Cuti Sekolah Di Kuantan - Part 1
Hubby menanya jika saya ingin mengikut beliau ke Kuantan sambil membawa Juita dan Aween bercuti. Lagi pulak, kami tidak bercuti ke mana mana. Kami bertolak selepas solat Subuh kerana hubby ingin sampai di Kuantan sebelum pukul 10 pagi. Seronok juga menikmati pemandangan berkabus sepanjang Lebuhraya Karak yang masih menghijau. Saya mencadangkan supaya singgah bersarapan di Kedai Restoran Zaman yang terkenal dengan nasi lemak.
Kami sampai di Restoran Zaman dalam pukul 8 lebih. Kelihatan orang ramai sedang bersarapan. Saya pun hairan mana pulak hubby menghilang. Hahaha geram pulak rasanya bila kami duduk dengan hanya memandang orang yang sibuk lalu lalang. Akhirnya saya bangun dan menuju ke kaunter makanan. Ternampak nasi dagang yang telah dihidangkan. Nampak nasi dagangnya kosong sangat, lauk pun macam ala ala kari jer. Tapi sebab tak nampak kelibat hubby, saya pun ambik lah sepinggan nasi dagang dan 3 ketul ayam goreng.
Bila saya menoleh ke belakang, baru ternampak hubby sedang beratur di bahagian belakang restoran. Aduh rasa bersalahlah pulak. Saya ni memang dari dulu, cepat jer naik darah. Ish ish ish panas baran betul. Saya kembali ke meja dan makan nasi dagang. Wow sedap lah pulak. Walaupun nasi dagangnya putih melepak, tapi sangat berasa rempah dan halbanya. Bila saya dok ulang cakap sedap, Aween pun minta diambilkan juga sepinggan. Kerana dah kenyang, saya hanya makan separuh jer dari nasi lemak. Hubby pulak memborong macamlah ramai yang nak makan nasi lemak tu.
Sesampai di hotel, hubby terus ke pejabat. Sementara tunggu hubby, saya dan Aween ke Pusat Membeli Belah di belakang hotel untuk memborong bekalan makanan untuk anak anak. Sambil tu, saya sempatlah juga singgah ke Parkson melihat lihat harga Pyrex.
Masa makan, hubby bertanya kalau ingin keluar makan di Gerai Warung Ikan Patin yang pernah saya tulis di SINI dulu. Walaupun kekenyangan, kami semua nak ikut. Ramainya orang sedang makan tengahari di sini. Lauk yang kami pesan ialah Masak Tempoyak Ikan Patin, Anak Ikan Sungai goreng dan ulam serta sayuran. Pencuci mulutnya pulak, jeli kelapa yang sangat sedap. Tambahan pulak, dimakan sejuk sejuk. Sangat menyamankan.
Balik hotel, depa terus sambung tidur sedang saya menulis entri ini. OK cukup dulu di sini, nanti kita sambung lagi untuk aktiviti saya seterusnya di Kuantan.
Dah lama tak pergi kuantan..terliur tengok jeli kelapa. Su ni memang peminat air kelapa. Have a nice holidays.
BalasPadamTake care azie.
salam kak Azie, seronoknyer dpt pergi Kuantan.Sebelum balik jangan lupa pekena mee calong kat Beserah. Superbbb.
BalasPadamSalina Taman Desa
huhuhu bestnya jalan smbil makan...
BalasPadam