Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tahniah Adik





Setelah bertahun tahun bergelumang dengan buku buku, dengan jadual kuliah yang ketat, akhirnya Nellisa, anakanda kedua kami yang dipanggil dengan panggilan Adik telah menerima segulung ijazah dalam majlis Konvokesyen UiTM yang ke78 semalam iaitu pada 15 Mei 2013. Saya mengambil cuti untuk hadir di majlis ini. Hahaha siap menempah baju dan tudung baru lagi untuk dipakai ke majlis ini. Semalam juga saya merasmikan handbag baru yang terperap dah setahun lamanya. Saya mahukan supaya anak anak merasa diri mereka dihargai, kejayaan mereka dirai.

Nelly memang anak yang boleh diharap dan bertanggungjawab. Teringat lagi sewaktu kami menunaikan fardhu Haji pada tahun 2006, walaupun ketika itu dia baru berumur 16 tahun, dia telah menjalankan tugas yang diamanahkan seperti membuat urusan pembayaran bil bil rumah, bil bank dan urusan persekolahan adik adik dengan baik sekali. Sehingga sahabat saya juga memuji atas kecekapan beliau menguruskannya semasa ketiadaan kami tersebut. Sehingga kini pun, Nelly memang sangat prihatin dan tidak lokek.





Seperti juga mana mana ibubapa, saya sungguh bangga dengan kejayaan anak anak. Seperti yang selalu saya tekankan, mempunyai segulung ijazah tidak menentukan kejayaan dalam kerjaya, tidak menjadikan kita seorang yang intelek, tidak juga menjadikan kita orang yang berjaya dalam hidup. Tetapi kompetensi yang dimiliki yang perlu diasah dari masa ke semasa adalah penentu kejayaan. Ijazah hanyalah untuk mereka memenuhi kelayakan asas untuk memohon pekerjaan tapi tidak semestinya kita mesti bekerja makan gaji. Apa apa pekerjaan bolehlah dilakukan, asalkan halal. Saya sangat terbuka di dalam perkara ini. Ijazah dalam bidang apa sekali pun hanya mengajar kita berfikir, cara berkomunikasi, cara menyelesaikan masalah, cara memimpin dsb sahaja. Jadi dengan ilmu yang dimiliki kita boleh melakukan apa apa pekerjaan sekali pun. 

Berbalik kepada Nelly, beliau ditawarkan pekerjaan sebaik tamat pengajian. Jadi sementara menunggu keputusan akhir pengajian dan ijazah, Nelly telahpun bekerja. Alhamdulillah, tawaran pekerjaan secara tetap telahpun ditawarkan, ini mungkin berdasarkan prestasi kerja yang baik. Saya menyokong hasrat Nelly untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan kalau boleh bekerja dulu di luar negara untuk setahun dua bagi menimba pengalaman sebelum kembali ke tanah air. Itulah hasrat saya dan semoga ianya menjadi kenyataan. Begitu juga, jika perancangan berjalan seperti yang dirancang, Nana juga akan melanjutkan pengajian beliau di UK selepas menamatkan program housemanship.

Akhir sekali, tahniah Adik. Semoga Adik akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Tahniah Adik "

  1. tahniahh buat anak akak!!

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Adik...semoga dia terus berjaya di dalam segala lapangan yang diceburinya

    BalasPadam
  3. tahniah, Nelly.. tentunya ia mewarisi sifat tanggungjawab itu dari Kak Azie dan suami, betul tak??

    BalasPadam
  4. Congrats nelly and the parents too.

    BalasPadam
  5. Tahniah buat Nelly....moga terus berjaya.
    Tahniah juga buat sis Azie & suami.

    BalasPadam
  6. Tahniah nelly dan juga azie yg mnjadi pendorong kejayaan anak azie.. Good luck in your future ahead nelly.. Pn akma


    BalasPadam
  7. Assignment tu ada kat website Nuffnang kat bahagian blogbuster. Kena buat video pendek, kalau terpilih, video tersebut akan ditayangkan sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh pihak advertiser. Makin ramai yang tengok video tu, makin banyak lah income yang kita dapat.

    BalasPadam
  8. Tahniah buat Nelly dan juga buat Azie n keluarga.

    BalasPadam
  9. tahniah adik.. moga menjadi muslimah yang soleha, berjaya dunia dan akhirat.tahniah juga buat kak azie..sekeluarga..akak beg akak cantik.. boleh match byk baju.

    BalasPadam
  10. Salam Ukhwah buat puan sekeluarga.... sebenarnya saya mengetahui tentang blog puan ini secara kebetulan, apabila saya mencari-cari google imej berkaitan dengan laman dan kolam ikan untuk rumah kami, dari sudut gambar yang dipaparkan dan coretan yang dicatat oleh puan menyebabkan saya sekeluarga merasakan kita seperti telah lama kenal. Banyak yang saya perolehi apabila membaca setiap catatan puan terutama untuk menjadi insan yang lebih baik dan matang.

    Dari bumi hang tuah... Khairul/Shikin sekeluarga

    BalasPadam