Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perjalanan Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidil Adha





Tahun ini adalah pertama saya tak dapat beraya lama di kampung. Kerana tugas, saya bertolak balik pada petang hari raya selepas selesai semua urusan korban. Kebiasaannya di sebelah malam diadakan tahlil dan solat hajat dengan menjemput jiran dan saudara mara. 

Kami bertolak balik kampung pada pukul 2.30 pagi dan mengikut jalan Jabor Terengganu. Kami singgah untuk bersarapan di Batu Buruk dengan nasi dagang. Dato Wan juga datang ke sana selepas mengetahui kami berada di KT. Memang pada hari itu, nasi dagang di Warong Kak Pah tak berapa sedap. Jadi sebelum balik, Dato Wan menunjukkan gerai yang menjual nasi dagang terbaik di KT iaitu nasi dagang Bukit Besar. Tetapi malang sekali kerana ianya ditutup. Mungkin mereka telah bercuti awal sempena hari Raya Aidil Adha agaknya. Memang inilah gerai yang sentiasa saya cari setiap kali ke sini. Jika hendak selamat, kita boleh telefon terlebih dahulu kerana ianya banyak ditempah lebih lebih lagi di waktu cuti persekolahan.





Selepas sarapan kami bertolak ke Bachok. Dalam perjalanan sepanjang pantai kelihatan resort yang cantik cantik. Anak anak ajak singgah dan selepas mendapat tahu ada kekosongan bilik, Nelly mencadangkan supaya kami menginap di sini sahaja. Katanya dapatlah berehat dengan lebih selesa kerana terdapat aircond. Lagi pulak, dengan keadaan badan yang alegik saya tak boleh berada dalam keadaan kepanasan dan berpeluh. Cantik juga chalet ini, siap ada swimming pool dan pantainya juga cantik. 







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Perjalanan Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidil Adha"