Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Snow Cheese Untuk Meraikan Majlis Harijadi



Kek Snow Cheese


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Azie Kitchen atas sokongan sehingga statistik page view blog ini telah melebihi 8 juta. Kini sasaran saya seterusnya ialah untuk melihat ianya mencapai angka 10 juta pula. Saya sebenarnya lebih suka low profile, terasa malu bila diri diperhatikan di mana mana saya berada. Anak anak mengusik yang saya terlebih perasan jer. 

Hahaha mana saya tak perasan kerana dengan berpakaian biasa, membimbit handbag biasa tapi ada orang memandang saya. Ramai juga yang datang menegur. Serius, sangat malu bila rakan rakan di organisasi tempat saya bekerja juga mendekati memberitahu suka membaca blog saya. Apa apa pun, saya sangat terharu atas sokongan yang diberi kerana tanpa pembaca, apalah ada pada blog Azie Kitchen. Hanya tempat untuk saya berbicara dan meluahkan rasa. 

Di samping itu, saya juga mengunakannya sebagai platform untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari dari kuliah kuliah yang dihadiri, buku buku yang dibaca serta youtube yang ditonton. Semuanya adalah semata mata sebagai tabung untuk bekalan hari akhirat. Saya berharap ianya dapat memberi manafaat dan dapat pula dipanjangkan kepada keluarga dan rakan taulan.




OK kita tinggalkan dulu mengenai perkara di atas. Hari ini saya nak kongsikan resepi Kek Snow Cheese yang memang tengah fofular dan meletup letup. Saya belum pernah mencubanya sebelum ini kerana terpaksa akur dengan nasihat doktor supaya tidak mengambil apa apa makanan berasaskan tepung gandum atau yis. Saya mula menyedari masalah rashes dan allegik sejak bulan Julai lagi di mana doktor telah melakukan ujian allegik ke atas saya. 

Tapi Alhamdulillah kerana semasa mengerjakan ibadah umrah di bulan puasa, ianya tidak disedari langsung. Ianya hanya disedari selepas keadaan menjadi kritikal setelah menjalani procedure membuang batu karang. Sehingga kini, saya masih bersabar dan yakin yang ianya pasti berakhir. Memang sangat mencabar kerana terpaksa menahan diri dari makan kek dan biskut, menahan miang dan kegatalan, menahan emosi dsb.



Kek Snow Cheese

Bila ada kesempatan untuk membuat kek bagi meraikan sambutan harijadi 2 orang rakan sekerja, saya pun terus mengambil peluang mencuba kek ini. Membuat kek ini tidak susah pun, kita boleh menggunakan mana mana resepi kek sponge yang disukai. Atau kalau rasa tak ada masa nak membuat keknya, boleh juga dibeli kek sponge yang telah siap. 

Yang unik mengenai kek ini ialah toppingnya yang kemudian ditabur parutan cheddar cheese dengan mewah. Jika sukakan snow cheese meleleh, boleh letakkan 50ml UHT whipping cream di dalam adunan topping, tapi untuk hari ini saya menggunakan topping biasa sahaja. Untuk kek ini, saya menggunakan 2 adunan bagi memastikan saiz kek yang besar dan dibakar selama 80 minit. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini….



Kek Snow Cheese

Kek Snow Cheese

Untuk Kek:
100 gm tepung tepung gandum*
60 gm tepung jagung*
1 sk baking powder*
1 sb ovalette
100 gm gula kaster
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75 gm mentega cair

Untuk Krim:
250 gm cream cheese philadelphia
120 gram susu pekat manis 
50ml UHT Whipping cream (opsyenal: jika mahu buat cheese meleleh)

Satukan kesemua bahan dan putar sehingga tidak berketul ketul. Adunan memang cair.

Untuk Topping:
250 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara cara:
1. Satu dan ayakkan bahan bertanda*. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 160C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Kek Snow Cheese


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

60 ulasan for "Kek Snow Cheese Untuk Meraikan Majlis Harijadi"

  1. so long did not make a cheesecake, can I have a slice please, look so yummy!

