Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulau Pinang Lagi





Pemergian saya ke Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan April yang lalu bukanlah untuk bercuti tetapi untuk bertugas. Jadual waktu kerja yang sangat padat menyebabkan saya tidak dapat mengunjungi gerai gerak makan kesukaan saya seperti biasa. Hari kami sampai pada petang Sabtu, kami terus singgah di Restoran Hameed Sup. Saya makan kari ikan bawal dan telur sotong. Manakala hubby memesan sup dan roti canai.
 
Hari pertama kami hanya makan KFC yang dibeli rakan sepejabat. Jadi sebelah petang, perut sudah mula berkeroncong. Oleh kerana terlalu penat, kami hanya singgah di Restoran Hameediyah. Agaknya sebab makan dalam keadaan lapar, saya merasa telur sotongnya sangat sedap. Di samping telur sotong, saya juga mengambil ayam Masak Ros yang pada saya, rasanya biasa sahaja. Hubby juga membeli murtabak daging dan ayam yang dibungkus untuk dimakan di bilik. Dalam keadaan kekenyangan, saya masih sempat makan beberapa ketul murtabak yang sangat sedap. Malam ketiga, kami mengunjungi Hameediyah lagi.







Hari ketiga di sana saya mengajak hubby keluar lunch di Restoran Rafee sebab kawan kawan memberitahu yang ayam gorengnya sangat sedap. Memang betul, sangat sedap. Isinya lembut dan diluarnya garing. Tapi biasalah, pusing lebih dari 10 kali, baru dapat parking. 








Nasib baik juga, saya mengambil heavy lunch kerana hari itu, kami bekerja sehingga pukul 11 malam. Balik dari pejabat, hanya singgah di Restoran Hameed Sup makan roti bakar bersama dengan kakak ipar dan suaminya. 




Hari akhir di sana, saya bersarapan lagi dengan ayam goreng di Restoran Rafee sebab teringatkan ayamnya yang sedap. Sebelum balik kami singgah di Kedai Kari Kepala Ikan di Jalan Kelawei, makan tengahari bersama kakak ipar dan suami serta Cheq dan Kahar. Seperti biasa, kami memesan kari kepala ikan, ikan bawal dan terubuk masak sambal dan ulam ulaman. Memang sedap sekali sambalnya sehingga saya tak segan untuk bertanya resepinya. Boleh klik di SINI. Selepas makan, terus balik ke Kuala Lumpur.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Pulau Pinang Lagi"