Chicken Broth Azie Kitchen
Sebelum saya berkongsi tentang Chicken Broth, saya nak mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mengekalkan pemerintahan untuk selama 5 tahun lagi. Sesungguhnya inilah PRU yang sangat menginsafkan betapa tahap perpecahan bangsa Melayu beragama Islam berada pada tahap amat meruncing apabila PAS sanggup bertekad untuk menguburkan Melayu UMNO dengan sokongan DAP dan PKR dengan cita cita untuk menubuhkan negara Islam. Tetapi apa yang terjadi adalah DAP menang besar di semua kerusi bandar yang ditandingi dengan dibantu oleh pengundi Cina dan PAS. Jadi apakah kaedahnya PAS ingin melaksanakan pemerintahan Islam dengan hanya memenangi 21 kerusi Parlimen berbanding DAP yang menang 38?
Saya tidak berniat untuk mengulas panjang, hanya membiarkan masing masing dengan kupasan dan tafsiran masing masing. Apa apa pun, kepada semua parti dan wakil rakyat yang menang, berkhidmatlah dengan cemerlang dan tunaikan janji yang ditabur semasa kempen piliharaya. Juga tiba masanya untuk Melayu UMNO dan PAS bersatu demi kepentingan dan masa depan orang Melayu di negara ini. Jangan Melayu berpecah belah antara satu sama lain yang menguntungkan pihak lain. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
OK kita berbalik kepada resepi hari ini yang merupakan entri tertunggak. Tiba tiba terasa nak makan clear soup kerana sejak dari keluar hospital, masih tak lalu nak menjamah makanan walaupun perut dah terasa lapar. Saya sebenarnya malas nak membuat chicken broth kerana proses memyediakannya yang memakan masa yang lama.
Klik di SINI untuk melihat cara penyediaan Chicken Broth. My boss mencadangkan supaya membuat chicken broth menggunakan slow cooker sahaja. Ohh saya selama ini hanya menggunakan slow cooker untuk membuat poridge dan memanaskan kuah laksa jer. Betul juga tu, malam dimasukkan kesemua bahan di dalam slow cooker, set ke automatic mode dan keesokannya chicken broth telah tersedia untuk dibuat sup. Saya meminta hubby membeli bahan bahan yang diperlukan. Saya juga meminta Nelly membelikan readymade wantan berhampiran dengan pejabat beliau.
Jom layan resepi...
Chicken Broth
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam (atau tulang tulang ayam lebihan roasted chicken dsb)
1 batang karot - hiris
1 pelepah celery - hiris
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - ketuk
1- 2 helai daun parsley
Bay leave
Garam
Lada hitam - tumbuk kasar
Cara cara:
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Boleh juga jika ingin dimasuk cider vinegar dan biarkan seketika sebelum di masak atas api.
Masak dengan api perlahan perlahan hingga mendidih (simmer). Sendukkan bahan lemak dari permukaan dari masa ke semasa. Masak selama 2 - 3 jam.
Tapis dalam bekas lain untuk mendapatkan air rebusan ayam yang jernih
Buangkan kesemua sayuran. Isi ayam di ambil dan di siak siak kecil untuk dimasukkan ke dalam sup atau dibuat chicken salad.
Rebusan tadi disejukkan di dalam peti sejuk sekejap atau satu malam bagi membolehkan kita membuang lelemak yang membeku di permukaan bagi mendapatkan chicken broth yang jernih.
Chicken broth boleh disimpan di dalam bekas untuk diguna di masa depan dan disimpan di dalam peti sejuk atau freezer untuk disimpan dalam jangkamasa lebih lama.
Nota:
Kali ini saya menyediakannya chicken broth dengan menggunakan slow cooker sahaja.
Menyediakan Sup:
Panaskan chicken broth secukupnya. Masukkan garam, lada sulah dan wantan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
As salam azie.Semuga Allah lindungi negara kita, anak cucu kita dengan kesejahteraan..aminn. Never try these chicken broth..its looks healthy and nice with wantan and lada jeruk..ermm.
BalasPadamTake care.
Suhaila,
PadamBetul tu. Insya Allah. Ameen.
Ada orang menulis tak mahu lagi melawat blog saya. Aduhaai ada juga orang macam ni. Kerana perbezaan fahaman politik, berbeza pendapat terus berpecah. Ini negara demokrasi di mana setiap orang bebas bersuara tetapi maaf saya tak dapat menyiarkan komen orang spt ini yg mengaibkan dan memburukkan orang lain. Adakah itu ajaran Islam?
kak Azie..biarkan la org tue. xde ruginyer akak abaikan dia tuh. pada saya politik nie sangat kotor. Yang mengaku menegakkan syiar Islam pon jadi kotor bila masuk kancah politik. caci maki..mencarut pon smua keluar. yang paling meneydihkan ialah saling tuduh menuduh..fitnah memfitnah..zaman nabi pon ada politik tp xde la mcm zaman skrg nie. na'uzubillah minzalik..mintak jauh dr smua perkara yg boleh memecahbelahkan umat Islam. Amin..
PadamDear Liza,
PadamThank you for your encouragement. I sebenarnya tak kisah cuma merasa sedih semudah itu, seseorang membenci orang lain yang sebangsa dan seagama. Agama sepatutnya berada di tahap yang paling atas, atas dari politik. Tapi I tak kisah kerana ramai lagi yang akan sependapat dengan saya.
Mesti sedap sup ayam tu...nak jugak..
BalasPadamSalam kak zie...alhamd syukur pd allah s.w.t atas sgla rahmah n nikmatNya...tahniah buat pemerintahan sedia ada, wahai seluruh umat nabi muhammad s.a.w..bersatulah n hormatilah sesama kita...Islam itu terlalu indah mengapa kita perlu mencemarinya..seharusnya kita bersatu dlm mencapai keamanan...Islam itu sendiri punya nilai2 kesopanan n tatasusila..adakah kata2 nista melambangkan nilai ke Islaman sebenar?nilai2 murni yg d zahirkan adalah lebih berharga dan ia menunjukkan jati diri sebenar...sedarilah perpecahan tiada yang akan membawa kebaikkan...adakah perlu pertumpahan darah lagi baru kita terjaga dari tidur...fikirkanlah anak cucu kita...sama2lah kita bersatu menerima kelebihan n kelemahan agar lebih hebat d dunia n akhirat inshaAllah...Ya Allah Ya Tuhan kami satukanlah hati para ulama kami n seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w khususnya d malaysia...amin
BalasPadamWslm,
PadamTerima kasih kerana masih sudi menyokong apa yang saya tulis. Saya tidak mengajak perpecahan tetapi mengajak kita semua berfikir tentang masa depan. Tetapi kerana perbezaan politik ada yang tidak mahu lagi membaca my blog. I created this blog not for popularity or monetary gain. I am very clear with my own wisdom
Salam kenal azie... . sedap tengok chicken broth....
BalasPadamSalam kenal, Mori
Padamsegar tgk menu ni..
BalasPadamYa, terutama kalau tengah tak sihat. clear soup
PadamInsya Allah... sama2 kita doakan..
BalasPadamAmeen, semoga orang Melayu akan bersatu satu hari nanti
Padam