PRU13 Yang Terhangat
Sesiapa pun tidak dapat menafikan yang PRU13 adalah yang terhangat setakat ini kerana dengan adanya pelbagai kemudahan teknologi yang membolehkan segala maklumat samada benar atau berbau fitnah disebarkan dengan begitu meluas dan cepat. Setiap kali membacanya, saya membuat penapisan sendiri, kalau terasa tidak logik akal, saya akan menolak dari membaca artikel sebegitu dari kedua dua pihak. Saya tidak mahu mencemarkan diri saya dengan perkara perkara yang tidak pasti kesahihannya dan tidak boleh melepasi logik akal saya.
Demi menunaikan tanggungjawab, saya telah kembali ke kampung halaman untuk mengundi. Manakala hubby pula, akan mengundi di kampung halaman beliau. Pada mulanya saya ingin mengambil penerbangan tetapi setelah difikirkan bahawa susah untuk bergerak semasa di sana dan tak mahu menyusahkan kakak yang terpaksa menghantar dan mengambil saya di airport, saya memutuskan untuk balik dengan kereta sahaja. Lagi pulak, hubby kena juga menaiki kereta untuk balik ke Perak.
Sepanjang perjalanan balik, memang terasa kemeriahannya perang poster. Saya sebenarnya tidak kisah kalau parti politik berkempen secara matang dan bijaksana dengan memberi facts and figures. Beri janji yang realistik, ceritakan tentang sumbangan yang telah dilakukan terhadap negara dsb. Tapi dalam pemerhatian saya terlalu banyak sentimen dan persepsi yang dimainkan serta kempen kebencian dan perpecahan yang diamalkan. Yang nyata, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Siapa? Kita sendirilah.
Sesampai di rumah kakak, kami sempat menjenguk pos gerakan yang kebetulan ada sedikit makan makan disediakan. Berpeluang bersembang dengan mereka. Dapat lah juga mendengar dari persepsi mereka berkenaan dengan pemerintahan di Kelantan. Haaa kesimpulan saya, mereka mampu berfikir dengan baik dan membuat ulasan dan kupasan dengan baik.
Sempat menjenguk bonda di Pondok Pasir Tumbuh kerana dia akan mengundi di sana. Apa apa pun esok, sama sama lah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada negara dengan keluar mengundi demi memilih pemimpin yang akan memimpin negara kita dalam masa 5 tahun lagi.

Salam PRU13 kak,apa yang penting kita mesti bersatu..Islam itu terlalu indah dan terlalu sempurna...mengapa kita mesti musnahkannya..pertelingkahan,kata kata kurang enak ,segala keaiban dan sbg tidak seharusnya d jadikan bahan utama...usah d lupakan sikap hormat mghormati,sistem amnah setia yg mjadi amalan orang yg terdahulu..ya Allah ya Tuhan kami ampunilah segala stiap dosa kami umat Nabi Muhammad s.a.w. seluruhnya dan satukanlah hati kami ya Allah..ya Allah jadikanlah hari ini pagi yg penuh kasih sayang dan aman...amin...nurul
BalasPadamsalam. ...kak Azie..mmg hot pru kali ni...tak sabo nk tggu result!
BalasPadamamacam..jadi tak kuih talam tu?