialah untuk mengangkat darjat orang beriman. Lebih kuat iman, lagi besar ujiannya. Siapa bergantung dan kembali pada Allah akan diangkat darjatnya. Nabi nabi lah yang paling berat ujiannya. Kalau tak ada musibah, mungkin kita terus hanyut. Tapi bila ada musibah, kita akan sedar.
3. Kerana Allah ingin jadikan pengajaran untuk kaum yang lain. Contoh kejadian yang berlaku pada umat terdahulu, untuk umat Nabi Muhamad SAW mengambil pelajaran dan iktibar.
4. Musibah juga kerana Allah hendak mengampunkan dosa dosa kecil.
Sebab tak puashati kerana sotong yang dibeli di kedai runcit di SINI, tak ada telur, saya mengajak hubby ke Pasar Taman Tun selepas selesai melakukan pemeriksaan kesihatan di Tropicana Medical Centre. Sebab bukan senang nak mengajak hubby ke sana, saya telah memborong hampir 2 kilo sotong bertelur. Kalau ada lagi yang bertelur, agaknya ada lagi yang saya beli. Saya pergi ke beberapa kedai dan meminta dicarikan hanya sotong bertelur. Memang seronok dapat menikmati sotong bertelur. Saya bukanlah penggemar sotong, tetapi kalau sotong bertelur, memang sayalah peminat no 1. Teringat lagi mak cik yang menjual nasi lemak di tempat makan di pejabat saya, akan memberitahu saya setiap kali ada sotong bertelur. Bertahun tahun juga dia akan menunggu saya datang bersarapan jika ada sotong bertelur.
Jom kita tengok resepi sambal saya. Seperti yang saya coretkan sebelum ini untuk menghasilkan sambal yang cantik warnanya ialah dengan memasukkan gula selepas cili garing sebelum dimasukkan lain lain bahan.
Sambal Sotong Bertelur
15 ekor sotong - basuh & tos kering
20 -15 cili kering
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
Garam
Gula
Asam keping
Cara cara:
Cara cara:
Bersihkan sotong dan tos sehingga air benar benar kering. Tumis bawang dan cili yang dikisar sehingga benar benar garing dengan api perlahan.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dalam beberapa minit sebelum dimasukkan sotong.
Setelah air sotong hampir kering, masukkan asam keping dan garam. Terus dikacau sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
Selamat menjamu selera....
Mmg sedap sotong bertelur nie kak..bkn sng nk dpt.. ;)
BalasPadamsaya selalu makan telur sotong yang dijadikan lauk nasi kandar, mmg best.
BalasPadamalahai Azie terliur nya akak tengok ni, akak pun peminat sotong telur, dulu2 kat Penang memang ada jual sambal telur sotong saja waduhhh memang tkkan lepas peluang..
BalasPadamWahh.. Dapat dah yer sotong bertelur..
BalasPadamsalam kak azie...ct nk tanya akak g beli sotong telur kat pasar besar ttdi ke? sbb slalu ct g kt pasar tani susah nk dpt sotong telur...
BalasPadamct jd alahan lepas pregy anok sulung hr tu..xleh masuk pasar..bau pasar dlm bgnn bleh jd loya dn muntah...
Wslm. Pasar TTDI lain. Dikatakan pasar yg org pakai high heel pun datang. Hahaha menunjukkan ianya sangat bersih dan kering.
Padamsalam akak..kat pasar mana tu..nk g jgk lah..ore kato buke nok agas tp meme ct xleh dh masuk pasar basah...if akak bleh bg detail mcm koordinat gps lg bagus...sori agk mengada permintaan ni
PadamWslm. Pasar ni mmg high end sikit. Macam macam ada jual. Ada escalator lagi. Senang jer nak cari. Di belakang Pizza Hut. Cuba cari dalam gps pasar taman tun dr ismail atau pizza hut, taman TDI
Padamsalam kak...saya pun suka sotong telur tu....tapi masalahnya waktu kita bersihkan sotong tu terbuang sekali telurnya, macammana nak buat yer....terima kasih klu dpt beri tunjuk ajar...
BalasPadamWslm. Jangan lah korek sb ianya bukan kotor. Tarik kepala perlahan lahan. Di kepala akan terlekat bahagian dakwat dan lendir. Yg ini jer perlu dibersihkan.
PadamAzie, your sambal is very fiercely red and it is so nice to eat with either plain white rice or nasi lemak!
BalasPadamterima kasih kak...semlm saya dah buat sambal sotong tu, tapi tak ada telur...lawannya bayam msk lemak...
BalasPadamSalam. Saya ada jual TELUR SOTONG FROZEN. Free delivery KLANG VALLEY. Rm30/Kg kalau berminat nak order boleh whatsapp sy di 0148420670.
BalasPadamSedap sangat dimasak sambal, telur sotong goreng kunyit, telur sotong masak lemak cili api dan paprik. Jom order sekarang.
Salam Akak. Macammana nak cari dan bezakan sotong yang ada telur dengan yang tidak masa shopping di pasar yer?
BalasPadamWslm. Picit perut. Kempis maknanya tak ada telur
Padam