    BalasPadam
  2. KAK ZIE PELBAGAI KAN KEK SNOW..NI MMG SEDAP KAK..RASANYA JUITA PERNAH MESAI KEK NIKEE SEWAKTU DI SEKOLAH KAK..LEMON BUTTER,ORANGE.SERTA PASSION FRUITS SERTA COCONUT MOSIT CAKE ADALAH TERBAIK DALAM MENGOLAH SNOW CAKE INI..SELAMAT MENCUBA..JGN MKN NANTI SAKIT OK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nkee,
      Nnt nak terjah blog Nikee cari resepi

      Padam
  3. salam sis....look so nice & delicious....:)

    BalasPadam
  4. oooohhh sy suka kek ni...sedap. baru cuba sekali

    BalasPadam
  5. Salam,
    K.azie sgt menyelerakan. Nk tanya la kak utk mentega 75g tu timbang dulu br dicairkan?

    tq kak
    -emellia-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cairkan dan timbangkan aebanyak 75g

      Padam
    2. Salam, K.Azie saya dah try resepi ni.. memang maveles. Thank kak for sharing this recipe.

      Padam
    3. Alaaa... kek tgh bakar. Mcm bantat je. Sy timbang dulu baru cairkan 😭

      Padam
  6. terus rasa macam nak buat je balik ni... yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, buat jer. Jangan tak buat. Mudah sangat sangat

      Padam
  7. Salam K Azie, resepi kak ni saya dapati cara membuat adalah sangat mudah... nak tanya kalau skip ovalette boleh tak? apa fungsinya?

    tk kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Memang sgt mudah. Ovallete untuk menaikkan kek. Kena masukkan sebab kek sponge kan kena naik. Saya sebenarnya lebih suka kek yang moist berbanding sponge cake.

      Padam
  8. Salam Kak Azie, resepi di atas, untuk 1 adunan ke? Saya nak mencuba untuk majlis hari lahir abang esok. Doakan kek saya menjadi, ya..

    T.kasih, kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Resepi utk 1 adunan. Jika mahu lebih, gandakan sahaja

      Padam
  9. rasanya macam pernah makan. memang nyaman! :-)

    BalasPadam
  10. kak.. cmna nak buat krim tu? gaulkan susu tu skli ng cream cheese ek?

    BalasPadam
  11. Assalam kak azie..
    nice blog..alhamdulillah byk resepi yg berjaya dibuat..thanks

    BalasPadam
  12. Dah try resepi ni.. mmg sedap..

    BalasPadam
  13. Salam sis. .nk tanya, cara putar tepung tu macam mana? Terus campurkan semua sekali atas pukul step by step? Maksud saya pukul telur dan gula dulu ke?
    mohon share resepi akk

    BalasPadam
  14. Menarik information.Nak cuba buat lah nanti, Hihihi. Btw nanti kalau ada masa singgah di blog saya
    http://www.mamafisya.com/ :)

    BalasPadam
  15. sy pnh buat skali kek ni kak awal thn dulu, mmg sedap. nih cm nk try buat lg la bila tgk resepi akak ni.~~ fally

    BalasPadam
  16. Assalam kak azie, nak tanya selain gram boleh pakai cups, litre n ounces tak

    BalasPadam
  17. Assalam..kak nk tnya klu oven lama yg hitam tu mcmna lak suhunya..

