Ketupat Sotong Kegemaran Keluarga Di Nur Qaseh
Ketupat sotong ini saya sediakan atas permintaan anakanda bongsu saya yang meminta dimasakkan ketupat sotong. Ketupat sotong memang antara makanan Kelantan kegemaran di rumah ini, termasuklah saya sendiri. Memang boleh berebut rebut terutama sotong yang mengandungi telur.
Jika bukan musim sotong, agak susah untuk mencari sotong yang bertelur. Jadi hubby akan ke Pasar Taman Tun kerana di sana, mereka akan melayan jika kita mahukan hanya sotong yang bertelur. Alhamdulillah kerana walaupun saya disahkan allegik dengan makanan laut, tapi tidak dengan sotong. Maknanya saya masih boleh menikmati makanan kegemaran saya ini.
Saya perhatikan ramai orang bila menyiang sotong, akan membuat kulit sotong. Begitu juga my hubby, bila sekali sekala menolong saya, pasti dikupas semua kulit sotong. Sedang saya pula, lebih suka kulitnya dibiarkan bagi menjadikan ianya bercorak selepas dimasak. Kadang kadang sambil makan, saya akan menilik badan sotong yang unik.
Di samping menjamu mata dengan gambar gambar masakan dan resepi, rasanya ada baik kalau kita dapat berikan sedikit makanan kepada minda kita dengan perkara yang memberi sedikit manafaat di akhirat kelak. OK, setuju? Kuliah Zohor Ustaz Aliff Mahalil menyentuh berkenaan Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan.
Di samping menjamu mata dengan gambar gambar masakan dan resepi, rasanya ada baik kalau kita dapat berikan sedikit makanan kepada minda kita dengan perkara yang memberi sedikit manafaat di akhirat kelak. OK, setuju? Kuliah Zohor Ustaz Aliff Mahalil menyentuh berkenaan Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan.
Jangan berlebihan dalam beribadah tapi jangan juga mengambil
remeh. Contoh, Islam memberikan kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk
mengerjakan solat secara jamak qasar. Ini kemudahan yang diberi tapi ada orang
yang ambil mudah dengan tidak mahu mengerjakannya jamak qasar. Ada lagi yang
mengambil mudah sehingga langsung tidak mengerjakan solat terutama semasa di atas penerbangan. Ini lah
antara orang yang meremeh remehkan agama.
Kita dinasihatkan supaya membuat ibadah sekadar kemampuan Jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang akan jemu, bosan dan malas untuk beribadat, jika dibuat secara berlebihan. Sebaik baik amalan yang dikasihi Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Kita dinasihatkan supaya membuat ibadah sekadar kemampuan Jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang akan jemu, bosan dan malas untuk beribadat, jika dibuat secara berlebihan. Sebaik baik amalan yang dikasihi Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Cukup sekadar bangun
malam dan mengerjakan solat tahajud 2 rakaat sahaja. Bangun 10 minit sebelum
Subuh dan buat solat sunat. Bersedekahlah walaupun dengan jumlah RM1 asalkan
ianya berterusan. Banyak kelebihannya dalam bersedekah.Begitulah antara
intipati kuliah zohor yang sempat saya salin.
Ketupat Sotong
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
Sotong - basuh dan cabut kepala
Santan
Beras pulut susu
Daun Pandan
Garam
Gula Melaka secukup rasa
Sedikit gula, jika suka
Cara cara:
Sedikit gula, jika suka
Cara cara:
Basuh beras pulut dan rendam seketika. Taburkan sedikit garam. Isikan beras pulut yang telah ditos airnya ke dalam sotong dalam 3/4 penuh sahaja. Masukkan semula kepala sotong dan cucuk kemas dengan lidi sate. Letakkan daun pandan secukupnya.
Tuangkan santan secukupnya dan masukkan sedikit garam. Masak sehingga pulut empuk dan masak. Cungkilkan sedikit pulut dengan menyucuk pisau pada sotong untuk mengetahui kalau pulut telah masak.
Setelah pulut masak, baru dimasukkan Gula Melaka dan sedikit gula, jika gula Melaka kurang manis. Masak lagi sehingga gula hancur.
Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
sedapnyer ... :)
BalasPadamAzie, it has been a very, very long time since I had ketupat sotong but I do remember how it tastes like. I also prefer for the sotong skin to be left intact.
BalasPadamcara saya pula, masak pulut dulu baru disumbat dalam sotong dan masak dgn santan. :)
BalasPadam