Kari Ikan Merah Versi TeeaRa Yatie
Setelah sekian lama dapur rumah tak berasap dek kepenatan selepas balik dari pejabat kerana banyak tugasan dan mesyuarat di akhir tahun, akhirnya hari ini saya menggagahkan diri memasak dengan dibantu oleh anak dara saya, Juita ku sayang. Lagi pulak mendapat tahu yang Nana akan balik seketika untuk mengambil baju dan ke hospital semula kerana mahu membuat kerja double shift. Tapi Nana tak sempat pun nak makan kerana terpaksa segera ke hospital. Apa yang saya perhatikan dia sangat seronok sekarang apabila berpeluang melakukan operation sendiri.
Sejak dapur saya berehat, hubby akan membelikan sahaja makan malam untuk 2 orang anak di rumah atau kami keluar semula untuk makan di luar. Serius, kalau sebulan sekali makan di luar, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau hari hari makan di luar, rasanya tak payah lah saya nak tulis apa rasanya. Bingung tak tahu apa lagi yang nak dimakan. Hmmm kalau sedap, ok lah juga. Gerai gerai dan restoran ni pulak, jarang tukar menu. Hari hari lauk yang sama dijual.
Hari ini saya memasak Kari Ikan Merah mengikut cara cara yang dikongsi oleh TeeaRa Yatie dalam facebook. Resepi yang diajar oleh hubby Yatie selepas menikmati kari ikan yang sedap di London. Yang berbeza dengan cara saya memasak kari adalah resepi ini menggunakan halba yang disangai terlebih dahulu dan kemudiannya dimasukkan ikan selepas rempah pecah minyak. Lain kali kalau tak mahu ikan hancur seperti saya, boleh jer masukkan ikan selepas kuah santan mendidih. Kita kena guna kreativiti sendiri untuk menghasilkan masakan yang sempurna. Haaa apa apa pun pengalaman lah yang akan mengajar kita kan? Tanpa pengalaman, agak sukar untuk kita menjangkakan kejadian masakan kita.

Saya sebenarnya terlebih memasak kuah kari sebab nak menunggu ianya hingga pecah minyak. Haa tu dia, sampai hancur lak ikan nya. Bila memasak kari ikan, bahagian menuang minyak masak semasa menumis yang menjadikan saya ragu ragu. Sebenarnya rahsia untuk memasak kari adalah dengan menggunakan minyak yang banyak semasa menumis. Barulah hasilnya adalah kuah kari yang cantik berminyak. Bila dah masak, kita boleh menceduk keluar minyaknya. Lagi satu, saya suka kuah kari yang agak masam macam yang dimasak di kedai mamak tu.
OK, jom kita tengok resepi Yatie yang telah saya olah dan ubah suai sedikit mengikut cara saya. Kalau ada yang nak mencuba resepinya, silakan lah. Saya tolong panjangkan resepi yang dikongsi oleh Yatie.
Kari Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor Ikan Merah
5 ulas bawang merah- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
1 sk halba
3 sudu besar rempah kari Allagapas
1 biji bawang besar - kisar
Sedikit serbuk cili jika suka pedas
Halba campur
1 pelepah daun kari
1 kotak Santan
Asam jawa
Asam jawa
Garam
Sayur: buah tomato, kacang bendi, cili hijau
Cara cara:
Sangai halba sehingga wangi dan garing. Kemudian tuangkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Tumis sehingga garing.
Kisar bawang besar dengan sedikit air dan kacau dengan rempah kari. Masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga pecah minyak.
Setelah pecah minyak, masukkan ikan dan perahan air asam jawa dan garam. Setelah sebati, baru dimasukkan santan mengikut kecairan kuah yang disukai.
Akhirnya, bolehlah masukkan kacang bendi, buah tomato atau apa apa yang disukai.
Salam.. sis halba tue ape ye,sorry bru nk try masak2 huhuhu
BalasPadamWslm. Susah nak explain. Pergi ke kedai runcit, minta halba campur untuk masak kari. Dah ada dalam pek kecik
Padamsis, halia tak payah hiris dan tumis ke? sy pun baru belajar memasak juga
BalasPadam