Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Mencari Nasi Kerabu Di Kota Bharu






Hari kedua di Kota Bharu yang juga hari terakhir dalam tahun 2013, pagi pagi kami keluar mencari nasi kerabu berlaukkan itik serati. Tapi kecewa sangat sebab banyak gerai hanya menjual nasi berlauk dengan ayam goreng yang bukan merupakan makanan Kelantan asli. Ada yang menjual nasi kerabu tapi tiada pulak lauk Itik Serati. Semasa kami melalui Jalan Telipot menghala ke Pengkalan Chepa, ternampak kedai Itik Serati Ayam Kampung. Mereka hanya menjual nasi berlauk tapi sebab dah tak larat nak mencari, kami pun berhenti dan makan jer di situ.

Kami memesan nasi berlaukkan gulai kerutuk itik serati dan juga paru yang digoreng garam kunyit dengan bawang besar serta cili hijau. Menambah nambah kami makan kedua dua lauk tersebut. Selepas makan kami ke Pengkalan Chepa melihat rumah baru Cik gu Haji Rosli yang sedang dalam pembinaan. Memang sangat besar rumahnya. 




Selepas itu kami terus ke Bachok untuk ke rumah kakak. Singgah dulu di Jelawat untuk membeli ikan kering plata, rempah gulai kelantan dan beberapa jenis kuih muih. Tidak lupa ialah gulai kerutuk Itik Serati dibungkus untuk dimakan di hotel. Balik dari sana, kami singgah di tempat Bonda lagi. Kali ini kami singgah hanya seketika sahaja. 




Selepas itu, terus ke rumah Cik gu Haji Rosli lagi. Mereka menyediakan hidangan Mee Kari. Dalam perjalanan balik ke hotel, ternampak gerai nasi Kerabu di Cherang yang ditunjuk oleh Cikgu Nora. Terus hubby membuat U turn untuk singgah membeli nasi kerabu, nasi dagang dan beberapa kuih muih. Tak lupa juga saya membeli ikan Percik dan Solok Lada. Setiap kali balik Kelantan, memang teringin nak makan semua makanan yang dijual. Memang semua makanan yang dibeli di gerai itu menepati selera saya. 




Inilah yang saya cari, inilah betul betul nasi dagang dan nasi kerabu Kelantan. Saya tak pula kata yang ianya yang paling sedap. Mungkin ada lagi yang lebih sedap dari ini. Tapi pada saya, nasi dagang ini sangat lembut dan diletakkan sambal kelapa dan telur rebus seperti mana nasi dagang Kelantan asli. Manakala nasi kerabu nya juga sangat sedap. Solok ladanya pula, wallaaa juga sangat sedap sehingga saya meratahnya begitu sahaja. Selain lauk gulai ikan Aya, saya makan nasi dagang dengan Gulai Kerutuk Itik Serati yang juga sangat sedap yang dibeli dari Pekan Jelawat. Setakat ini, gulai serati inilah yang paling sedap pada selera saya. Hahaha tak sempat nak ambik gambar pun sebab dah tak sabar nak makan.

Sebenarnya bukan mudah untuk kami mencari kedai dan restoran makanan Kelantan yang sedap di Kota Bharu ni kerana saya bukan dibesarkan di sini. Banyak kedai kedai yang menjual masakan panas dan masakan Siam sekarang ini.  Akhir sekali Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Semoga tahun 2014 menjanjikan satu peningkatan di dalam hidup kita semua. Azam saya... saya ingin meningkatkan amalan soleh semoga saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Kali ini saya menyambut kedatangan tahun baru di bilik Hotel Renaissance Kota Bharu bersama hubby dan anakanda bongsu kami sahaja.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "JJCM Mencari Nasi Kerabu Di Kota Bharu"

  1. jelawat kampungku! hehehe
    nasi kerabu itik seratik kutub sedappp:)

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru kak.. wahhh.. di Kelantan pun dah sukar jumpa yg asli ya.. agaknya klu di Johor ni buta-buta jer kami ditipu kononnnya masakan asli dari Kelantan, sabar ajelah...

    BalasPadam
  3. Mmg btl JJCM nie k.azie..mmg mnyelerakn nmpk

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru k.azie.....mmg betul..bila balik jer kelate semua mesti nk makan...dr nasi smpai ke kuih muih.....

    BalasPadam
  5. kalau saya time balik kg tu la semua nak makan...itu ini... btw happy new year kak azie

    BalasPadam
  6. Happy New Year Kak Azie! Love you deep deep! ;p Woah! Bestnyer, jalan-jalan cari makan. Terliur sekejap nengok gambar.

    BalasPadam