Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia

 ◆ ◆ ◆ 

Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Azie 4/07/2013 219 ulasan
Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen
Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Anak anak saya memang suka makan nasi ayam dan sepertinya mereka tidak pernah jemu jemu. Selang beberapa hari hubby akan singgah di Gulam Mee untuk membeli 4 atau 5 bungkus nasi ayam. Harganya bukan murah dan ayamnya memang ciput jer. 

Jadi saya meminta hubby membeli ayam untuk dimasak nasi ayam. Kali ini saya menggunakan resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Jadi saya namakan resepi Nasi Ayam Paling Sedap. 

Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Oleh kerana anak anak sangat menggemari nasi ayam, jadi tidak hairanlah kalau saya menpunyai 8 koleksi resepi Nasi Ayam yang saya suka. Antaranya yang sangat sedap pada saya ialah Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap di SINI, Nasi Ayam Hainan di SINI, Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap di SINI dan Nasi Ayam Original di SINIYang lain lain pun sedap juga. 



Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Sejak dari semalam Aween meminta saya memasak nasi ayam tapi saya memujuk dengan memberi alasan nasi ayam elok dimasak waktu siang supaya boleh dimakan berulang ulang. Lagi pulak, saya memang betul betul tak boleh berdiri. Menggigil menggeletar seluruh badan, apalagi nak berdiri lama lama. Nasib baik lah dia faham. Jadi kerana janji mesti ditepati, terpaksalah hari ini saya mengotakannya. Memasak sambil duduk atas bangku tinggi.

Apa pendapat saya dan anak anak mengenai resepi ini? Huuuu memang sedap. Sedap giler kalau istilah budak budak sekarang. Nasinya sedap dan ayam juga sedap. Kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kenalah cuba sendiri. 

Jangan lupa, lepas ini saya nak share pula resepi Nasi Ayam Kak Laily di Subang Jaya yang memang sedap dan menjadi kesukaan kami anak beranak. Kalau di bulan Ramadhan, memang orang akan beratur panjang untuk membeli nasi ayam Kak Laily yang sekarang telah meninggal dunia. Al fatihah untuk arwah Kak Laily. Saya sempat belajar resepinya dengan pembantu Kak Laily. Boleh klik di SINI.

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang telah saya olah mengikut cara yang lebih mudah, terutama untuk menyemak bahan bahan yang diperlukan.


Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.




Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. 

Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.



Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen


Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 



Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 



Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.



Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen




Ulasan

  1. Tanpa Nama 07 April, 2013 15:57
    lapar la pula...... nyummm nyummmm
  2. Hafizah Mohamad 07 April, 2013 16:37
    sedapnyer kak...nasi ayam ni jugalah salah satu peberet suami fiza...=)
  3. Azie 07 April, 2013 16:41
    Nasi ayam ni evergreen. Smp bila bila pun tetap disukai. Anak kami seminggu beberapa kali makan nasi ayam.
  4. Azie 07 April, 2013 16:42
    Kalau lapar, jom minum petang pulak
  5. Tanpa Nama 08 April, 2013 10:35
    akak mmg pandai masak
  6. suhaila 08 April, 2013 10:41
    As salam azie..muga didlm lindungan Allah. Alhamdulilah su pun tumpang happy azie sudah semakin sehat, cepat2 sembuh k. Baru minggu lepas buat nasi ayam cuma bezanya sambal merah tu su tidak memasaknya cuma campurkan semua bahan diblend dgn air masak dan perahkan limau kasturi / nipis instead cuka. Terima kasih kongsi resepi.

    Salam Ukwah.
    suhaila
  7. Azie 08 April, 2013 12:15
    Betul, nasi Ayam Kak Laily yang I nak share nanti pun guna air limau kasturi. Nnt I akan buat resepi itu pulak. Memang tersohor sangat nasi ayam ni. Lebih lebih lagi, sambalnya. Sangat sedap
  8. Azie 08 April, 2013 12:17
    Biasa biasa saja. Nnt lain kali letak lah nama atau nama timangan ya. Tak best lah nak address Cik Anonymous, kan.
  9. Tanpa Nama 08 April, 2013 12:31
    salam kak Azie boleh saya tahu tentang penggunaan minyak bijian dlm masakan .kalo tak nak bubuh ok ke dan dalam resepi ini susu full cream tu berapa sukatan nya. terima kasih

