Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mangga Manis Yang Sangat Nostalgia





Hari ini saya nak menayang buah mangga kegemaran saya. Saya lebih menggemari buah buahan tempatan dari buah buahan import. Hmm kalau dah dibesarkan di kampung, memang selera pun masih berselera kampung. Pokok mangga ini ditanam sebaik kami berpindah ke rumah di USJ 20 tahun yang lalu. Saya membeli anak benihnya di nurseri di Sungai Buloh. Sebelum menanam, saya telah menggali lubang, meletakkan garam mengikut yang diajar oleh apek yang menjual anak benihnya. Tapi sayang ianya tidak juga berbuah setelah bertahun tahun sehingga saya memindahkannya ke dalam pagar hadapan rumah. 





Setelah melebihi 10 tahun, ianya mula berbuah dengan banyak. Ianya seolah mengerti yang saya akan pergi meninggalkannya. Seolah ingin memberi saya peluang menikmati keenakannya. Berbuah hampir 100 biji sehingga saya membawanya ke pejabat untuk dimakan semasa lunch. Pokok mangga ini berbuah secara bermusim iaitu setahun sekali sahaja. Tapi penantian yang lama, memang berbaloi kerana setiap kali berbuah, memang menghasilkan buah yang sangat banyak. Isi mangga ini juga sangat manis. Sri, bekas Pembantu Rumah kami ada menyemai benih dari bijinya dan kami menanamnya di rumah sekarang. Tetapi tak pastilah berapa lama pulak, ianya akan berbuah.





Ini adalah buah buah yang dikait oleh hubby dan Boy baru baru ini. Ini adalah buah yang sangat istimewa kerana selepas ini, saya tidak akan berpeluang lagi untuk menikmatinya. Apa apa pun, saya tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Saya tidak mahu terlalu sentimental, saya tidak mahu menghitung perkara yang negatif, tidak mahu menyesali apa apa sahaja. Yang lalu, biarkan berlalu. Di sini, apa yang ada pada hari ini adalah sesuatu yang patut saya nikmati dan syukuri. 







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Mangga Manis Yang Sangat Nostalgia"

  1. Assalamualaikum K.Azie...
    sedapnya nampak mangga tu....
    Kemain lebat buahnya tu ek...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Azie...seronok dpt makan mangga hasil tanaman sendiri kan.. Pokok saya pun berbuah lebat sgt tahun lepas, bila balik dari Haji, walaupun pokoknya baru 6 kaki camtu dan kecik jer kat luar pagar, tp buahnya dekat 40 biji. Jenuh dan puashati juga dapat bagi kat jiran kiri kanan serta family adik....terasa nikmatnya berbudi pada tanah. Azie, kenapa entry Azie seperti orang putus harap je yeaa...agaknya saya terlepas cerita agaknya. Apapun didoakan supaya Azie ceria dan sihat kembali seperti sediakala...Ameen ya Rabbil 'alamin..

    BalasPadam
  3. salam....kalau tgk kepada pokok, bentuk buah dan tektur isi yang byak serabut tu, saya rasa ini mangga chokanan.....mangga jenis ni memang manis kalau masak kat pokok....

    BalasPadam