Soto Ayam Buat Hidangan Tetamu Istimewa
Jika larat, saya sedaya upaya akan cuba menyediakan sendiri makanan untuk dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Kali ini, saya menyediakan Soto Ayam sebagai menu utama hidangan minum petang untuk Izzad dan keluarganya. Pada mulanya agak pening juga memikirkan menu yang sesuai. Akhirnya soto yang dipilih berdasarkan cadangan Nana. Di samping itu, saya juga ada menyediakan Pulut Sekaya dan Cucur Udang. Kalau nak tengok resepi Soto Ayam yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI.
Saya rasa puashati jika apa yang dimasakkan cepat dihabiskan. Seronok melihat anak anak makan soto secara beramai ramai, sekejap sahaja dah licin satu periuk. Semua ada kecuali Nelly yang menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya. Sebelah malamnya kami ke The Curve untuk menikmati makan malam di restoran Ayam Penyet. Rasanya memang lama sekali kami tidak keluar dengan cukup quorum.
Seperti biasalah, kalau menyediakan soto, ada kawan kawannya yang tidak boleh ditinggalkan. Antaranya ialah begedil yang memang serasi bersama di dalam pinggan soto. Kalau mahu tengok resepi begedil, bolehlah klik di SINI. Saya memang suka makan begedil yang biasanya dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja. Saya akan buat banyak banyak dan simpan di dalam freezer. Bila rasa nak makan, cuma tinggal digoreng sahaja.
Jom tengok resepi soto yang sudah berbelas tahun saya gunakan dalam memasak soto. Setakat ini, saya masih sangat berpuashati dengan keenakan soto ini.
Soto Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Waduh...enak banget nih!
BalasPadamsedapnya mkn soto..
BalasPadamAduh mak aii...!! mengancam sotonya....!!!
BalasPadamMengancam? Al
Padamsedapnya kak...;)
BalasPadamTerliur dibuatnya. Bawalah sedikit kat office.
BalasPadamHahaha kenalah dtg ke rumah..
PadamKak azie nnti nk cuba.. saya link ye.. hihihi.. sdpnye
BalasPadamSalam kak azie, dah cuba resepi ni... thx a lot diatas perkongsian resepi ni kak.. sedap.
BalasPadamSalam.kak,sy selama ni silent reader akak.nk tny la resepi ni utk berapa org mkn ye?
BalasPadamsalam, sy nak tanya tujuan meletakkan santan dlm sup (kuah) soto? bagi memekatkan ke?
BalasPadamNak tau jugak.....1st time tgok resepi yg ada santan...kak azie, santan tu nnt x menjadikan kuah tu mcm berlemak?
PadamSaya pon nak tanya pasal santan tu..tak penah lagi letak santan sebelum ni..
BalasPadamkalu letak santan kan lontong namanya ???
BalasPadamhi hi
Lain orang lain caranya. Tak semestinya cara kita shj yg betul. Santan yg diletak pun sedikit sahaja tk pun smp jadi kuah lemak.
Padamsedapnya akk . must try. tq for sharing. inshaaAllah ada masa boleh buat.
BalasPadamJemput singgah
http://tipssihat-ibuzara.blogspot.com/
Salam kak azie....Saya telah try resipi ni hari ni....alhamdulillah sedap sangat. Resipi begedil ayam pun sangat sedap...terima kasih share.
BalasPadamAina
Nak resepi bergedil
BalasPadamBanyak membantu org² macam saya. Thank you!
BalasPadamAkak, kenapa saya buat bergedil pastu taruk peti..bila nk grg rase dia dh xsedap mcm basi..please share., tq
BalasPadamBegedil mmg boleh disejuk beku. Cuba perhatikan apa bahan yang digunakan yg memungkinkan ianya basi
PadamTerima kasih azie...saya share
BalasPadamKakazie nk tnya santan tu isi dlm sup ke??
BalasPadamKak azie, resepi ni utk berapa org makan ye?
BalasPadamTak pasti. Tapi 20 orang boleh kot. Ikut ada mereka menambah atau tidak
PadamAir byk mana ye nak letak?
BalasPadamAgak agak lah byk mana kuahnya. Kalau terlebih, nnt tak cukup pula dg rencahnya
Padamnie tuk brpe hidangan....
BalasPadamTerliurnya..nak try buat la
BalasPadamBest ever soto recipe.. sedap sgt.. mula2 was2 nk letak santan takut lain jadinya.. but.. the outcome was marvelous!! Husband angkat mangkuk hirup sup.. Tqvm kak Azie.. will never try other recipe for soto anymore.. stick dgn yg ni je.. I'm happy!
BalasPadam-min-
Wah nampak best...ni tengah pikir nak buat mee hoon soto...tk sis kongsi resepi..:)
BalasPadamJemput ke blog saya
www.mamavitashoppe.wordpress.com