Siapa Allergik... Kena Baca....
Hari ini sudah hampir sebulan saya mengalami bengkak di seluruh badan disebabkan allergik yang kronik. Walaupun ianya telah disedari sejak Julai, tetapi ianya tidak serius seperti sekarang. Saya redha dengan ujian ini dan mula mengambil langkah perlu untuk mengurangkan masalah allegik yang dialami. Saya telah pun menjaga pemakanan dan mengelakkan pemakanan yang mempunyai positive allergy reactions. Selain dari menjaga pemakanan, saya juga telah membuat spring cleaning rumah terutama bilik tidur saya dengan membasuh langsir. My boss pulak telah bermurah hati memberi saya pinjam mattress vacuum cleaner untuk saya membersihkan tilam dari sebarang habuk yang tersembunyi. Inilah kali pertama saya melihat mattress vacuum cleaner. Keesokannya kedua tangan menjadi bengkak yang mungkin disebabkan terdedah dengan habuk semasa membersihkannya. Hmm tengok banyaknya habuk yang tersembunyi di dalam karpet di rumah saya walaupun ianya kerap di vacuum.
Selain dari itu, saya juga membeli spray untuk disembur ke semua tilam, bantal, sofa dan fabric cushions di rumah. Ianya boleh membunuh dust mites yang terkena dengan permukaan yang disembur. Selain spray, saya juga membeli Demitze Allergicover seperti yang dicadangkan oleh Dr Yadaz, Pakar Allergy di Pantai Medical Centre untuk melindungi tilam dan bantal yang mengandungi dust mites dari keluar dan mengenai badan kita sewaktu tidur. Sarung tilam atau bantal ini dipasang selepas tilam di spray dan diletak mattress cover. Kalau tilam baru, boleh terus diletakkan allergicover tanpa perlu dispray.
Mengikut Dr Yadaz, ianya tidak perlu dibuka sampai bila bila pun, kecualilah ianya kotor atau tilam rosak. Jika mahu membukanya, ia haruslah dibuat di luar rumah. Aduhaai seram mendengar yang tilam baru yang digunakan selama 3 hari sahaja, boleh membekalkan makanan untuk dust mites selama 6 bulan. Wow lama tu. Bayangkan kalau kita menggunakan tilam tersebut untuk tidur setiap hari, huhuhu maknanya dust mites akan kekal selamanya di celah tilam kita. Ianya akan keluar ke permukaan di sebelah malam. Walaupun dust mite hidup tidak memberi apa apa mudarat tetapi najis yang dibuang itu boleh memberi kesan allergy seperti bersin, rashes dsb kepada mereka yang mengalami alahan. Saya sebenarnya tidak banyak knowledge mengenai dust mites sebelum ini. Mengambil langkah pencegahan adalah lebih baik dengan melindungi tilam dan bantal di kediaman kita dengan Demitze Allergicover.
akak salah makan ke?
BalasPadamcepat baik ya..
Allergik to dust mites and foods
Padammungkin sbb tu kot punca suami & anak selalu bersin...
BalasPadamSalam, saya cadangkan buat blood test jugak... kakak saya mcm tu jugak, lama dapat allergic reaction, tak hilang2 walaupun dah jumpa pakar & cuba macam2 ubat. Last2 dia buat blood test & doctor confirm dia mengidap SLE .... better safe than sorry...
BalasPadamWslm Cikjoi,
PadamDoktor bukan sahaja buat blood test pada allergik tapi juga pada lain lain marker.
rumah sy yg kecik tu pun berhabuk penat nak berkemas, apatah lagi istana Kak Azie.. aduhai.. penatnya Kak Azie...
BalasPadamakak......apa yg cikjoi komen tu mungkin ada betulnya...yelah apa kata buat test lainyg berkaitan dgn penyakit yg boleh menyebabkan bengkak serta allergik..lagi mu hubyy kata...mungkin usia meningkat ..ketahan tubuh semakin kurang....pun boleh menyebabkan ..segitu....
BalasPadamBetul nikee,
PadamKetahanan badan dah lemah. Itu sebab dulu ok tapi skrg dah tak OK.
Saya di rumah memang tak bentang carpet pun Azie... sebab tak larat nak membersihkannya. Lagipun kualiti udara kita ni memang tak berapa bagus banyak habuk. tengoknya tingkap2 kat rumah.. pagi lap petang dah berhabuk balik.
BalasPadamAssalamualaikum Azie....alahaaii kesiannya...semoga cepat sembuh seperti sediakala setelah segala langkah kesihatan diambil..insyaAllah. Terima kasih juga atas info mengenai habuk dan hama tilam tu....mmg menyeramkan tengok dalam vacum tuh...setakat vacum biasa2 kat rumah ni agaknya x tau laa.....huhuuu
BalasPadamSalam Azie. Cuba juga berubat dgn ustaz. Mana tau. Kita berusaha,Allah menyembuhkannya.
BalasPadamTerima kasih atas saranan
PadamSalam kak azie, rasanya sy alami masalah yg sama dgn akak. pergi klinik kerajaan td tp doc advice sy utk buat skin prick test di hosp or private clinic coz kat hosp gomen takde buat test tu. sy ni ada asma n doc categorize sbg alergic stage 4. blh sy tau kat hosp mana akak buat test n the cost. tq.
BalasPadamWslm. Saya buat di Tropicana Medical Centre. Rasanya dalam RM600-700 kot.
PadamSalam kak azie, saya pn pernah alergik mcm ni. Tak boleh berhabuk langsung nnti badan trus gatal and bengkak. Then saya amek spirulina dan vit C dr produk elken. Alhamdulillah terus elok sampai skrg. Cubalah. Kalau x kenal mana2 agen elken, akak contact saya. rohayaacob@gmail.com
BalasPadam