Aktiviti Mengemas Laman Rumah
Telah lama kami tidak sama sama bergotong royong membersihkan halaman rumah. Baru baru ini selepas kejadian terjumpa anak ular sebesar wire di ruang menonton, Nelly mula meminta hubby mengemaskan halaman rumah. Mereka bersama sama menyusun semula atap dan barang barang lebihan pembinaan rumah. Maklumlah rumah ini dibina sendiri, jadi banyaklah peralatan pembinaan rumah yang tersimpan di belakang rumah.
Saya pun sekali lah mengambil peluang untuk trim pokok pokok di laman dapur supaya lebih kemas. Sambil sambil itu, saya menyemai benih biji delima yang Izzad bawa balik dari Egypt. Saya memang suka berkebun tetapi sejak mengalami masalah sakit belakang, saya terpaksa mengurangkan aktiviti yang memerlukan alih mengalih barang barang berat seperti pasu.
Juita dan Aween pun mengambil kesempatan untuk berjalan jalan dan bersiar di laman terutama di pintu pagar belakang yang jarang sekali dibuka. Wah dah besar rupanya pokok pokok mangga kami yang ditanam di luar pagar rumah. Kedua dua pokok ini disemai dari biji mangga Pakistan yang sangat manis dan biji mangga dari pokok di rumah lama kami di Subang.

cantiklaman rumah akak. byk pokok2. :)
BalasPadam