Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Detik Cemas Dan Mendukacitakan





Kejadian hari ini pasti tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. Hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan saya apabila diberitahu Rizky tidak balik sejak petang semalam. Sebaik diberitahu, saya terus naik ke bilik tanpa bersarapan dan terus menangis sebelum mengerjakan solat Dhuha dan solat Hajat. Saya berdoa sambil menangis meminta Allah menemukan kami dengan Rizky. Kebiasaannya Rizky hanya bermain di dalam rumah dan sekali sekala mengambil angin di laman rumah dan adalah beberapa kali keluar dari pagar rumah. Macam mana sekali pun, dia akan balik dan menunggu kami di atas pagar, sekiranya kami mengunci pintu semasa keluar makan. Tapi bila diberitahu Rizky tak balik semalaman, saya mula bimbang keselamatan dia. Ini kerana kawasan ini terdapat ramai budak budak jahat yang berkeliaran sehingga awal pagi. Banyak kes kecurian dan kehilangan. Saya kuatir jika Rizky menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya langsung tidak lalu untuk makan dan mengajak hubby dan Boy untuk mencari Rizky termasuk ke kedai kedai kucing yang berdekatan. Selepas Boy balik ke Segamat, saya dengan hubby terpaksa ke PKNS untuk menukar saiz jubah yang dibeli dengan Nelly pada hari sabtu. Sepanjang perjalanan, saya hanya berdoa ke hadrat Illahi. Balik dari Shah Alam mengajak hubby singgah di kedai pet di Seksyen 6 pula. Sesampai di rumah, saya naik ke bilik dan menangis teresak esak sambil berdoa. Seingat saya, saya hanya menangis seperti ini sewaktu Nana bertolak ke Egypt dulu sehingga mata saya bengkak. Kemudian selepas solat, saya meminta hubby rewind tape CCTV untuk melihat jika ada pergerakan Rizky di dalamnya. Sedang saya meneliti rakaman, tiba tiba terdengar hubby masuk ke bilik.

Fikir saya hubby datang untuk meneliti rakaman CCTV selepas menerima whatsApp saya. Apabila menoleh, saya bagai tidak percaya melihat Rizky dalam pangkuan hubby. Secara spontan saya menangis sekuat kuatnya. Lantas terus mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Saya juga akan berpuasa kerana telah bernazar jika Rizky ditemui. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Doa saya dimakbulkan. Rizky ditemui selepas dia menyahut panggilan hubby.  Bila terdengar suara hubby memanggil, dia terus keluar dari tempat persembunyian. Rupanya Rizky terjatuh dari pagar ke kawasan kebun jiran yang dipenuhi pelbagai haiwan seperti ayam Belanda, Rusa dsb. Ketika ditemui, Rizky dalam keadaan ketakutan. Alhamdulillah. Inilah kejadian kedua kehilangan Rizky. Yang pertama sewaktu baru baru berpindah. Rizky hilang dari pagi hari sehingga pukul 9 malam. Balik dalam keadaan kotor di bahagian perutnya. 

Selain Rizky, saya pernah kehilangan Rozy kucing Persian yang saya import dari Rusia yang keluar rumah dari pagi sehingga malam hari ketika kami masih tinggal di USJ. Hari itu, saya baru tiba dari London. Bayangkan perasaan saya ketika itu, apabila terpaksa keluar rumah berbekalkan lampu suluh. Saya menemuinya di bawah pokok bunga yang berdaun seperti daun lidah buaya besar dalam pukul 10 malam. Oleh kerana ketakutan, pembantu rumah saya telah melarikan diri pada malam itu juga sewaktu saya keluar. Takut bila diberitahu yang Rozy dibeli dengan harga yang mahal di mana setahun gaji dia pun tak dapat membeli Rozy. Kehilangan haiwan kesayangan adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Boleh klik di SINI untuk melihat kucing kesayangan kami. 

Rizky mula dibela sejak umurnya 3 bulan sebagai hadiah harijadi Aween pada bulan Februari 2007 sebaik kami balik dari mengerjakan Fardhu Haji. Ianya sangat manja dan tidur bersama Juita dan setia menemani Juita belajar juga. Pagi Sabtu, Rizky dan Demy masuk ke bilik saya dan melihat ke arah kami sewaktu saya bercakap dengan hubby berkenaan mereka sehingga hubby memberitahu, tengok tu dia tahu kita bercakap pasal dia. Itulah kali terakhir saya melihat dia terlentang berbaring di lanai bilik saya pagi Sabtu sebelum kehilangan. Mana lah saya tak menangis bila mendengar kehilangannya. Di rumah ini, sayalah yang paling garang dengan kucing terutama bila mereka lepak di atas sofa. Tapi saya sayang mereka seperti anak anak sendiri, cuma mahu mendisiplinkan mereka sahaja. Tiada apa yang mampu saya ucapkan melainkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Detik Cemas Dan Mendukacitakan"

  1. Alhamdullilah dpt juga jumpa.
    kucing bulu lebat comei gini geram tengok...takut jugakan dicuri org.tp biasa kucing kalau pergi jauh manapun dia akn tahu jln balik kecuali ada halangan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Rizky balik akhirnya. Mama dah tgk kucng2 koleksi AA, comel dan cantik2, mahal pulak tu.
    Ada kwn nak beri anak persian, mcmmana nak jaga kencingberaknya dll- mama tak de pengalaman-bgmana org baru nak menangani masalah2 kucing?.. ada refer blog ke?
    terimakasih.

    BalasPadam
  3. Ahamdulillah dapat jumpa..besar ye kucing ni

    BalasPadam
  4. salam kak azie..

    syukur la rizky suda ditemui..bila saja haiwan kesayangan kita hilang memang wajar la kita sangat risau dan menangis..jangankan hilang, time kucing sakit pun kita boleh mengalirkan airmata..saya juga pencinta kucing..walaupun kucing kampung, tapi saya sangat menyayanginya..

    BalasPadam
  5. Hi Kak,

    Be careful with pets, especially cats. They can climb very high and go out themselves. Not such a good idea. Last year my friend's cat went out and met with an accident. Maybe can do for them cat house or leave them inside the house, but not at porch.

    Thank god you found him.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
  6. comelnya.....gerammmmm sgt nk dukung...

    BalasPadam
  7. Penyayang sungguh Azie.... saya dapat bayangkan kesedihan Azie sebab saya pernah melihat sendiri anak saya menangis 2 jam sampai bengkak mata melihat kucing kesayangannya dilanggar kereta. Syukur;ah Rizky selamat....

    BalasPadam
  8. Ya Allah, Alhamdulillah.. dapat jumpa semula Rizky. Hanya mereka yg pernah mengalami sahaja yg faham bagaimana remuk redamnya jiwa dan karanya hati bila kucing yang kita sayang menghilangkan diri. Saya sendiri selalu berdoa agar Allah sntiasa memelihara kucing2 saya bila sy berpergian, sebab itu ada yg sanggup mengurung kucing sebab trlalu takut kehilangan, kan Kak Azie..

    BalasPadam
  9. comelnyer Rizky... kucing saye nama Chiki! kadang2 2-3 hari tak balik umah sy dh naik risau mcm org hilang anak!

    BalasPadam