Riak Dalam Menegur
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kawan kawan berkenaan dengan komen yang diterima dari seorang Anonymous yang pada saya sangat tidak berhemah dalam menegur. Sungguh terharu kerana kawan kawan memyokong dan memberi galakan untuk saya supaya meneruskan perjuangan. Di saat beginilah, kita boleh menilai kalau kita mempunyai kawan kawan dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun belum pernah bersua, tapi hubungan persahabatan terutama sesama blogger terasa sangat erat dan seolah satu keluarga yang besar kerana kita saling belajar antara satu sama lain.
Sebenarnya bila kita berkongsi cerita tentang pengalaman hidup, pasti tidak sedikit banyak akan dikongsikan berkenaan dengan detik mengembirakan dan detik kejayaan. Tapi semua yang saya miliki bukan jalan mudah kerana saya tidak dilahirkan dalam dulang emas. Saya hanyalah anak petani. Namun kesusahan banyak mengajar saya supaya menggandakan usaha dalam menrealisasikan sesuatu impian supaya menjadi kenyataan. Kalau anda berfikiran positif, tengokkan macam mana saya menyiapkan rumah yang mengambil masa sehingga 4 tahun dan dengan cara bersusah payah serta sumber kewangan yang terbatas. Hatta sehingga sekarang, saya masih mengusahakan permohonan CF rumah saya sendiri. Jika saya ingin menyombong, pasti tidak saya ceritakan semua yang pahit itu. Semua ini adalah berkat doa siang malam kepada Allah. Sebelum memulakan pembinaan juga, saya berdoa dan memohon petunjuk Allah di Masjidil Haram walaupun ramai yang tidak yakin dengan kebolehan saya.
Saya bukan seorang wanita yang bila mahu apa apa, minta jer dari hubby dan terus dapat. Saya juga tidak berkahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya. Saya hanya berkahwin dengan lelaki yang sangat saya cintai. Kami juga tidak pernah mendapat durian runtuh atau apa apa projek. Semuanya menggunakan duit gaji bulanan. Berbekalkan keinginan yang membara dan kesabaran saya untuk menunggu bagi mendapatkan sesuatu juga perlu dilihat secara positif. Sebagai contoh, untuk membeli sebentuk cincin idaman, saya mengambil masa bertahun tahun dan berpuluh puluh kedai saya lawati, berapa banyak website saya kunjungi dan pelajari berkenaan cara menilai sebiji berlian. Saya seorang yang percaya alah membeli menang memakai. Jika anda bukan seperti saya, pasti anda mengatakan saya riak. Tapi jika anda adalah sejiwa dengan saya, pasti anda akan melihatnya dari sudut yang positif. Kepada yang tidak menyenangi apa yang saya tulis, anda punya pilihan.
Juga saya ingin kongsikan sedikit intipati kuliah Jumaat Ustazah Suraya yang saya hadiri hari ini berkenaan riak dan sombong. Kuliah hari ini membincangkan salah satu dari Asmaul Husna iaitu Ar Rafi’ yang bermakna Maha Meninggikan. Allah meninggikan darjat orang yang sepatutnya ditinggikan kedudukannya. Allah akan mengangkat siapa yang Allah kehendaki. Jadi jangan bangga dengan apa yg kita usahakan. Iblis sangat rajin beribadat. Masa tu, iblis yang dinama Azazil adalah makhluk yang terbaik dari segi ketaatan dan ibadatnya kepada Allah. Tapi kerana rasa dirinya hebat dan diciptakan dari api, maka blis tak mahu tunduk pada Nabi Adam yang dicipta dari tanah. Bila ada rasa bangga kerana merasa dirinya lebih baik dari Adam, maka iblis telah menderhaka. Iblis tidak pernah merasakan dirinya lebih baik dari Allah kerana iblis tahu keagungan Allah yang mencipta mereka.
Jadi secara kesimpulannya, seseorang yang menegur orang lain dengan secara tidak berhemah adalah orang yang sombong dan merasakan dirinya lebih baik dari orang yang ditegur. Contoh yang diberi oleh Ustazah adalah hatta cara kita menegur anak kita bersolat. Sebagai contoh, anak kita bersolat dengan sangat cepat dan kita menegur, "cepatnya habis solat, kena baca biar betul betul". Walaupun kita sebagai ibu mempunyai niat yang baik tapi cara kita menegur ini juga dikira sombong dan riak kerana kita telah merendahkan anak kita yang pasti lebih muda dan kurang ilmu dari kita. Disebutkan sesiapa yang merendahkan orang lain, nescaya Allah tidak akan mengangkat darjat kita. Berapa banyak orang yang berilmu tetapi sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana merendahkan orang lain. Sekadar renungan...
Apa yang Azie alami buat saya takut... apa ya agaknya masalah mereka2 ni... apa sebenarnya yang ingin mereka katakan. Pada saya kalau tak suka dan menyampah, jangan baca. Kalau dah follow boleh terminate... apa susah. Blog ini blog peribadi. Dah tentulah kita nak catit segala yg kita lalui sebagai satu kenang-kenangan dan saya rasa kita (semua blogger) punya hak untuk menulis apa saja yang kita nak tulis... kan...!
