Kunming Yang Mesti Dilawati
Kunming adalah tempat pertama di negara China yang saya lawati. Kunming adalah ibu negeri Yunnan Province yang juga dikenali sebagai The City of Eternal Spring. Kalau tak silap, ianya pada tahun 2002, ketika saya baru lepas menjalani pembedahan. Ketika mula mula menjejakkan kaki, sudah terasa sangat teruja melihat Kunming yang terkenal dengan bunga bunga yang berkembangan sepanjang tahun. Cuacanya sentiasa sesuai untuk kita melawat Kunming sepanjang tahun, seolah olah berada di Genting Highland sahaja.
Antara tempat menarik yang mesti dilawati ialah Stone Forest, Village of Ethnic culture, Grand View Park dan banyak lagi. Semasa di Stone Forest, yang juga merupakan First Wonder of The World, orang ramai berebut rebut untuk bergambar dengan gadis China yang berpakaian kebudayaan mereka. Gadis gadis China dari pelbagai etnik di sana sangat cantik dan berkulit putih melepak. Tiba tiba hubby mencadangkan supaya saya memakai pakaian tersebut untuk bergambar kenangan. Haaa tahu apa jadi lepas tu, ramailah pulak yang menarik saya untuk bergambar. Berjalan di sepanjang Stone Forest, kita boleh melihat pelbagai bentuk batu yang unik. Adalah satu pembaziran jika berkunjung ke Kunming tanpa melawat Stone Forest.

Ketika di bawa bershopping saya membeli sepasang kain sutera China yang masih saya pakai sehingga ke saat ini. Saya juga ada membeli pasu yang diperbuat dari batu marmar yang cantik. Pendek kata sangat berbaloi bershopping di China kerana barangan yang murah. Masih ingat lagi saya membeli sepasang baju dan seluar untuk dipakai ke pejabat dengan hanya RM80, sedangkan kualiti kain dan jahitannya sangat bagus. Ianya masih elok dan tersimpan sehingga kini walau sudah tidak boleh dipakai kerana tiba tiba baju menjadi kecil. Hahaha bukan saya yang mengembang saiz ya.
Selain dari itu, saya juga masih terkenangkan makanan jenis kekacang yang dimasak dan bersalut keras. Ianya banyak dijual di hadapan hotel oleh penjual yang menggunakan motor. Apabila kita mahu membeli, mereka akan memotong kekacang itu dengan cara memahat dengan alat seperti pemahat. Keras jadinya kekacang tu. Memang sedap sangat kekacang yang walaupun keras tapi rangup. Sehingga kini, saya tak pernah lagi berkesempatan menemuinya di mana mana. Serious sangat teringin untuk menikmatinya lagi. Jadi kalau sesiapa nak ke Kunming, jangan lupa membawa balik kekacang ini sebagai buah tangan. Itulah serba sedikit catatan ringkas perjalanan saya ke Kunming. Sebenarnya banyak lagi tempat yang saya lawati semasa di sana. Hanya kongsikan sebahagian darinya sahaja.

Assalam kak azie...salah satu destinasi yg teringin nk pi jugak ni...
BalasPadamAssalamualaikum kak azie, (salam perkenalan)
BalasPadamsemalam saya ada baca dekat blog saudara sy (http://hazwanali.blogspot.com/2014/03/china-yunnan-province-part-1.html) ,
dia cerita psl tmpat menarik kat china, bila tengok gambar yang dia ambik, memang Kunming adalah salah satu tempat yang mesti dilawati.
Kagum dengan ciptaan Allah yang ada di sana. :)
Kalau ada rezeki, nak jugak ke sana. Hehe..