Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cara cara Menyimpan Kek Di Dalam Freezer





Insya Allah esok kita akan menyambut Maal Hijrah iaitu 1   Muharam di mana berpuasa dalam bulan Muharram adalah sangat afdal selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Bila disebut afdal, bererti pahalanya sangat besarbdi sisi Allah. Hmmm apa azam saya? Saya ingin melakukan penghijrahan dengan lebih mendekati Allah dan menukar aktiviti serta perbuatan harian saya supaya menjadi aktiviti amal soleh yang menjanjikan ganjaran pahala 


Kadang kadang bila angin rajin datang melanda walaupun tiada hujan tiada ribut, saya akan ke dapur untuk menyediakan kek. Tapi bukan makan banyak pun, saja jer nafsu nak makan kek sentiasa ada. Hahaha maklumlah zaman kanak kanak dulu, hanya makan kek murah yang dijual atas meja di kedai kopi jer. Anak anak pula tak suka kek dan kuih muih, jadinya sentiasa ada kek yang berlebih. Kebiasaannya saya bawa ke pejabat atau dihulurkan kepada jiran.

Setelah membaca berkenaan penyimpanan kek di dalam freezer, saya pun mulalah menyimpan kek di dalam freezer. Memang sangat membantu terutama apabila ada tetamu yang berkunjung ke rumah. Hari ini, saya nak menunjukkan cara cara menyimpan kek di dalam freezer. Mak cik mak cik yang dah expert tu tak payah lah tengok. Hahaha malu kita. Macam macam kek yang freezer friendly seperti kek karot, kek Red Velvet, kek Mentega, kek Keju dan macam macam lagi lah termasuklah cupcake.





Jika ingin menyimpan kek, mula mula yang perlu dilakukan adalah menyediakan kek ler.  Lepas tu sejukkan kek, kalau nak makan, potonglah dulu. Kek yang nak disimpan boleh sebiji tanpa dipotong atau telah siap dipotong seperti kek keju. 





Kemudian kita balut kek yang telah sejuk dengan plastic wrap dan pastikan semua bahagian kek dibalut sempurna. 





Akhir sekali, bungkus pulak kek yang telah dibungkus dengan plastic wrap dengan aluminium foil di sebelah luar. Balut dengan sempurna. Kemudian, bolehlah simpan di dalam freezer. Boleh disimpan sehingga 3 bulan. 





Jika ingin menggunakan kek tersebut, buka aluminum foil dan plastic wrap dan letak kek di dalam bekas kek bertutup. Kemudian bolehlah meletakkan frosting atau dipotong jika ianya sebiji kek yang belum dipotong.

Jika telah diletakkan frosting, letakkan kek yang telah defrost di dalam peti sehingga permukaan frosting telah keras. Bila telah keras, balut dengan plastic wrap dan aluminium foil seperti di atas. 





Jika ingin menggunakan kek yang telah difrost, gunakan toothpicks untuk membuka plastic wrap yang terlekat di permukaan frosting pada kek yang telah defrost. Oleh kerana cream cheese frosting perlu disimpan di dalam peti sejuk, jadi biarkan kek di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan. 

Harap harap apa yang saya kongsikan ini, dapat memberikan sedikit ilmu bagi mereka yang baru berjinak jinak dengan dapur.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Cara cara Menyimpan Kek Di Dalam Freezer"

  1. Tima kasih akk kongsi info cara smpn kek ni..sya sllu smpn kek berair pulak..bru tahu kna wrp dgn plastic dan aluminium foil :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Azie kongsi info ni. Saya memang tak tahu. Selalu paksa diri habiskan kek.

    BalasPadam
  3. Kurang faham lagi. Macam mana nak simpan cupcake dengan cheese frosting. Cara nak defrost dan bila boleh makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cupcake yang telah di letak frosting pun sama. Untuk menyimpan, letak dalam freezer sehingga frosting agak keras. Kemudian bungkus dengan plastik wrap dan foil. Bila mahu defrost, cuma keluarkan dari freezer dan simpan dalam peti ais semalaman sehingga ianya mencapai tahap yang sesuai dimakan. Gunakan toothpick utk angkat plastik wrap yang melekat di permukaan frosting terlebih dahulu. Kalau kek tanpa frosting, boleh dikeluarkan di atas meja dan biarkan sehingga mencapai suhu bilik. Tapi kek dengan cream cheese tak boleh buat begitu kerana ianya perlu sentiasa berada dlm keadaan sejuk.

      Padam
  4. Hi Azie! Thanks for this tip. I was not confident about freezing cakes but now that I have learnt from you, I can do it with peace of mind.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Azie. Baru saya faham. Orang yang dah nak masuk 50 macam saya ni kena detail step by step, baru faham. Information yang Azie tulis berkenaan apa apa pun dalam blog Azie sentiasa berguna pada diri saya samada peringatan agama atau masakan. Moga sentiasa dirahmati Allah..

    BalasPadam
  6. Tq azie... Sgt2 berguna
    Lyana asari

    BalasPadam
  7. Klu kek aising mcmna penyimpanannya?

    BalasPadam
  8. Terima Kasih untuk info ini...

    BalasPadam
  9. Terima Kasih untuk info ini...

    BalasPadam
  10. Maaf nak tanya kalau nak simpan kek yang ada cream macam kek birthday tu....takkan lah nak balut dengan dia punya cream sekaliπŸ˜…πŸ˜…ke kena simpan dalam dia punya kotak je lepas tu simpan dalam freezer macam tu ke?πŸ˜…πŸ˜…πŸ€”πŸ€”

    BalasPadam
  11. Jika saya nak simpan kek batik Yang Ada collar Di atas pun Sama macam puan bagitahu ke

    BalasPadam
  12. Puan ape tujuan Kita balut dengan aluminum foil...kalau hny wrapping sahaja Ade effect ke. Contoh klau saya nak frozenkan kek marble

    BalasPadam