    Salina
  10. Azie 08 April, 2013 12:59
    Dear Lina,
    Saya perhatikan kebanyakan nasi ayam yang sedap menggunakan minyak bijan. Tidak mahal. Elok dimasukkan, terasa kelainannya. Susu tu saya tuang sesuka hati jer. Fungsinya untuk menambah lemak. Kalau tak ada boleh juga masukkan santan ke sedikit. Tak banyak, rasanya dalam setengah cawan sahaja.
  11. PH 08 April, 2013 13:59
    Azie, I am bookmarking this recipe. The fried chicken looks very sedap. I love chicken rice a lot including Malay style chicken rice. Hope you are feeling better :)
  12. sweetie 08 April, 2013 16:05
    Azie, memang sedap nampaknya membuatkan saya teringin pulak nak makan nasi ayam petang ni!
  13. amalsweetmoment 08 April, 2013 16:32
    Assalamualaikum.. kak azie dah sihat ke... kmal nak ambik resepi ni ye.. rajin2 ble buat untuk anak2.. tkasih siap ada step by step lagi.
  14. Azie 08 April, 2013 17:07
    Silakan. Sometime cooking nasi ayam can save time. No need to prepare other dishes. I can skip soup and sambal cili as my children do not really like them.
  15. Azie 08 April, 2013 17:08
    Sweetie, nasi ayam is 1 Malaysia food where everyone loves to eat it. Esok buat dan let me know how is it. Hahaha
  16. Azie 08 April, 2013 17:11
    Alhamdulillah Amal. Masih ada lagi angin yang menyebabkan pening dan loya. Nnt cuba ya
  17. MaryamAnnisa 08 April, 2013 20:44
    kak azie try minum cuka kurma. bagus untuk buang angin dan penghadaman. huhu sy nak cuba nasi ayam resepi nie. . this weekend... pinjam resepi ya kak azie
  18. Azie 08 April, 2013 21:59
    Betul tu, cuka kurma adalah yg terbaik
  19. Unknown 14 April, 2013 22:19
    Lapar.......
  20. Azie 14 April, 2013 23:20
    Jemputlah makan
  21. Tanpa Nama 21 April, 2013 18:47
    Kak azie, tq tok resepi ni, da cuba siang td, suami pun puji kak :) . - miza-
  22. Azie 21 April, 2013 21:20
    Glad to hear that. After this, can try nasi ayam Kak Laily. I love that too
  23. Tanpa Nama 22 April, 2013 16:58
    InsyaAllah, will do kak, tq again -miza-
  24. nono 17 Mei, 2013 16:12
    dah cube tadi..memang sdp xterkate..mcm xpcye lak..hehe..hubby pn tambah nasi tadi..meksih puan azie sb share resepi dgn penuh ikhlas =)
  25. liza 30 Mei, 2013 22:47
    Assalammulaikum.
    Kak, nampak sedap. Saya nak tanya, serbuk ayam dengan minyak ayam tu ada jual kat kedai biasa ke? Er... baru nak belajar memasak. Hehehe. :)
  26. Azie 31 Mei, 2013 09:45
    Serbuk yam ada dijual. Minyak tu buat jer sendiri dg cara panaskan lemak ayam hingga keluar minyak
  27. Unknown 31 Mei, 2013 17:07
    wah...nmpk sedap sngt nasi ayam ni.....nak try buat la memandangkan ada tetamu datang ahad ni...btw ni first time masak nasi ayam sepanjang 19 tahun ni....hehe.....baru melangkah ke alam masakan demi masa depan...yeahhh!!!!
  28. saripah 01 Jun, 2013 13:17
    Terima kasih untuk resepinya..skrg jugak nak pergi cs beli bahan..wish me luck :)
  29. Rahman 16 Jun, 2013 00:06
    Terima kasih berkongsi.
  30. cikguhayatimail 24 Jun, 2013 10:55
    kebetulan tengah mencari resepi nasi ayam sedap untuk berbuka puasa petangni. Harap-harap berjaya la saya mencubanya. TQ Azie
  31. Unknown 28 Jun, 2013 00:04
    Nampak cam best je resepi ni..gambar pun cantik plak tu..kalau nak mintak resepi yg detail sket boleh x?contohnya bawang bape biji dll..itupun kalau x keberatan la..hehe sy ni baru nak blaja masak..:)

