Selamat Harijadi, Boy
Selamat Hari Jadi, Boy. Begitu cepat masa beredar. Telah 20 tahun berlalu bila saya melahirkan anak lelaki pertama di Subang Jaya Medical Centre. Boy akan menamatkan pengajian peringkat diploma tidak lama lagi. Kebetulan pula, hubby baru membelikan Boy sebuah kereta Honda City untuk kegunaan Boy. Di samping itu, saya juga akan membawa Boy dan anak anak bercuti selepas mendengarkan yang Boy dah lama tak naik kapal terbang. Maknanya dah hint yang dia dah lama tak bercuti ke luar negara.
Kami hanya meraikan hari jadi Boy dengan makan malam yang ringkas. Seronok melihat mereka berebut rebut makanan. Semoga kemesraan mereka adik beradik akan terus berkekalan sampai bila bila. Akhir sekali, harapan saya pada Boy sebagai anak lelaki sulung supaya dapat menjaga kakak kakak dan adik adik dalam apa jua keadaan.
Assalam & salam ziarah...semoga akak sekeluarga dirahmati Allah & bahagia dunia akhirat/.. amin ;)
BalasPadamTerima kasih ke sudi singgah
Padamselamat hari jadi boy :)
BalasPadamTerima kasih
Padam