Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Red Velvet Cheese Brownies

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen
Sejak kebelakangan ini asyik tergoda dengan entri Red Velvet Cheese Brownies yang ditayangkan oleh ramai blogger. Sebenarnya dah lama saya menyalin resepi dari blog omputih untuk mencubanya. 

Namun ianya asyik tertangguh. Lepas tu keinginan untuk menikmatinya terus hilang dari ingatan. Tapi demam Red Velvet Brownies seolah datang kembali sejak seorang blogger rancak mengambil tempahan kek dan kuih muih.  
Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen
Hari minggu yang panjang bersempena dengan Cuti Wesak, saya mengambil peluang untuk membuat kek ini. Kalau dah teringin sangat nak makan, terpaksalah membuatnya sendiri. Tapi saya menggunakan resepi yang pernah saya cuba beberapa kali dan memang menghasilkan kek Red Velvet yang lembab dan menepati citarasa saya. Boleh klik di SINI.  

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen
Untuk percubaan pertama ini memang lorekan di atas kek tidak berapa kemas dan halus. Tangan pun terketar ketar apalagi bila lubang piping bag dah terbesar, laju jer ianya jatuh. Lepas tu, masa simpan dalam peti, saya cover dengan plastic wrap dan tak perasan pulak yang ianya dah terkena permukaan brownies, jadi apa lagi warna merah tu dah menjadi comot. 

Lain kali kena guna loyang yang lagi besar, supaya kek tidak memenuhi loyang seperti hari ini. Namun begitu, brownies ini sangat sedap apa lagi di makan semasa sejuk sejuk. Kek nya sangat lembut. Pendek kata semuanya memang sedap.

Sebelum kita tengok resepi, apa kata kita jamu minda kita dengan sedikit ilmu petikan dari kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani. Ayat 37 Surah Al Qiamah yang menyebut manusia dijadikan dari hanya setetes air mani yang kemudian diproses menjadi segumpal darah. Semua manusia dijadikan dari air mani. Air mani adalah hasil satu bahagian dari makanan yang diproses. 

Semua makanan dan minuman datang dari tanah. Contoh Tembikai, beras yang menjadi nasi semua berasal dari tanah. Apabila makan, makanan akan diproses menjadi sebahagiannya sebagai air mani. Air mani perempuan yang aktif akan bersatu dengan air mani lelaki, dimasukkan ke dalam rahim. Kilang yang sangat mahal sehingga diberi nama dengan nama Allah. Kilang yang mengeluarkan manusia. Perkahwinan membawa produk yang mahal.

Hanya 3 ciptaan manusia yang Allah yang jadikan lain dari yang lain iaitu:

1. Adam yang dijadikan pure dari tanah. Allah memerintahkan malaikat mengambil tanah dari seluruh dunia. Bawa balik tanah yang berbeza. Campur dengan air, hingga menjadi tanah liat. Dijadikan rangka Adam, yang tingginya 16 hasta. Selepas 40 tahun rangka kering keras, baru Allah tiup roh ke dalam rangka Adam. Itulah juga dikatakan 40 tahun, adalah umur matang. Rasulullah juga diangkat sebagai Nabi pada umur 40 tahun. Badan Nabi Adam mengandungi tanah dari seluruh dunia. Oleh itulah, keluarnya roh zuriat Adam dalam berbagai warna.

2. Hawa dicipta ketika Adam keseorangan di dalam syurga. Allah mencabut tulang rusuk kiri Adam dan dijadikan Hawa. Hawa ada bapak, tapi tiada ibu. Bila Adam tidur, bila terjaga di sisinya ada Hawa.

3. Nabi Isa. Anak Maryam. Nabi Isa dilahirkan tanpa mempunyai bapa kerana Maryam belum pernah disentuh mana mana lelaki.

Sebenarnya dalam surah Al Qiamah banyak diceritakan tentang di mana manusia berada di ambang sakaratul maut, bila roh berada di kerongkong. Sakitnya sakaratul maut sehingga tercabut bulu roma dan kaki kiri dan kanan bertaut sebab menahan kesakitan. Jadi kita kena banyak berdoa: "Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratal maut" semoga dipermudahkan semasa sakaratul maut. 

Ketika itu, semuanya sudah terlambat. Taubat pun tidak lagi diterima. Ketika itu, barulah mereka tahu yang mereka sekarang berada diambang perpisahan dengan dunia. Firaun pun ketika itu bertaubat selepas diperlihatkan segalanya semasa dalam keadaan tenggelam timbul di Laut Merah. Namun taubatnya tidak lagi diterima. 

Jadi Nabi berpesan supaya jangan hingga sampai saat itu, baru mahu sedar dan bertaubat. Dikatakan juga manusia yang berlagak sombong perlu ingat akan asal kejadiannya yang hanyalah dari setetes air mani seperti yang saya tulis di atas. Cukuplah dulu semoga ianya dapat dijadikan iktibar untuk diri saya sendiri dan semua pembaca. Jom kita tengok resepinya...

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Red Velvet Cheese Brownies

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sudu kecil garam 
2 sudu besar cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sudu besar red food colouring
1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sudu kecil white distilled vinegar
1 sudu kecil baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti. 

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.

Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.  


Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing. 


Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan. 



Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Lapisan Cheese

Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sudu besar jus Lemon

Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. 

Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek  yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen

Red Velvet Cheese Brownies Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

45 ulasan for "Red Velvet Cheese Brownies "

  1. Kak azie, kenpa bila sy bakar cheese sy jd hangit, tak jadi cantik mcm yg kak azie buat.kena guna api atas bawa jugak kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah overcooked. Ada tips kalau cheese dah perang boleh bakar guna api bawah sahaja. Saya bakar cukup cukup 30 minit. Tapi dah tercomot sebab plastic wrap terlekat kat permukaan semasa disejukkan.

      Padam
  2. berapa suhu utk bakar cheese tu?

    BalasPadam
  3. Azie, these brownies are lovely! I would like to try it too :)

    BalasPadam
  4. mcm adp... smua menjadi jer

    BalasPadam
  5. Salam puan, kalu x guna loyang loose..cmne nk kuarkan kek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna 1 kpg besar baking paper. Angkat keluar dengan baking paper tu

      Padam
  6. salam kak azie...
    wah,sedapnye RVCbrownies ni...blh try ni..:)

    BalasPadam
  7. molek sggh kejadiannya kak...bleh la buat utk senarai tempahan ni kak..

    BalasPadam
  8. nak tempah boleh ker..

    BalasPadam
  9. Salam kak azie, kalo simpan cream cheese frosting lam fridge bole tahan sampai bila ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah simpan hingga 2 minggu. Ok jer

      Padam
  10. As salam kak zie,nk tanya color merah apa kak zie guna...cantik merahnya,jenis liquid ker powder
    -mastura-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna jenis liquid yang dibeli di City Bakers

      Padam
  11. Salam kak azie,
    sy guna parchment paper...tapi nape dia cam hangit ekk akak...xsama ngan baking paper ke kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sama jer. Sebelum letak parchment paper tu, spray dulu loyang tu. Lepas letak, lagi sekali spray.

      Padam
  12. waaa....sedap gila tgok..^_^
    kena follow blog sis nieh...resepi best2..;)

    BalasPadam
  13. Assalam kak azie.. nak tanya, buttermilk tu kena beli butter atau bancuh guna bahan yg tertera utk dijadikan buttermilk? kurang faham.. huhu.. Kalau nak buat kek sahaja xperlu bakar lgi sekali utk cheese kan kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat sendiri. Tengok sukatannya di dalam resepi

      Padam
  14. Dear... i bakar lapis cheese tuhh tpi mcm hangit jek... suhu sama tpi bwah saja... bt 30minit tpi tengah2 x masak... so i + 10minit lgik... mcm x chantik bila dia garing... x kuning cam u bt...
    huhuuu.. jealous

    BalasPadam
  15. Satu adunan nie guna loyang brpa inchi?

    BalasPadam
  16. sis, all purpose flour tuh tepung apa??? maklumlah br nk mengenal baking.... hehehehe

    BalasPadam
  17. Tergoda!! Wajib buat ni huhu

    BalasPadam
  18. Trima kasih azie .dah try tapi cheese dia mcm kurang n brownies kering agakanya saya bakar lama sangat.apa pun trima kasih akan cuba lg n tambahkan adunan cheese bru sdp.😊

    BalasPadam
  19. Salam Azie, macam mana nak dapatkan brownies yang lembut dan lembap? saya ada cuba semalam tapi brownies agak keras.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi ini memang lembut dan lembab. Ini jer resepi yg saya selalu gunakan.

      Padam
  20. Sedapnyeee..trima kasih atas perkongsiannya..barokallah

    BalasPadam
  21. As salam kak azie..

    Resepi yg ni sama dgn red velvet kek tu kan..
    Dia akan naik tinggi mcm kek la juga ye?

    BalasPadam
  22. As salam kak azie..
    Tekstur brownies ni akan jadi cakey la ye, mcm kek..?

    BalasPadam
  23. Salam azie kalau guna shorthening ganti minyak sayur boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Different function. Tak pasti. Tapi boleh juga ganti dg mentega yang dicairkan

      Padam
  24. white distilled vinegar. sana ke dengan cuka biasa?

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah. Resepi ni sangat sedap dan lembut..menjadi wlpn pertama kali buat

    BalasPadam
  26. Da cuba buat mmg best resepi ni,moist sgt2....thanks kak azie share resepi ni,muah ciked 😘

    BalasPadam
  27. Salam Kak Azie, kat mana boleh dpt cuka suling putih tu ye?

    BalasPadam
  28. Hi kak azie.. kalau letak baking powder dlm tepung gandumm,brownies akan naik d tgh2 tu kak. Saya punya la. Terlebih ke aper ow?

    BalasPadam
  29. Tringin sgt nk makan yg sndri bt. Tapi bt msti xjd hurmmm.... Hmpa

    BalasPadam
  30. Slm kak boleh sy tgok saiz cawan akak utk sukatan kek .sy selalu buat kek.selalu jdi tapi tetiba minggu ni buat asyik batat redvelvet sy napa enth

    BalasPadam
  31. Slm kak boleh sy tgok saiz cawan akak utk sukatan kek .sy selalu buat kek.selalu jdi tapi tetiba minggu ni buat asyik batat redvelvet sy napa enth

    BalasPadam
  32. kak...blh x sy gunekn cuka masakn yg selalu buat jelatah tu..

    BalasPadam
  33. Salam, Kak. kalau jual berapa ya?

    BalasPadam