Kek Karot Yang Sangat Sedap
Hari ini saya ingin menayangkan lagi Kek Karot yang disediakan Juita untuk makan makan di rumah sahaja. Jadi deko pun tak dibuat, sekadar disapu dengan cheese cream sahaja. Resepi ini saya pelajari dari anakanda saya, Nana yang selalu menggunakannya sejak masih belajar di Egypt lagi.
Memang sedap dan sangat moist kek ini dan memang menepati citarasa kami tanpa perlu lagi mencari resepi Kek Karot yang lain. Sedap sekali jika dimakan sejuk walaupun ada yang suka ianya suam suam selepas dipanaskan di dalam microve. Semua terpulang kepada kesukaan masing masing. Kek yang dibuat sendiri memang sedap berbanding dengan kek yang dibeli di kedai hatta di Secret Recipe sekali pun tidak dapat menandingi homemade cake.
Hahaha janganlah pulak, kata masuk bakul angkat sendiri sebab kesedapan ini adalah kerana faktor resepi, bukan sebab kami yang membuatnya. Sesiapa yang membuatnya pun, Insya Allah akan menghasilkan kek yang lembab, gebu dan sedap. Boleh klik di SINI dan SINI jika ingin melihat resepi yang digunakan. Saya lebih gembira jika resepi yang saya kongsikan dicuba oleh ramai orang. Tapi janganlah ambil gambar gambar untuk dipublish tanpa kebenaran pulak. Tapi kalau ambil gambar untuk simpanan sendiri, saya pun tak kisah kerana saya pun suka menyimpan gambar gambar masakan yang nampak cantik dan sedap. Sekarang banyak blog yang ciplak resepi dan gambar dari blog lain dan dimasukkan dalam blog mereka yang saya rasa tidak berapa berhemahlah. Apa apa pun, saya tak mahu lah merungut, kalau rasa nawaitu OK, OK lah.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam kak..
BalasPadamNanti nak try jugalah. Minta izin copy resepi ye
Hi Kak Azie! I have been looking for a good carrot cake recipe because my mum loves carrot cake. I will try Juita's recipe :)
BalasPadamAlum. Pn. Azie. Sy dah cuba resepi kek carrot ni. Mmg sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga. Ramai kwn2 yg puji keenakan kek ni bila sy BG diorg rasa. Terima kasih atas resepi yg best ni. Sy mohon untuk di copy resepi ni ke blog sy ya. Tqvm
BalasPadamNmpk sdp...harus cuba ni...:)
BalasPadamTetiba lapa kek karot lak..kne cuba ni..
BalasPadamwww.myfreshvita.com
Assalamualaikum Pn :), saya dah cuba resepi Kek Carrot dan Famos Amos Cookies ni..memang sedap!! Izinkan saya copy untuk dikongsi bersama rakan2 y lain di blog sy. TQ
BalasPadamSaya dh try buat..mmg best!!
BalasPadamLembut & sedaap..
Assalamualaikum.
BalasPadamsaya dah cuba resepi kek carrot ni memang sedap mabless..kat sini saya nak ucapkan ribuan terima kasih sbb sudi kongsi resepi.
Tapi resipinye???
PadamAah mana resepi
PadamSy copy paste yea. Tq☺
BalasPadamsALAM..SY MINTA IZIN COPY RESEPI DLM FB SY YE..TP JGN RISAU ADE CITATION SUMBER PUAN AZIE TAU =) TERIMA KASIHH
BalasPadamPuan.izinkan saya share.tq
BalasPadam