Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia

 ◆ ◆ ◆ 

JJCM Ikan Patin Masak Tempoyak Di Temerloh

Azie 1/20/2014 14 ulasan
JJCM Ikan Patin Masak Tempoyak Di Temerloh

  




Pada cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti Thaipusam, saya mengajak hubby jalan jalan ke Temerloh. Perjalanan balik hari adalah untuk tujuan makan tengahari berlaukkan Ikan Patin di Temerloh. Semua anak anak tak mahu ikut, cuma Aween sahaja. Saya memang dah lama teringat nak makan ikan patin Temerloh yang sangat femes. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah.  Saya mencari kedai papan bersebelah stesyen minyak BHP Paya Pulai seperti yang disarankan oleh kawan facebook Mazilah Siron. Dikatakan makanan di sini sedap dan Sultan Pahang juga pernah singgah makan di kedai ini.








Ketika sampai, dah banyak lauk pauk yang habis termasuklah ayam goreng yang diminta oleh Aween. Kami memesan selain Masak Tempoyak Patin juga ulam yang dicicah sambal tempoyak, taugeh kepala besar goreng, sotong dan ikan goreng. Saya tanya harga siap siap sebelum memesan setelah membaca pengalaman orang yang terpaksa membayar beratus ratus untuk hidangan makan tengahari.





Best betul lah tempoyak ini walaupun ianya menggunakan cili padi tapi selamba jer saya makan. Walaupun pedas menyengit tapi sangat sedap. Ada juga saya jumpa isi ikan di dalam sambal tu. Tempoyaknya memang tempoyak baru kerana masih terasa kemanisannya. Siapalah boleh kongsikan resepi menyediakan sambal ini ya. Saya boleh mengagak bahan bahan yang digunakan seperti cili padi, garam dan isi ikan jer kot.





Selepas itu, kami pusing pusing bandar sambil mencari Ikan Patin hidup untuk dibawa balik di Jalan Triang. Singgah jap beli  buah nangka madu yang memang kegemaran saya untuk dimakan di dalam perjalanan. Semasa di sini, ternampaklah gerai Pak Usop yang juga sangat femes dengan masakan Ikan Patin yang sedap. Di gerai menjual ikan patin hidup, hubby memilih 2 ekor ikan patin yang terus dipotong dan dibersihkan. Aduhaai, hidup hidup dipotong. Memang tak ada ikan patin liar, cuma ada ikan patin sangkar yang dibela di tepi sungai. Nampak sangat berbeza ikan patin sangkar dengan ikan patin buah di rumah kami. Mengikut kata mak cik di kedai makan S.Z Rahmah, ikan patin liar ori bermata sangat kecik dan memang susah untuk ditemui. Harga sekilo boleh mencecah RM100. 






Dalam perjalanan balik, singgah makan durian Musang King di tepi lebuhraya. Aween dengan hubby tak mahu makan. Jadi saya makan sebiji sorang sorang. Sedap dan sangat berlemak. Sebiji ada 6 ulas sahaja. Berbaloi hubby membayar RM20. Terima kasih tidak terhingga pada hubby sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembirakan saya. 







Ulasan

  1. Gee® 20 Januari, 2014 09:07
    Wah! sedapnya..
  2. mrmama4f 20 Januari, 2014 10:57
    sedapnya ikan patin!!!paling suka!!!meleleh lah kak!!!
  3. Tanpa Nama 20 Januari, 2014 15:20
    salam..
    sy asal dr temerloh ..skang dok kl..kalau mak sy buat..dia blender cili api..cili besar n tempoyak sekali..pastu air yg mendidih msukkan bahan ni..bru lah isi asam kping ..bunga kantan ..org pahang tk pakai bawang..
  4. Azie 20 Januari, 2014 22:32
    Terima kasih Anis. Tapi saya dpt komen yg resepi asli Pahang tak guna bunga kantan, hanya daun kesum sahaja.
  5. mrmama4f 21 Januari, 2014 08:42
    leh try mana2 kan..apapon kak azie..mmg ikan patin i like sgt2!!sy slalu wat masak patin cara simple je..cara kelantan..nih nk lah try cara akk plak...sb kami suami isteri mmg suke ikan masak mcm ni!!!
  6. fazianbatrisyia 22 Januari, 2014 13:37
    sedapnya durian...kesukaan sy tu.
  7. Unknown 02 Mei, 2014 20:30
    Phg ade byk resepi ngikut daerah...cara lipis masuk bawang kecik rsenye...tp klu temeloh mmg xde letak bwg...simple je resepinyer tp sedap ngat wei....hehe
  8. Unknown 08 Mei, 2014 20:26
    Baru makan tengahari tadi. Ummm mmng sedap walaupun sedikit pedas.
  9. v i l l a B a i t y temerloh homestay 20 September, 2014 19:10
    Sz rahmah restaurant hanya beberapa meter sahaja dari homestay villabaity http://www.villabaity.blogspot.com
  10. ni kedai adik saya... dia la yang masak ikan patin tu...
  11. Unknown 07 November, 2015 15:13
    Tq kak..sy baru je masak patin tempoyak hasil dari resepi akk.. sedap terangkat! Wlaupon first time buat hehe..
  12. Unknown 26 Januari, 2016 20:14
    mcm best je ikan patin msk tempoyak nie..xpernah cuba lg..brape jam perjlanan dr s.alam ke temerloh..?
  13. Azie 27 Januari, 2016 00:02
    Dalam 1 jam perjalanan. Makan di restoran Rahmah, 800 meter dari traffic light Hospital Termerloh, lagi sedap
  14. Unknown 02 Ogos, 2016 15:57
    baru cuba tghari tadi parin tempoyak di sz rahmah...rasa everage je... tapi harga..emm hotel 5*****. no hard feeling pls.. munkin bukan selera saya kot...