Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Blueberries Cheese Tart Nelly



Blueberries Cheese Tart Nelly




Sebelum saya menulis berkenaan Blueberries Cheese Tart, terlebih dahulu saya ingin kongsikan satu hadis yang diambil dari Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Muhammad iaitu hadis diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda beberapa perkara perlu dilakukan apabila masuk gelap malam. Iaitu apabila masuk maghrib, hingga masuk waktu Isyak hendaklah:

1. tahan lah anak anak kamu dari keluar rumah kerana ketika itu, syaitan berkeliaran. Apabila berlalu seketika dari malam, iaitu masuk Isyak, gangguan syaitan pun hilang. 

2. tutup pintu rumah dengan menyebut nama Allah dengan membaca Bismillah semasa menutupnya. Kerana syaitan tak dapat membuka pintu yang terkunci dengan nama Allah. Jadi Syaitan tak dapat tidur dalam rumah kita. Kalau rumah kita menjadi tempat tidur syaitan, kita akan jadi malas nak bangun solat dan berbuat amal soleh
3. Ikat mulut bekas air kamu dengan membaca Bismillah.
4. Tutup bekas bekas kamu seperti periuk walau dengan meletak sesuatu dengan baca Bismillah. Di sini, kita dikatakan perlu menutup bekas makanan seperti periuk dsb supaya tidak terdedah tanpa ditutup.

Semoga perkongsian ringkas di atas dapat memberi manafaat kepada kita semua. Sesungguhnya seorang muslim perlu mengamalkan hadis dan sunnah Rasulullah. Sekarang kita tengok Blueberries Cheese Tart yang disediakan oleh Nelly untuk dibawa ke pejabat. Kalau sebelum ini, Nana menyediakannya di SINI. Cuma bezanya kerana Nelly menggunakan ready made tart shell.


Blueberries Cheese Tart Nelly


Jom tanpa lengahkan masa, boleh tengok resepinya di bawah. Jadi kalau tak mahu mencari entri sebelumnya, boleh jer salin resepi di bawah yang merupakan kegemaran semua anak anak kami....


Blueberries Cheese Tart Nelly

Blueberries Cheese Tart
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 24 biji 

Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur 
1/2 sk esen vanila

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.

Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. 

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling. 

Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.


Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.

Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit

Angkat dan boleh dihidangkan.  Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.



Blueberries Cheese Tart Nelly



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Blueberries Cheese Tart Nelly"

  1. Assalamualaikum.. kak, nak tanya la. Macam mana nak kasi cheese atas tart tu cantik ye? Maksud saya, die jadi licin je. Sebab, bile saya buat, cheese tu jadi merekah bila masak. tak tahu kat mana silapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Mungkin terlebih masak atau oven terlebih panas

      Padam
  2. ASSALAMUALAIKUM..nk tnya knp bile buat cheese tart ni dye pnyer cheese xbrape naik atau gebu

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Puan Azie. Nak bertanya macamana puan buat mini tart shell yang bulat dan kemas ni? Boleh tunjukkan step by step cara membuatnya?

    BalasPadam