Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Terung Goreng Berlada Sedap


Terung Goreng Berlada Sedap


Terung adalah antara sayuran yang saya gemari lebih lebih lagi jika dibuat pajeri terung. Pajeri terung adalah antara masakan kesukaan saya yang tidak pernah rasa jemu. Apalagi jika di dalamya dimasukkan sedikit udang hidup di samping udang kering. Selain pajeri, sedap juga jika digoreng berlada atau goreng kicap ringkas. Antara pajeri terung yang saya gemari ialah pajeri yang disediakan oleh Wan Chu Sungai Besi yang menggunakan terung hijau. Sehingga kini saya mencari terung hijau tapi tak pernah menemuinya. Memang sangat sedap terung itu. Aduhaai mana lah cari ni. Ada sesiapa yang ada di kawasan Sungai Besi yang tahu terung ini?


Terung Goreng Berlada Sedap


Hari ini saya menyediakan Terung Goreng Berlada mengikut cara Amie's Little Kitchen. Memang sedap sangat terung goreng. Saya boleh meratahnya begitu sahaja. Cuma bila memikirkan di dalamnya ada udang kering, jadi saya pun memperlahankan sedikit. Cuma ambil terung sahaja. Sebenarnya boleh juga kalau menggunakan ikan bilis sebagai ganti udang kering. 

Jom kita tengok resepi mudah untuk menyediakan sayur Terung Goreng yang sangat sedap ini.


Terung Goreng Berlada Sedap

Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dg ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara:
1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.


Terung Goreng Berlada Sedap


2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.




3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.



Terung Goreng Berlada Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

26 ulasan for "Terung Goreng Berlada Sedap"

  1. Insya Allah Akan ke dapur sebentar lagi. Tq

    BalasPadam
  2. semlm da cuba resipi ni..alhamdulilah menjadi..

    BalasPadam
  3. Dah try! Alhamdulillah sedappppp

    BalasPadam
  4. Sekejap lgi nak try resepi ni...

    BalasPadam
  5. Nk suh isteri masak pasni😅

    BalasPadam
  6. Thanks :) malam ni masak ni

    http://pearvta.blogspot.com

    BalasPadam
  7. mcm mnarik n mdh.blh try.tq respi

    BalasPadam
  8. Sedap dan cantik portmeirion tu 😄

    BalasPadam
  9. Boleh try la.. ada ni terung n bahan2 lain. Hubby suka sgt mkn terung nih. Sy plak x berapa suka.. kot resepi ni boleh bg sy suka terung ok gak hihi.. tq ye share resepi

    BalasPadam
  10. Syukran sis utk resepi kegemaran saya.

    BalasPadam
  11. Dah try untuk berbuka puasa tadi...emmm sedap..tq

    BalasPadam
  12. saya dah try untuk berbuka puasa tadi.sdap sngat . thanks

    BalasPadam
  13. Br nak try kak azie..tq resepi

    BalasPadam
  14. Sy pun dah try. Family sy suka sgt. Sampai berkali2 sy buat. Thanks puan azie 😊

    BalasPadam
  15. Dah cuba resepi ni... Tambah belacan, cili api... Pergh sedapppppnye.... Dah ketagih pun ade, nk kne gi pasar cari terung lagi :D

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, dah try! Best! Tq cik azie... Ramai puji ckp sedap

    BalasPadam
  17. Sedap-sedap belaka resepi masakan dari Azie's Kitchen. 💋

    BalasPadam
  18. nak try jgk. banyak sangat terung yg dah masak kat pokok tepi rumah nih.

    BalasPadam