BalasPadamSweetie,
PadamApa yg ustazah kongsi hari ini sgt tepat. Hatta seorang ibu menegur anak sendiri juga boleh jatuh sebagai riak bila kita cuba merendahkan orang lain. Bila kita merasa diri kita lebih baik dari orang lain yang ditegur. Sebenarnya maaflah, saya bukan tidak boleh ditegur tetapi tak usahlah nak menulis atau mengingatkan pada orang lain yang harta dunia hanya pinjaman. Saya pun tak pernah tengok orang Islam membawa perhiasan dan harta benda ke dalam kubur. Jadi teguran begitu sgt tidak berhemah, seolah kita lah yang sangat beriman. Yang sepatutnya ingatkan diri sendiri dan anak anak kita sahaja. Apakah sudah sempurna diri kita? Apakah kita sudah capai tahap makan kerana lapar atau kerana Allah?
Kak Azie, bila baca apa yg Kak Azie kongsi dari kuliah Ustazah Suraya tu, buatkan diri saya rasa malu pulak. Selama ni cara saya menegur anak2 pun agak keterlaluan. Rasa diri saya je yang betul. Alhamdulillah, Kak Azie telah berkongsi ilmu yang sangat berguna untuk saya dan semua pembaca blog Kak Azie.
PadamKepada pembaca yang tak berapa nak suka dengan apa yang Kak Azie tulis tu, biarkan jelah. Bak kata cikgu kimia saya dulu "kita lupakan saja".
Semoga Kak Azie tabah dan terus berkongsi segala ilmu dengan kami semua.
Mamazil,
PadamSaya setuju sangat. Saya sendiri pun menyesal dan rasa malu kerana kesombongan kita dalam menegur anak anak. Kita kena mengajar mereka, bukan memgkritik. Saya jadi sangat menyesal. Sama juga tidak boleh merotan anak anak yg tidak solat wp kita boleh merotan bila mreka berumur 10 tahun setelah kita mendidik mereka dari umur 7 tahun. Jika menyuruh mereka solat dg lemah lembut, mengejutkan mereka dg kasih sayang. Dikuatiri mereka menjadi benci pada solat. Hari ini, saya pun memikir benda yg sama
salam akk... hai... dah lama x comment2 kat wall ni.... singgah amik resepi je.. hehehe tak tau cite....
BalasPadam1st... akk bila kita wat blog ni.... kita kne terbuka.. dan bersedia dgn apa yg akan org koment... baik komen yg baik atau sebaliknya.... sbb bnyk golongan yg akan membaca.. sedangkan kita ckp dri mulut terus telinga pun kadang2 org x leh terima... ini kan d alam maya ini.... sy pasti akk kuat orgnya.... jadi biarlah apa org nak kata.... sbb kata2 negetive ni hanya akan membuat kita merundum... dan itu la niat sebenarnya... so just ignore je... hati pun x sakit....
teruskan apa yg perlu d teruskan selagi x menggngu hak dan keselesaan org lain.... sy sudi membaca... dan meniru resepi akk.... hehehehehe
Eliza,
PadamTerima kasih atas sokongan. Insya Allah, saya akan cekalkan diri menghadapi semua ini.
Saya selalu singgah sini baca as a silent reader, saya kagum dengan usaha and kreativiti akak. Itu la, kalau seseorang tu just baca satu dua entry jer, tak mahu baca lebih dan cuba mengenali penulis, yang nampak hanya negatif jer la, lebih2 lagi kalau orang tu mmg jenis berfikiran negatif. U are doing good, very cool in handling this kinda situation, kalau saya mengamok dah kot hihihi. Keep it up Kak Azie :)
BalasPadamAkak best!!!
BalasPadamSalam aunty..honestly sy rasa penceritaan aunty byk mberi semangat pada pembaca. Tp kalau ada yg menilai ianya riak sy rasa maybe anon tu berfikiran negatif.Saya suka baca kisah2 aunty. Byk bg semangat kt sy. Hee..Suka jugak cilok resepi2 aunty. hehe..
BalasPadamkadang2 apa yang orang cerita atau kongsikan dapat menyuntik semangat untuk sama berjaya. yang penting kena pandang dari sudut yang positif. tak apa kak, yang penting Allah tahu niat kita.
BalasPadamAssalam kak Azie..
BalasPadamGaya penulisan mencerminkan peribadi seseorang....jika teguran/komen berbaur dengki dan kata2 yang menyakitkan hati, maka terserlahlah seseorang itu ada 'PHD' dalam hatinya...
Biarkan ajerlah..tak jadi kudis pun..ramai lagi yang menyokong..
PHD=Perasaan Hasad Dengki
Azie jgn terlalu ikutkan hati...biarlah apa org nk kata pd kita...kita peduli apa? Susah senang kita pun kita yg tanggung sendiri org x penah amik pot pun jd bila kita dr keluarga ssh ni senang sikit biaq la...kita tulis pun utk kenangan kita. Seblm kita judge org lebih baik kita cermin diri kita dulu. Saya bangga lihat Azie dh berjaya hga ke tahap ni....saya selalu singgah amik resepi2 Azie. Bila msk semua menjadi dan sdp. Tqvm....
BalasPadamore kelate x mudoh mengaloh..go akak go..hehe..
BalasPadamkak, i quote the last paragraph of this entry in my FB, harap jadi renungan utk diri sendiri & kawan2... tq
BalasPadam