    BalasPadam
  18. K.azie kalu whipping cream tu guna susu cair leh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama whipping cream dg susu cair. Saya tak tahu macam mana hasilnya. Rasanya tak menjadi lah kalau derhaka pada resepi. Hahaha

      Padam
  19. Salam, kak azie
    Saya selalu buat kek ini ikut resepi blog kak zie, last saya buat raya this year 2015.
    Sungguh sedap. Anak-anak pun suka. Tapi jumaat ini 27/11/2015 birthday anak saya, saya masih ingin gunakan resepi kak zie, cumanya saya letak pelbagai warna. Anak saya request nak 4 layer... tapi kek ni memang awesome

    BalasPadam
  20. selalu terjah blog ni,br harini nak komen sbb nak say thankyou kat akak yg super awesome,resepi d bagi sentiasa jadi ja kalo d buat biarpun first try:)

    BalasPadam
  21. Saya dah buat....mabelessss.....saya tambah filling blueberry....perghhhhh sedap giler

    BalasPadam
  22. memang blog ne la jadi panduan kalau tak ada idea nk buat kek,terbaik.

    BalasPadam
  23. Pestime buat..alhamdulillah cantik kejadiannya....

    BalasPadam
  24. Hai kak . Nak tanya akak guna size loyang berapa utk buat snow cheese kek ni ?

    BalasPadam
  25. Salam kak azie,klu cheddar cheese tu gnti ngan parmesan cheese bleh x? Dh trsalah beli

    BalasPadam
  26. Salam kak azie,klu cheddar cheese tu gnti ngan parmesan cheese bleh x? Dh trsalah beli

    BalasPadam
  27. Salam. Kak Azie...saya tengok banyak juga resepi kek lain yang meletakkan air sejuk dalam bancuhan kek. Boleh akak jelaskan kenapa kena letak air sejuk? Apa fungsi air sejuk dalam pembuatan kek???

    >yayah<

    BalasPadam
  28. Kak azie...slain dr bakar...boleh x sy kukus je?

    -Rafidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau resepi kek bakar, kenapa nak kukus. Sepatutnya boleh tp kukus ni lebih remeh dan susah utk dpt hasil yg cantik.

      Padam
  29. Kak azie, 4 biji telur tu telur putih shj ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi guna 4 biji telur. Tak ditulis guna 4 telur putih. Kena baca resepi betul betul sebelum mula memasak

      Padam
  30. Salam kak azie.kak azie guna telur gred pe ye?

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum sis apa tujuan air sejuk dlm pmbuatan kek masih trtanya2...
    Trima kasih sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kita boleh tertanya tanya. Tapi ada kalanya tak perlu terlalu curious cuma ikut shj resepi yg diberi lebih lebih lagi jika apa yg ditulis sgt mudah utk dilakukan. Saya juga tidak ada jawapan kepada persoalan di atas.

      Padam
  32. tq aunty resipi kek aunty semua sedap dan menjadi. minta halalkan resipi ya.

    BalasPadam
  33. As salam...kak azie...sedapnya kek ni...kak..nak guna loyang saiz apa ya

    BalasPadam
  34. Knapa klu buat kek jd mampat? Trlebih pukul or terkurang pukul hehehe

    BalasPadam
  35. alhamdulillah first try.. terus menjadi.. terus bt 2 biji.. terima kasih byk2 kak azie.. :)

    BalasPadam
  36. asslmkm..akak...nk tnye la...
    loyang yg ade adunan tu trus masukkn dlm oven ke...xperlu masukkn loyang yg ade adunan ke dlm loyang yg ade air panas lepastu baru masukkn dlm oven...
    terima kasih..☺

    BalasPadam
  37. Salam akak. resepi kek ni bleh kukus ke

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah
    Saya dh buat 2x..menjadi n sdap sgt.. sampai dah boleh buat berniaga... saya ikut 100% resipi ni..
    Thanks kak azie

    BalasPadam
  39. salam kak zie..klw mentega tu gantikan kpd minyak jagung or sayur boleh x??..kek ni dlm brpa kg???

    BalasPadam
  40. Nak tanya.....kenapa kek sy jadi keras dan padat di bhg tgh? Adakah sbb mentega ditimbang dulu baru dicairkan? Dah ikut resepi 100% tp jadi x gebu dan naik.....huhu

    BalasPadam