Suasana Raya Yang Berbeza
Sebelum memulakan coretan yang telah lama ditinggalkan, saya ingin melahirkan rasa terharu kerana menerima banyak mesej yang melahirkan kerinduan untuk membaca coretan terkini di blog saya. Antaranya ialah email yang diterima dari Lin di Johor Bahru, seorang pengikut blog Azie Kitchen yang tulisannya membuatkan saya menitis airmata di Tanah Suci. Saya dapat rasakan keikhlasan beliau yang merindui coretan saya. Setelah beberapa hari kembali ke tanah air, saya masih mencari kekuatan dan ruang masa untuk mula menulis. Saya memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali menulis seperti biasa.
Hari raya pada tahun ini tidak lagi seperti rutin hari raya tahun tahun sebelumnya. Dengan ketiadaan Bonda Mertua, kami hanya berhari raya di rumah sendiri pada hari raya pertama. Selepas solat Sunat Hari Raya, hubby dan anak anak menziarahi pusara Bonda Mertua di Rawang. Kalau sebelum ini, kami akan balik berhari raya di kampung suami sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampung saya. Walau bagaimana pun, kami meluangkan masa untuk balik ke Ipoh pada hari raya ketiga sementara Nana masih bercuti. Di Ipoh, kami singgah di rumah kakak Ipar dan beberapa rumah saudara mara suami. Perjalanan balik ke KL menempuh jalan yang sesak sehingga kami tiba di rumah agak lewat malam.
Sementara masih bercuti, saya juga memutuskan untuk balik ke Kelantan menjengah Bonda walaupun masih dalam keadaan kepenatan dan kurang tidur. Hanya Juita dan Aween yang ikut serta dengan penerbangan Air Asia. Tempahan tiket pada saat akhir menyebabkan harga tiket sangat mahal, namun saya tidak mahu menangguhkan kepulangan ini. Sesungguhnya bakti yang paling besar adalah bakti kepada kedua ibubapa seperti mana hadis yang disebutkan bahawa baginda Rasulullah mengaminkan apa yang diucapkan oleh Malaikat Jibril iaitu celaka lah sesiapa yang masih mempunyai ibubapa tapi tidak menyantuni mereka dan tidak mengambil manafaat untuk masuk syurga dengan berbakti kepada ibubapa. Semoga Allah memberikan saya kebaikan dan kebahagiaan dengan sedikit masa yang saya luangkan untuk Bonda yang dikasihi.
Semasa kepulangan yang singkat ini, saya mengambil kesempatan untuk menikmati makanan dan kuih muih Kelantan kegemaran saya. Ikutinya di catatan perjalanan di entri akan datang...
salam aidilfitri maaf zahir dan batin dari kak noor Azie, best nya dpt balik kampong ya
BalasPadamSelamat Hari Raya juga buat Kak Noor. Semoga amalan kita diterima Allah Taala
Padamselamat hari raya maaf zahir dan batin
BalasPadamteringin saya nak beraya dgn akak bila baca entry ni..
BalasPadamSalam Aidil Fitri buat Kak Azie sekeluarga. Minal aidil wal faizin.
BalasPadamSalam 'Eidul Al-Fitr Azie, from my family and me.
BalasPadamSalam Aidilfitri Pn.Azie,
BalasPadamSaya peminat Pn.Azie dan sy selalu mengikuti perkembangan blog ini.. Sy juga ada mencuba reseoi2 Pn Azie dan alhamdulillah, semua jd dan sy ada share resepi Pn. Azie dlm blog sy... Mohon izin dan dihalalkan ilmu... Semoga Pn. Azie terus sukses... i likeee...
Wslm Shahriza,
PadamTerima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Boleh bagi address blog Shahriza sb saya cuba search, tk dapat ditemui.
alhamdulillah...selamat hari raya juga buat akk sekeluarga...semoga hidup akak sekeluarga sentiasa mendapat rahmat dari yang esa....Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang telah akak berikan...
BalasPadamSeronok dan rasa terhibur dgn catatan Azie. Seolah-olah saya ada bersama. Teruskan menulis dan byk yg saya pelajari dr blog ini. Kebetulan suami dr kelantan. Byk resepi sama ada dr kelantan atau perak yg saya cuba. Terima kasih atas tunjuk ajar. Dan slmt hari raya.:-)
BalasPadamSelamat hari rya maaf zhir batin Azie, btoi kta Azie brbakti lah kpd org tua slagi mrk masih ada, wp prjlan yg jauh byk risiko tpi besar ganjarannya d sisi Allah
BalasPadam