Kuantan Yang Santai - Part 3
Hari kedua di Kuantan, pagi ini kami sepatutnya berpindah hotel kerana semua bilik di Hotel MS Garden telah penuh. Selepas bersarapan, hubby ke kaunter bertanya jika ada bilik yang kosong. Manalah tahu kot last minute, ada yang cancel booking. Hmm nasib baik kerana ada bilik yang kosong, jadi kami boleh terus menginap di bilik yang sama. Saya sebenarnya malas nak berpindah pindah hotel ni.
Sewaktu bilik dibersihkan kami keluar ke East Coast Mall sambil sambil shopping barang anak anak. Lepas tu singgah makan ais cream di Fong Pak Fu. Lepas makan ais krim, terus balik hotel. Huhuhu tak ada maknanya nak window shop kat sini. Balik lepak kat bilik sebelum keluar cari makan petang nanti.
Tapi tengok hubby terus jer drive melepasi hotel kami. Bila ditanya, katanya mahu mencari keropok dalam plastik. Kami terus ke Tanjung Lumpur. Bila lalui kawasan gerai Mak Su dan Pak Su yang kami makan makanan laut celup tepung tu, kelihatan orang sangat ramai. Hubby terus berhenti dan kami semua turun. Aduh ramainya orang, hingga kena menunggu makanan digoreng kerana setiap kali diangkat dari kuali, pasti sekejap jer habis. Kali ini selain udang, kami juga mengambil sotong celup tepung dan ikan pari celup tepung yang sangat sedap. Memang sedap kerana ikannya terasa sangat segar lagi.
Ok hingga kita jumpa lagi di entri berikutnya....
Sedapnye tengok seafood celup tepung tu.....
BalasPadam