Ikan Bakar Bercili
Semasa bersembang dengan Kak Yah, rakan surau Ad Dhuha di telefon berkenaan dengan pemanggang ajaib, Kak Yah tercerita cara dia menyediakan ikan bakar bercili.
Apa lagi, saya pun cepat cepat menyalin resepi Kak Yah itu. Maklumlah Kak Yah berasal dari Kelantan dan semua masakan Kelantan pulak adalah makanan kegemaran saya. Jadi nampak gaya kenalah saya selalu berguru dengan Kak Yah bab memasak masakan Kelantan.
Apa lagi, saya pun cepat cepat menyalin resepi Kak Yah itu. Maklumlah Kak Yah berasal dari Kelantan dan semua masakan Kelantan pulak adalah makanan kegemaran saya. Jadi nampak gaya kenalah saya selalu berguru dengan Kak Yah bab memasak masakan Kelantan.
Ikan Bakar Bercili
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan selar - dikelar
5-6 batang cili kering - tumbuk
Garam
Asam jawa
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
Cara cara:
Gaul semua bahan di atas dan dilumur pada ikan. Perap seketika.
Bakar menggunakan pemanggang ajaib sehingga masak. Balik balikkan sehingga kedua dua belah ikan masak.
Nota:
Jika ingin digoreng, gantikan asam jawa dengan sedikit cuka bagi mengelakkan ianya menjadi hitam.
Wow! menyelerakan... resepi Kelantan mmg best...!!
BalasPadamwah rajin panggang ikan ye sejak ada yg ajaib ni kak azie..zila pun nak carik la ajaib ni..
BalasPadamhmmmm sedapnyaaaaa... terliur tengok ikan bakar bercili ni.. boleh praktik kan gak.. menu sihat kan..
BalasPadamSalam. Pn.Azie, terima kasih atas resepi nasi beriani pakistan. ya ampun memang sedap sangat bila dicuba.
BalasPadamHidangan tersebut boleh isi banyak perut di rumah, bawa ke pejabat dan untuk cikgu taska anak.
alhamdulillah semuanya cakap ya ampun sedap...terima kasih juga atas journal percutian puan.
memang memberi panduan buat musafir yang ingin berkelana.hehehe -UF
Terima kasih, UF
PadamSalam kak,inshaAllah selepas hbs pantang ni pasti sy cuba..almaklumlah hubby sy pun org kelantan ...kak cubalah pula masakan belut...pasti lebih menyelerekan n kekalkan step by step ye kak....nurul masih dlm berpantang surgeri
BalasPadamWslm Nurul,
PadamSelamat berpantang. Saya sebenarnya tak boleh makan belut, mmg tk boleh wp dah cuba makan kat restoran Jepun.
sedapnya, tmbh pula klu ada lauk singgang atau asam rebus..
BalasPadam