Percutian Santai Di Bali
Hari pertama di Bali, iaitu hari Khamis sesampai di airport, kami singgah minum di Bangi Kopitiam sementara menunggu driver datang menjemput. Memang cantik dan besar airport baru Ngurah Rai, Denpasar. Banyak kemudahan tersedia termasuk surau dan tempat mengambil wudhu khas.
Dari airport kami terus ke Restoran Makan Nikmat untuk bersarapan pagi yang menjual nasi campur dengan pelbagai lauk pauk Jawa. Seperti biasa anak anak saya memang makan nasi dengan 2-3 jenis lauk seorang, jadi restoran ini memberi mereka pilihan lauk lauk yang banyak. Harganya juga sangat berpatutan. Sebelum masuk ke van, singgah di mini market di mana anak anak memborong air minuman Fruit Tea dalam botol jenama sosro dan mineral sebagai bekalan dalam perjalanan. Airnya sangat sedap dan terasa perisa blackcurrant dan epalnya.

Oleh kerana hotel belum siap, kami telah mengambil peluang untuk melakukan sightseeing ke Bedugul kawasan peranginan atas gunung yang sejuk untuk melihat danau yang diiktiraf sebagai antara danau tercantik di dunia. Pemandangan tasik dan gunung di belakangnya yang diliputi kabus sangat cantik. Sangat sesuai dikunjungi oleh pasangan yang sedang bercuti bulan madu.
Kami hanya berada di sini sekejap sahaja kerana hujan renyai renyai mulai turun. Lagi pulak anak anak saya masih keletihan dengan perjalanan yang memakan masa yang lama. Perjalanannya terasa sangat jauh kerana jalannya yang sempit. Sekali sekala terasa gerun juga bila melihat cerun bukit di sepanjang perjalanan. Tapi Alhamdulillah, saya boleh katakan pemandu di sana mengamalkan pemanduan yang sangat berhemah dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

Sekembali dari sana, kami singgah di kedai kedai perabut dan beberapa kedai perhiasan rumah di Jalan Seminyak. Entah kenapa saya merasakan kedai kedai perabut dah tak sebanyak sewaktu saya ke sini mula mula dulu. Banyak kedai yang saya kunjungi seolah tidak lagi beroperasi dengan besar besaran. Banyak hiasan dalaman yang dijual tidak menepati apa yang dihajati.
Selepas itu, kami singgah makan tengahari nasi padang di Restoran Sederhana. Pelbagai lauk pauk yang sedap sedap dihidangkan. Cuma ambik yang kita suka dan mereka akan mengira makanan yang diambil sahaja. Antara lauk kesukaan ialah gulai urat kaki lembu dan gulai ayam. Saya pulak dengan selambanya memilih gulai otak lembu walaupun disahkan kadar kolesterol yang tinggi. Balik hotel, terus mengambil ubat kolesterol. Apa yang sangat melekat di hati ialah air durian belanda yang sangat sedap dan segar. Nelly pula memesan air alpukat yang juga sangat sedap. Keenakannya masih melekat ke saat saya telah menjejakkan kaki di rumah.
Selepas makan tengahari, kami ke factory outlet bersebelahan dengan restoran untuk membeli goggle untuk Aween. Selepas itu, kami ke hotel check in dalam pukul 4.00 dan berehat seketika. Saya sempat menemankan Aween mandi di swimming pool yang sangat cantik sebelum dijemput Pak Sigit pada pukul 6.00 petang untuk ke Centro dan bershopping di Discovery. Kami hanya meninjau ninjau dahulu harga benda benda yang dicari kerana tidak bercadang untuk membeli dalam keadaan tergesa gesa dan dalam masa yang terhad.
Selepas meronda ronda dan bershopping ala kadar, kami terus menuju ke tempat massage dan spa. Oleh kerana tempat spa hanya terletak di belakang hotel, kami berjalan kaki balik ke hotel. Kini baru saya perasan yang hotel kami terletak di belakang gedung fabrik Alta Moda. Kami pernah ke sini dulu dan hubby juga pernah ke sini semasa datang bercuti bersama kawan kawannya dan membeli sepasang kain sutera Itali buat saya. Kalau mencari kain sutera Itali, bolehlah berkunjung ke sini tapi harganya hampir sama sahaja dengan harga fabrik di Euro Moda kerana semuanya kain sutera yang berjenama.

Selepas siap massage, Boy dan Nelly membeli sate kambing dan Bakso untuk dibawa balik ke hotel. Ketika itu hujan mulai turun. Jadi kami semua berlarian di celah celah bangunan menuju ke hotel. Selepas makan, kami bersembang sembang seketika sebelum tidur dengan keletihan terutama selepas diurut.
cantiknya bali :)
BalasPadamSukanya dapat p bcuti. Suka juga baca entri kak Azie.
BalasPadamSalam Azie,
BalasPadamMak Aji pun suka otak lembu kalau ke restoran Padang, walaupun tidak sepatutnya makan sebab kolesterol tinggi. Kat sini susah nak cari.
Cantiknya bali..
BalasPadamhttp://norfaezah-zakaria.blogspot.com/
Posting yang menarik.
BalasPadamFirst time nak ke Bali.
Harap2 trip nya sempurna.
Salam,
BalasPadamEntry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Bali,Medan,Bukittinggi atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:
http://freelancetour.blogspot.com/
assalamualaikum,,,,
BalasPadamsalam sejahtera buat semua yang membaca blog ini
kami syarikat mempunyai legalitas di indonesia, Nak tumpang promotion sikit
bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi/ Padang,Medan dan bandung Kami 7LINES HOLIDAY tour & travel siap melayani anda kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour
contact person : firman
Whats app : +62 82390 797959
email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
blogger : 7linesholiday.blogspot.com
insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami
Sewa Kereta Murah Di Bali
BalasPadamSewa Kereta Murah Di Bali
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakn.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Di Bali
Sewa Kereta Murah Di Bali
Sewa Kereta Murah Di Bali
Sewa Kereta Murah Di Bali