    http://vitaminhalal.com
  32. Mas Michiko 02 Julai, 2013 19:32
    Sedapnyerrrrr... tq coz kongsi resepi... mesti cuba ni...
  33. hayati suki 06 Julai, 2013 09:22
    Sedapnye... nk try laa b4 puasa ni...tq sis kongsikan resepi ni...
  34. damiaamna 10 Julai, 2013 14:44
    azie tak buat sos merah tu ye.....saya masih mencari resepi sos merah tu
  35. Ducks 13 Julai, 2013 18:46
    Saya dah pon mencuba dan hasil mmg sedap...tq sbb share resepi sesedap ni..
  36. anieyyusoff 14 Julai, 2013 13:18
    Salam azie, tq sharing resepi. Sy mmg suka mkn tp nk masak xreti. Mencari resepi yg mudah dan simple. Nanti nk try masak la...
  37. Unknown 15 Julai, 2013 16:55
    Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki
  38. Unknown 15 Julai, 2013 16:55
    sedapnya...
  39. Unknown 15 Julai, 2013 16:56
    Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki
  40. Unknown 17 Julai, 2013 00:28
    nyum nyum, cantik hidangan tu. buat terasa nak makan nasi ayam... yummy... nasi ayam pun makanan kegemaran saya tapi mcm susah jk nak dapat yang sedap kat luar tu, mmg betul ayam kecik tapi mahal.

    rasa nak makan jek sekarang!!!

    www.mnmforlife.blogspot.com
  41. Teratak Kak Baya 17 Julai, 2013 12:13
    Slm azie...blog yg wajib saya singgh utk cari resepi yg sdp2...ptg ni nak msk nasi aym la utk brbuka..tq azie..
  42. Pengembara Jalanan 19 Julai, 2013 11:24
    lapar la pulak time pose nih...:3 hmm..
  43. Tanpa Nama 19 Julai, 2013 21:34
    AKAk sori TNye soalan BDoh. .jeruk Kubis turn McM ne? ??sy bru nak blajar.
  44. Lin 23 Julai, 2013 14:32
    Menarik..boleh try ni..terima kasih utk resepi
  45. Unknown 27 Julai, 2013 11:50
    akk x pkai mentega ke..
  46. Unknown 28 Julai, 2013 19:11
    sodap nye
  47. Chasiah7 31 Julai, 2013 08:40
    Asiahajat....yammiiii..nak try tuk bbuka ari ni
  48. Chasiah7 31 Julai, 2013 08:42
    Yummiii..nak try ari ni...juadah bbuka kegemaran ku
  49. AmmarinaCorner 31 Julai, 2013 16:03
    Salam kak azie,tq 4 this resepi...mmg sdap..saya dh try buat utk berbuka...
  50. AmmarinaCorner 31 Julai, 2013 16:05
    salam kak azie..tq 4 this resepi...sgt sedap...
  51. Hana Farhana 06 Ogos, 2013 15:48
    Oyeah.. Sgt sedap. Ptg ni nk cuba msak utk sajian berbuka
  52. Noridah Sanz 08 Ogos, 2013 03:43
    Sy nk buat utk hari raya ni..
  53. ens 14 Ogos, 2013 02:39
    Sangat sedap. Dah cuba tadi
  54. Tanpa Nama 19 Ogos, 2013 03:19
    Salam.. Nk tnye.. Klu bhan untk aym 2.. Xnk gne halia.bwng putih n merah blh x.. Just ayam biasa n bhan perap shja
  55. afy 22 Ogos, 2013 15:39
    salam...blh tk bg sukatan utk sos perap+nasi ayam..tqs
  56. MeandSha Marketing 23 Ogos, 2013 14:42
    as salam kak azie..saya dah try resepi ni semalam.memang mabeles!cuma nasi terlembik la plak tp still sedap berlemak..
  57. Unknown 03 September, 2013 15:11
    Salam..thankx kak sudi sharing2 resepi...sya dah try masak wekend baru nie,,kompom bes...
  58. rosni 14 September, 2013 17:41
    Salam sis..saya suka semua resepi dalam blog ni..semua best..mohon copy resepi sis..thanx..klu rasa nk beli tudung blh singgah kat sini http://rififadida.blogspot.com/p/gallery-tudung.html
  59. Unknown 18 September, 2013 15:04
    Salam sis...saya dah pun mencuba resepi nasi ayam paling sedap ....memang betul2 sedap terima kasih azie kitchen. ..
    Eran senawang.
  60. Liyanahazwani Mat Radzuan 15 Oktober, 2013 18:56
    Assalamualaikum Kak Zie, saya dah try dah resepi nasi ayam ni utk Hari Raya Haji ni. Syukur alhamdulillah mmg menjadi dan sedap sangat. Sesuai dgn namanya. Mmg saya dah promote resepi2 dalam blog akak ni kat kwn2 saya. Thanks a lot kak!! **Feeling excited
  61. jajaOHgon 08 November, 2013 01:54
    Salam kak zie.... sy ambil resipi akak ni ye.. nk cuba style ns ayam akak... esok mak mertua nk dtg serbu rumah... biar lah special.. Harap2 menjadi lah ns ayam ni eheheh.... tq akak
  62. BedungGallery Wholesaler 11 November, 2013 14:30
    Salam,
    Saya sudah mencuba resipi iini..memang sedap..alhamdulillah suami dan anak mkn bertambah-tambah. Terima kasih
  63. Eyda 11 November, 2013 23:46
    Salam kak
    Sy tertarik dgn resepi nasi ayam akak..esk sy nak cube resepi ni..mudah mudahan ianye menjadi...firstime sy nk masak nsi ayam tok suami...hehe..papehal nt sy update kt akak yep..thank u :-)
  64. Unknown 22 November, 2013 01:08
    salam kak...

