Bila Pam Meragam
Ini adalah entri lama yang belum saya publishkan berkenaan kolam ikan di rumah kami suatu ketika dulu. Memang sangat memeningkan kepala apabila pam meragam. Hubby dan anak anak kenalah cepat cepat turun ke dalam kolam dan menangkap ikan satu persatu untuk dipindahkan ke kolam kedua sementara kolam ini dibersihkan. Bukan mudah untuk menangkap ikan kelah, ikan jelawat, ikan koi dan lain lain spesis. Memang sangat memenatkan juga bila terpaksa bergerak di dalam air. Semua anak anak bergotong royong untuk membersihkan taman.
Air perlu dipancut dari atas sementara hubby membersihkan lantai kolam. Masa ini terpaksalah panggil budak kecil di atas untuk turut sama membantu. Hahaha marah dia bila saya menghalakan kamera ke arah dia. Lagi besar menjadi lebih pemalu lah pulak...
Inilah rupa kolam yang telah dibersihkan dan dikeringkan sedikit airnya. Kolam ini memang agak mudah penjagaannya dan menghasilkan air yang jernih, cuma masalah kebocoran yang agak memeningkan sedikit.
Aduh pening kepala kerana setiap kali rumput dipotong, ianya akan terbang masuk ke dalam kolam. Dalam gambar di bawah kelihatan Aween sedang mencedok rumput yang terapung di atas permukaan air. Hmm nampaknya adalah alasan untuk saya menukar rumput di kawasan itu ke rumput sintetik lak....
Semasa memindahkan semula ikan masuk ke kolam ini, kami telah mengambil 5 ekor ikan talapia untuk dimasak lemak cili padi. Memang membiak biak ikan ini, aduhaai nak kena hantar ke tasik ni.
Semasa memindahkan semula ikan masuk ke kolam ini, kami telah mengambil 5 ekor ikan talapia untuk dimasak lemak cili padi. Memang membiak biak ikan ini, aduhaai nak kena hantar ke tasik ni.
Catat Ulasan for "Bila Pam Meragam"
Add your comment