Petikan Ceramah Ustaz Don Daniyal: Adab Adab Hari Jumaat
Gambar diambil dari Google. Sempena hari ini hari Jumaat di mana saya berada di rumah, saya ingin berkongsi berkenaan adab adab menyambut hari jumaat yang saya olah berdasarkan 5 siri ceramah 30 minit Ustaz Don di TV Al Hijrah yang saya dengar di youtube pagi ini. Hari jumaat adalah hari yang mulia dan merupakan hari raya kepada umat Islam. Hari jumaat adalah hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari Allah. Kita sebagai umat Islam sungguh beruntung kerana setiap minggu kita akan menyambut hari raya. Seharusnya kita merasa seronok dengan ketibaan hari jumaat dengan membuat pelbagai persediaan untuk menyambutnya.
Oleh kerana ianya adalah olahan semula berdasarkan fahaman saya, maka saya memohon maaf jika ada yang tersilap di mana mana, harap dapat diperbetulkan.
Oleh kerana ianya adalah olahan semula berdasarkan fahaman saya, maka saya memohon maaf jika ada yang tersilap di mana mana, harap dapat diperbetulkan.
Antara adab adabnya ialah:
1. Petang hari khamis sudah mula membuat persediaan dengan membasuh baju. Membasuh baju untuk dipakai pada keesokannya.
2. Mulai petang khamis itu perbanyakkan lah membaca surah yang antara lainnya ialah Yassin, Kahfi, Sajadah. Sesiapa membaca surah Kahfi, akan diberi Nur sehingga jumaat akan datang. Begitu juga surah Yassin yang merupakan hati Al Quran. Atau kalau semua pun tak boleh, bacalah surah Al Ikhlas sebanyak 50 kali.
3. Sebelah malamnya menghadiri majlis ilmu di masjid masjid, perbanyakkan bertasbih dan berdoa. Sesungguhnya Malaikat akan turun bersama sama menaungi semua orang yang ada dalam majlis ilmu. Allah akan memberkati dan memberi keampunan kepada semua yang ada dalam majlis ilmu termasuklah orang yang mempunyai banyak dosa, orang yang datang sekali sekala ke majlis ilmu dan orang yang datang ke majlis ilmu dengan niat untuk menunjuk nunjuk pakaian baru dsb.
4. Berpuasa pada hari jumaat. Namun jika berpuasa, seeloknya diapitkan bersama sama dengan hari Khamis atau hari Sabtu, bagi membezakan dengan puasa orang orang Yahudi.
5. Mandi sunat hari jumaat yang lebih afdal dibuat sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan solat jumaat. Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah mandi pagi hari jumaat sebelum ke pejabat. Boleh dibuat bersekali dengan mandi sunat wajib.
5. Mandi sunat hari jumaat yang lebih afdal dibuat sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan solat jumaat. Bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah mandi pagi hari jumaat sebelum ke pejabat. Boleh dibuat bersekali dengan mandi sunat wajib.
6. Menyucikan diri. Secara fitrah ada 5 perkara yang perlu dibersihkan sepanjang masa. Jadi jika boleh ambillah kesempatan membersihkannya pada hari jumaat sebelum masuk waktu solat jumaat untuk mendapatkan pahala sunat membersihkan diri pada hari jummat. Jika selepas itu? Masih juga mendapat pahala tapi hanya pahala membersihkan diri kerana Islam amat mementingkan kebersihan diri. Apa dia yang 5 itu?
- Kena cuci bahagian berkatan bagi lelaki dan perempuan;
- Memotong kuku;
- Menipiskan misai dan trim janggut bagi membezakan dengan kaum Yahudi dan Majusi;
- Buang bulu ketiak, kalau boleh dicabut tapi kalau tak boleh, dicukur sahaja. Jangan disimpan bulu ketiak melebihi 40 hari;
- Akhir sekali membuang bulu ari ari. Buang atau cukur kerana ianya adalah tempat sensitif, iaitu tempat untuk membantu mendapatkan zuriat.
7. Memakai baju baharu terutama baju berwarna putih iaitu warna kesukaan Rasulullah. Orang perempuan yang membantu menyiapkan keperluan suami juga mendapat pahala walaupun tidak menunaikan solat jumaat.
