Ikan Sambal Ala Masakan Gerai Jalan Kelawei
1. Jangan kamu bersahabat kecuali dengan orang beriman. Kenapa? Kerana sahabat akan mempengaruhi kita dan seseorang akan mengikut agama sahabat karib. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi bersahabat hanya dengan orang beriman. Ini dinyatakan dalam surah Tawbah ayat 119: Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama sama orang orang yang benar.
2. Jangan makan makanan kamu kecuali orang yang bertaqwa. Kenapa? Ini adalah kerana makanan memberi tenaga untuk membolehkan mereka beramal dan beribadat. Ada dua jenis makanan, iaitu makanan yang diberi atas dasar dijemput yang dikatakan untuk orang orang beriman. Kedua, makanan hajat yang boleh diberi termasuk orang fasik. Contoh, pemberian makanan kepada orang orang yang dalam keadaan kecemasan seperti kebakaran dan lain lain malapetaka.
3. Bersedekahlah sebelum tiba masa di mana tiada lagi orang yang akan menerima sedekah. Di suatu ketika nanti akan tiba masa di mana orang berjalan jalan ke sana sini untuk memberi sedekah sedangkan tiada yang mahu menerima sedekahnya. Ini akan berlaku di zaman turunnya Nabi Isa. Di zaman itu, bumi sangat makmur sehingga kulit sebiji buah delima boleh dijadikan sebiji khemah. Bayangkan betapa besarnya tu. Bumi akan memuntahkan emas dan perak yang melimpah limpah. Sebelum tiba zaman itu, Rasulullah menyuruh kita bersedekah. Lagi pula, dengan bersedekah Allah menjamin akan menggantikannya di dunia di samping mendapat pahala di akhirat kelak. Ini disebut dalam surah Saba' ayat 39. Sedekah juga merupakan jalan untuk ke syurga, bagi orang orang yang mempunyai harta.
Sekarang kita citer pasal resepi dan masak memasak pulak ya. Haa ingat tak hari tu, saya ada cerita pasal makanan kegemaran saya di Jalan Kelawei? Setiap kali ke Pulau Pinang, kami mesti singgah makan di gerai kari kepala ikan di Jalan Kelawei. Kali pertama menjejak kaki di gerai ini adalah sewaktu masih mengandungkan Nana, anakanda sulung kami. Waktu itu gerai ini masih kecil dan hanya di bawah pokok sahaja. Cuma kini ianya telah dibina kedai yang nampak seperti restoran kecil. Namun yang pasti makanan yang disediakan di sini, tidak pernah berubah rasa dan keenakannya. Bayangkan hampir 25 tahun kami menjadi pengunjung setia.
Yang terbaru adalah kunjungi sewaktu saya bertugas di Pulau Pinang. Kebetulan kakak ipar juga sedang bercuti di Pulau Pinang, jadi kami mengajak mereka ke sini. Setiap kali ke sini, pasti lauk pauk yang dipesan adalah lauk pauk yang sama iaitu Kari Kepala Ikan, Ikan Goreng Sambal dan Ulam ulaman. Kali inilah tergerak hati untuk menanyakan resepi Ikan Goreng Sambal yang menjadi kegemaran saya. Nasib baik, adik yang bekerja di situ tidak lokek untuk berkongsi resepi.
Hari ini Nana balik kerja dalam tengahari kerana malam tadi bekerja malam. Kebetulan dia memang suka sangat makan ikan bawal yang digoreng garing dan diletakkan sambal sweet sour. Cuma kali ini, saya menukarkan dengan sambal ala ala sambal tumis di gerai Jalan Kelawei. Jom kita tengok resepi yang diajar hari itu. Pesannya ialah mesti memasukkan bawang yang banyak.
Ikan Goreng Sambal
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor Ikan bawal/terubuk - lumur garam kunyit dan goreng
Cili kisar - ikut sukai
8 ulas bawang merah - banyak
3 ulas bawang putih
Belacan
Air asam jawa
Garam
Gula
Daun pudina
Daun limau purut - hiris
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan belacan yang dikisar. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga ianya benar benar garing.
Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Akhir sekali, masukkan daun pudina dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng. Letakkan daun pudina sebagai hiasan. Jika suka, taburkan bawang besar hiris di atasnya. Hmmm sedaap
Inilah masakan faveret kmi skluarga, cuma kuah tu kdg2 dipekatkan atau d cairkn sedikit tpi blum pernah letak daun limau purut dan pudina, blh lah cuba resepi ni, n blh lah pula menambh timbgan bdn ahli2 klrga nanti
BalasPadamDear,
PadamCubalah. Yg ini dipekatkan. Tengok gambar ikan sambal yg dipesan atas meja semasa kami makan di sana baru baru ini. Masa makan tu, tabur sikit bawang besar hiris. Ada daun pudina tu, yg rasa sedap sangat. Dah cuba nnt boleh bagi maklumbalasnya.
sedap sangat dah ni kak azie..kecur liur tengok
BalasPadamas-salam... akak boleh bagi x alamat gerai tu... rase cm teringin plak... thanks...
BalasPadamWslm Auni,
PadamSaya pun tak tahu alamatnya. Cuma lalu jalan belakang Hotel Gurney di sebelah kiri dan terus ke depan. Depannya ada stesyen minyak belahkanan. Kedainya belah kiri di depannya ada pokok besar. Ada gerai jual majalah dan surat khabar. Gerai tu, belakang gerai majalah tu
As salam dear.. semuga azie sklrga selalu didlm lindungan Allah.
BalasPadamBetul kata ustaz tu..dan su selalu pesan kat anak2 kalau berkawan ni kena hati2 ada 2 mcm kwn..satu membawa kebaikan yang selalu mengarahkan kpd perkara2 kebaikan & ketaatan kpd Allah & satu lagi merugikan dimana menjuruskan kejahatan dan perkara2 yg membawa murka Allah so berhati2lah dalam memilih kwn, agak2 lain mcm je pls take a gap...
Selalu masak sambal tapi tidak pernah letak daun pudina..kena try ni..Thanks azie for sharing the kuliah and recipe.
Love u.
Betul tu, Su. Zaman skrg sgt mencabar dalam segala aspek.
PadamSalam kak azie
BalasPadamSedapnye...sy mmg suke sgt ikan bawal
nak try buat la..yummy
Iza,
PadamCuba buat. Katanya sama dengan buat sambal tumis cuma dimasukkan bawang yg banyak. Dan letak daun pudina, daun limau purut.
Salam kak azie,
BalasPadamSaya baru mengikuti blog kak azie. Selain tertarik dengan resepi yang kak azie tunjukkan saya kagum dengan kak azie. Kak azie tak lokek berkongsi ilmu/resepi dan banyak memberi nasihat. Terima kasih dan mintak halalkan ilmu/resepi yang ingin saya cuba pada masa hadapan.Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada kak azie dan keluarga.
Peminatmu,
Salina
Terima kasih Salina. Sangat terharu membaca komen yang diberi.
PadamAssalam Azie...betul kata ustaz tu dn jgk sokong suhaila..mekasih jgk pd azie sbb berkongsi rspi, rasa nk buat kebetulan lebihan ikan siakap..bole wat utk lunch nnti he2...tq azie muahah!! zila66
BalasPadamJangan lupa masukkan daun pudina dan daun limau purut tu. sedap rasanya.
PadamSalam Azie! Saya suka makan kat sini, masa tu saya dok sana dari 1996~2004! Meme sedap! Kari kepala ikan n terubuk sambal.daulu tau makan je tapi tak teringat nak masak. Bila dah tak dok penang, dok teringat terubuk sambal
BalasPadamBoleh next time mampir2, keep sharing :) http://sambalburudyjakarta.blogspot.com/
BalasPadamBoleh tahu sukatan garam, gula dan air asam jamwa
BalasPadamBoleh ikut selera masing masing.
Padam