Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Kailan Dengan Udang



Masak Lemak Kailan Dengan Udang


Saya merasa sangat terharu dengan sokongan kawan kawan semua atas apa yang saya kongsikan berkenaan dengan komen yang dibuat oleh seorang yang tidak dikenali. Selama 26 tahun saya bekerja di pejabat yang rutin seharian adalah bergelumang dengan memo dan surat surat baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. 

Jadi saya mahu blog ini bebas dari suasana formal, sebaliknya saya boleh menjadi diri saya sendiri. Memang saya panggil hubby dengan panggilan Laling. Soo kalau ada yang tak suka, ada aku kisaahh? Biasanya saya menulis adalah secara spontan, tanpa diedit terlebih dahulu. Maklumlah saya pun bukanlah lady of leisure yang punya banyak masa lapang. 


Masak Lemak Kailan Dengan Udang

OK lah kita tinggalkan kisah ini dan kali ini, saya nak kongsikan berkenaan sayur Kailan masak lemak yang dimasak mengikut cara yang diajar oleh sahabat saya, Kak Halimah berpuluh tahun dahulu. Ketika itu, saya baru berkahwin dan mula mengumpul resepi resepi untuk hidangan suami. Inilah antara resepi yang saya simpan di dalam buku resepi dan menggunakannya hingga kini.

Saya suka sangat makan sayur kailan yang merupakan sayuran yang baru di dalam hidup saya. Semasa kecil tak pernah pulak makan kailan. Sayur sayuran di rumah kami kebiasaannya sayuran yang ditanam sendiri oleh arwah my father. Jarang sekali sayuran dibeli. 

Lebih lebih lagi arwah memang sangat rajin berkebun dan bercucuk tanam. Dia memang seorang yang tidak suka duduk berehat rehat tanpa berbuat apa apa. Jauh sekali untuk duduk duduk berbual kosong di kedai kopi, rasanya tak pernah pun dia minum di kedai kopi. Masa banyak dihabiskan di rumah atau di kebun.


Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Kailan Masak Lemak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kailan
8 ekor udang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang cili merah
Santan
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan udang dan kacau rata.

Masukkan santan dan dimasak seketika, masukkan pula batang kailan. Setelah batang hampir lembut, masukkan daun kailan, garam dan serbuk perasa. 

Masak Lemak Kailan Dengan Udang

Masak Lemak Kailan Dengan Udang


Akhir sekali, masukkan cili merah hiris dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Masak Lemak Kailan Dengan Udang"

  1. Salam kak azie...sapalah yg menyakitkan hati tu yer...hurm...sabar jer lah kak...sedap nampak kailan masak lemak ni...selalunya grg jer kailan ni...grg ngan ikan masin...sedappp...pasni boleh try versi masak lomak pulak...he he he

    BalasPadam
  2. Azie, I must try this dish. Usually I have kailan stir fried with garlic only. I never thought of using it in masak lemak. By the way, my grandma used to call my late grandpa Laling. When I was small I didn't give it much thought what is "Laling" until later my mum told me it is actually "Darling". Romantic jugak kan nenek I? Hee..hee...

    BalasPadam
  3. Ahai...sayur macam ni kalau lawan dengan ikan kering dan sambal belacan...pergh!! fengsan.... 5 pinggan la jawabnya....

    BalasPadam
  4. Salam dear....yalah selalu goreng je kailan ni...boleh try masak mcm ni. lagi satu sayur yg sedap masak lemak ni adalah sawi putih. Take care azie.

    BalasPadam
  5. minta semangkuk..lebihkan udangnya yer..

    BalasPadam