Adab adab ke masjid juga banyak. Rebut benda benda kecil untuk mendapat pahala yang banyak. Apabila diikuti akan mendapat pahala. Antaranya;
1. Datang awal ke masjid dan duduk di saf hadapan. Disebutkan dalam kitab Iman Al Ghazali sekiranya manusia tahu keberkatan datang awal dan duduk di saf hadapan, pasti manusia akan berebut rebut. Jadi kenapa bila Nabi menyebut begini, kita tidak mahu mengambil peluang mendapat keberkatan dan pahala? Itu sebab diperhatikan kebanyakan ulamak akan mengambil tempat duduk di saf hadapan kerana mereka tahu kelebihannya.
2. Melangkah masuk masjid dengan kaki kanan dan membaca doa masuk masjid.
3. Niat beriktikaf dan solat tahiyyatul masjid 2 rakaat. Jika sewaktu masuk ke masjid, azan sedang berkemundang, dengar dan jawab azan dulu dan selepas itu baru solat tahiyyatul masjid. Solat dengan ringkas jika kutbah hampir dimulakan. Ustaz Don kata baca Al Fatihah sahaja pun tak apa kerana mendengar kutbah itu adalah wajib sekurang kurangnya 40 jemaah. Solat Tahiyyatul masjid adalah sebagai tanda menghormati masjid sepertimana kita tawaf apabila masuk ke Masjidil Haram. Jangan berkata kata sewaktu kutbah sedang dibacakan.
4. Berjalan dengan tertib dan beradab di dalam masjid, jangan melangkah jika ingin ke hadapan. Sebaliknya minta izin untuk lalu dicelah celah jemaah yang ada.
Banyak kelebihan hari jumaat iaitu hari yang dipilih Allah sebagai hariNya. Dikatakan sesiapa yang meninggal pada hari jumaat adalah salah satu dari tanda tanda kematian yang baik, iaitu dari hari khamis malam jumaat sehingga masuk waktu maghrib hari jumaat. Teringat pada arwah abang saya yang sulung, Cikgu Hashim yang menghembuskan nafas terakhir tat kala azan solat jumaat. Al fatihah untuk arwah abang yang sangat saya kasihi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Dikongsikan juga bahawa terdapat satu detik pada hari jumaat di mana doa kita tidak akan ditolak. Jadi perbanyakkan lah berdoa dan membaca Al Quran jika ingin Allah menjaga kita selama 24 jam. Sesiapa sahaja yang melalui hari jumaat adalah berpeluang untuk berdoa yang dimakbulkan Allah. Bila waktunya tidak dapat dipastikan, jadi kita hanya perbanyakkan berdoa sebelum masuknya waktu maghrib pada hari itu. Insya Allah semoga kita menjadi hamba Allah yang bertakwa dan dikurniakan ganjaran syurga Firdaus yang dibawahnya mengalir anak sungai yang airnya putih seperti susu dan manis seperti madu. Yang ini saya tambah berdasarkan apa yang saya dengar sebelum ini, ya. Masya Allah, terimalah amalan ku Ya Allah. Apa dia orang bertakwa? Orang yang bertakwa ialah orang yang takutkan Allah dengan mengikut segala yang diperintahkan dan meninggal segala apa yang dilarang.
Hingga di sini dulu, salam Jumaat dari saya dan terima kasih kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang merupakan antara ustaz kegemaran saya. Masih terdengar dengar suara Ustaz Don yang bercakap di telefon dengan saya tempohari. Saya sungguh merasa bertuah.
Terimakasih Azie. Moga jadi ingatan kita. Saya masih mengikuti siaran di tv tiap 9.30 mlm.
BalasPadamMeninggal Jummaat, aduhai syahdunya, idaman kaum muslimim. Amin.
Ustaz Don ditanya bagaimana dg orang yg melakukan maksiat yg mati pada hari jumaat. Saya suka jawapan Ustaz Don yg diberi secara analogi. Itu hanya tanda kematian yg baik yg boleh dilihat.
PadamContohnya ada kereta bertulis TV Al Hijrah berwarna hitam di badannya yg memang kepunyaan TV Al Hijrah. Ada pulak satu lagi kereta biasa tapi mempunyai sticker TV Al Hijrah di cerminnya. Maknanya ada tanda TV Al Hijrah di kereta itu, wp tak pasti samada ia kepunyaan TV Al Hijrah atau tidak. Tanda telah ada. Itulah analoginya yg saya rasa sgt mudah utk membayangkan jawapan kpd persoalan itu. Makna mati hari jumaat adalah salah satu dari tanda kematian yang baik.