Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Karot Dr Nana Untuk Harijadi Sarah



Kek Karot  Dr Nana


Kali ini saya mahu kongsikan kek yang saya sediakan untuk si comel Sarah yang ditempah oleh Bondanya untuk meraikan harijadi yang kedua. Saya masih menggunakan resepi Kek Karot Nana Ain. Boleh tengok hasilnya di SINI dan di SINI. Kek ini memang sangat saya sukai dan sesuai sahaja kemanisannya. Selepas beberapa hari, kek nya akan menjadi lebih moist. Resepi ini akan kekal menjadi a keeper recipe for Kek Karot untuk kami.



Kek Karot  Dr Nana

Selain kek yang ditempah, kami juga menyediakan sebiji kek ekstra untuk dimakan makan. Kalau mahu melihat gambar kek yang telah dipotong boleh tengok 2 gambar di bawah sekali. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Hidayah kerana sudi menghantar gambar Sarah semasa memotong kek harijadi.  Harap maaf atas segala kekurangan terutama deko budak baru belajar tu... 




Saya sertakan sekali lagi resepinya di bawah ini untuk memudahkan rujukan. Kalau ada sesiapa yang mahu mencuba resepi ini sendiri di rumah, silakan lah...


Kek Karot  Dr Nana

Kek Karot Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut - panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot - parut kasar 
1 cawan kismis - opsyenal 

Cara cara:
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi. 

Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.

Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.

Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C



Kek Karot  Dr Nana

Bila sejuk, sapukan cream cheese dan hias mengikut kreativiti masing masing. Simpan seketika di dalam peti sejuk kerana ianya sedap dimakan bila agak sejuk.



Kek Karot  Dr Nana

Cream Cheese

Bahan bahan:
2 cawan gula icing - ayak
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar unsalted butter - lembut (2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati. Sedikit demi sedikit, masukkan gula hingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 3 hari. 


Kek Karot  Dr Nana




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

27 ulasan for "Kek Karot Dr Nana Untuk Harijadi Sarah "

  1. Salam.nk tny, cream cheese yg slalu puan pkai brand apa yer? Mohon share..tq
    -nurul, perak-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya pakai Philadelphia atau Tatura

      Padam
    2. nk taruk whipping cream with creamcheese boleh ke

      Padam
  2. Salam kak nktye..8oz bersamaan bape yer

    BalasPadam
  3. 1 oz lebih kurang 28gram...saje je tolong jawab..heheh..nak try buat jugak ni

    BalasPadam
  4. Hai kak..kak guna baking tray size brapa nie?

    -Mrs.Freddy

    BalasPadam
  5. Salam kak. Nk tnya cmne nk bt krim yg tahan lma yg x cpt cair?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Butter cream lebih tahan dari cream cheese.

      Padam
  6. Kak klu 8oz tu bsamaan dgn brp ml or gm ye? Xreti nk convert.. Huhu

    Laila

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum,

    Salam kenal kak Azie. Alhamdulillah, sy dah cuba kek ni smlm. Sy buat dlm acuan loyang 7x3 inch. Tapi kat tgh die mendap pulak. But rase sangat sedap. Tak tipu. Then, sy ingat terlebih muatan utk loyang besar tu, jadi transfer ke cupcake pulak. Masih sedap, anak2 suke, suami suke. Thanks kak!!!

    BalasPadam
  8. Nanti nk cuba la.. cream cheese je xde
    Kene angkat oven dari stor ni..
    Nk buat kek carrot asyik xsempat

    BalasPadam
  9. salam kak azie..saya da buat resepi ni...sgt sedap..dan dah ada yg tempah kek ni..alhamdulillah.mintak halal ye kak azie

    BalasPadam
  10. salam kak. kalo telur size c pun 4biji ye guna? -nadhrah-

    BalasPadam
  11. Salam azie guna api atas abwah ke bawap je?da 2 kali try resepi ni tgh x masak...ke sy x pdai buat kek?

    BalasPadam
  12. Salam azie guna api atas abwah ke bawap je?da 2 kali try resepi ni tgh x masak...ke sy x pdai buat kek?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Azie.
    Saya dah cuba resepi kek ni semalam.
    Walaupun tak de walnut & kismis, kek masih sedap sangat.Alhamdulillah
    Terima kasih Kak ��

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Puan.. sy dah banyak kali buat kek guna resepi Puan. Red Velvet, Choc Moist, Kek Pisang & Carrot Cake. Semua menjadi. Sampai ada yg order nak beli kek dgn saya. Terima Kasih byk2 puan share resepi. Moga Puan sentiasa murah rezeki & diberkati Allah.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, Azie..untuk sukatan cawan, apa size cawan yang digunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna measuring cup yg dibeli di kedai bakeri dan baking

      Padam
  16. assallamualaikum sis azie dah bnyk resepi sis yg saya cuba bersama anak2...semuanya menjadi dan marbelles...terima kasih banyak atas perkongsian yang sangat bermakna ini...dengan doa semuga allah permudahkan segala urusan sis sekeluarga.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum... Terima kasih atas perkongsian resipi. Saya baru je cuba buat. Memang sedap. Lembut je. Tapi bila saya terbalikkan kek, nampak bahagian dasar kek tu agak tenggelam sikit. Agak2 sebab apa jadi macam tu ye? Maaf bertanya.. Saya baru nk berjinak dengan baking

    BalasPadam
  18. Salam sis azie...guna loyang saiz brp tu?

    BalasPadam
  19. Sya guna resepi ya.. Terima kasih

    BalasPadam
  20. salam sis, klu sya bakar mgunakan cawan kerts tu agknya suhu dn min brp ya sis? tq sis

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah. Terima kasih kak Azie. Baru cuba resepi carrot kek kak Azie. Memang mabeles👍👍

    BalasPadam