Setiap hari beredar, setiap detik itu juga usia meningkat. Ada orang yang bernasib baik kerana dikurniakan segala nikmat kesihatan yang baik walaupun sudah lanjut usia. Tetapi saya yang memang sejak kecil agak lemah, kata orang kampung, budak "nnyakit" sehingga saya perlu ditukar nama yang dikatakan tidak serasi dengan saya sehingga saya mengalami masalah kulit yang serius semasa masih bayi. Itulah sebab saya mempunyai 2 nama iaitu nama panggilan di kalangan keluarga dan rakan sekolah dan panggilan sebelah suami dan rakan sekerja. Sehingga dibangku persekolahan menengah pun saya seorang yang tidak aktif aktiviti luar seperti bersukan. Saya seorang yang tidak tahan panas dan cepat berpeluh. Jika saya bersolat di tempat yang tiada kipas atau aircond, peluh akan menitis nitis seluruh badan.
Kenapa tetiba saya berceloteh pasal kesihatan ni? Yang sebenarnya saya perhatikan semakin usia meningkat, ketahanan badan saya dalam melawan penyakit menjadi semakin berkurangan. Yang terkini adalah penyakit allergy yang menyebabkan badan mengalami bengkak dan rashes. Seingat saya, ianya mula serius sejak saya mengalaminya di San Francisco. Sejak itu, saya akan mengalaminya setiap kali saya makan makanan laut. Setiap kali ke klinik, doktor akan memberi injection kerana dikuatiri organ dalaman seperti paru paru juga bengkak. Sebaik diberi injection, saya akan tidur seharian kerana ianya menyebabkan kita mengantuk dan perlu rehat serta tidak menggaru sana sini. Selepas itu, bengkak akan hilang. Saya kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Tapi kali ini yang diperhatikan ialah bengkak tak hilang walaupun sudah berhari hari mengambil ubat. Saya kini dinasihatkan tidak mengambil daging, makanan berasaskan tepung gandum, makanan laut, coklat, teh, coffee dan banyak lagi. Ujian menunjukkan saya alah dengan makanan ini selain habuk dan debu. Pastinya ia adalah satu signal yang usia sudah meningkat dan perlu mengambil langkah segera untuk menambahkan amal ibadah. Ini adalah kerana tidak mungkin kita akan kembali muda, masa tidak menunggu kita. Ianya akan terus beredar samada kita bersedia atau tidak, samada kita mahu berubah atau tidak. Bak kata ustaz semasa memberi tazkirah di tempat kerja saya, tak usahlah buang buang duit untuk buat itu ini bagi kekal nampak muda kerana tua pasti datang. Baiklah duit itu digunakan untuk bersedekah sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Hmm peringatan yang baik untuk saya sendiri dan kita semua yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Sudah cukup nikmat hidup yang dikecapi selama ini walaupun tidak tinggal di mahligai bak istana, tidak memandu Ferrari, tidak memakai intan berlian dan barang kemas nilai ratusan ribu. Saya tidak kisah dengan semua itu kerana masih ramai orang yang lagi tidak bernasib baik. Lagi pulak, saya mendambakan mahligai yang di bawahnya air sungai putih bak susu mengalir jernih. Insya Allah, usahakan dan berbaik sangka....

Sally