    tq sharing resipi best ni. tp nak tanya laa...biasa kalau sy goreng ayam yg dh perap dgn kicap nnti melekat kat kuali. akk ada tips tak utk tak bagi lekat??

    tq kak =)

    www.mummysayf.blogspot.com
  65. Azie 22 November, 2013 09:11
    As salam Fuzza,
    Biasanya pastikan minyak banyak dan betul betul panas.
  66. ~Wardah Abu Dardak~ 28 November, 2013 21:35
    Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

    saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

    http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1
  67. qist 29 November, 2013 09:54
    mmg first class resepi ni kak! qist
  68. Unknown 01 Disember, 2013 13:15
    Shely:
    Memang sedap gilers. Dah cuba......
  69. N 08 Disember, 2013 11:50
    Salam,kak azie.resipi akak nmpk sedap n sgt mudah plak tu nak buat.nak try la arini.mntk izin ambik resipi akak ni ye.semoga sentiasa dikurniakan Allah swt kesihatan n ceria2 slalu
  70. Aina 17 Disember, 2013 20:12
    Baru lepas masak resepi Kak Zie ni... memula nervous jugak nak balikkan ayam dalam kuali...ye la rasa mcm besar sangat ayam tu walau dah belah separuh :) apa apa pun, alhamdulillah menjadi! Tq Kak Zie..
  71. merakayangan 02 Januari, 2014 00:59
    Assalam. Tumpang tanya jap Kak Azie.hehe.
    serbuk ayam yg aka guna kat atas rempah sup ke?
    atau pati ayam? kurang pasti.
    Dah beberapa kali sy rujuk resepi blog kak azie utk masak ni.alhamdulillah. most of them menjadi.
    Sy ni bukan pandai masak pn, tengok resepi je selalunya.
  72. Azie 02 Januari, 2014 07:58
    Wslm
    Ya serbuk pati ayam.
  73. azweenzakaria 05 Januari, 2014 23:35
    Assalamualaikum...Wow! terima kasih share resepi. Anak-anak saya suka makan nasi ayam, tapi mommy nya tak pandai nak buat. Nanti saya nak cuba la....terima kasih sekali lagi
  74. kenapa aku?? 23 Januari, 2014 13:26
    saye pun nak try wat akak...dh klu bli mahal n ciput...buat sdiri lg kenyang...lelaki pun nak makan ape salah buat..kan... :D
  75. Asma Suhaimi 27 Januari, 2014 23:07
    Wahhh... best nie, i will try it ! tq kongsikan resepi superb nie akak
  76. mummyiklil 05 Februari, 2014 14:42
    salam kak azie, tq share resepi... dah try dah..1st time masak nasi ayam ni.. family semua suka...
  77. fatimah 07 Februari, 2014 06:22
    Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..
  78. Unknown 10 Februari, 2014 23:30
    salam kak, sory ya tnye sy kurg faham la..bleh bgtahu scre dtail lg x?mf sy bru nk blja..

    atirah
  79. shiela 16 Februari, 2014 12:38
    sedapnya..mesti cuba ni..tq ya kak azie sudi kongsikn resepinya..
  80. Fazliana 20 Februari, 2014 09:41
    wowww.. resepi & gambar nampak cantik menarik tertarik....
  81. Unknown 16 Mac, 2014 15:36
    Hi Kak Azie .. susu full cream milk tu nak pakai brape byk?
  82. Azie 16 Mac, 2014 17:18
    Nisa,
    Tak kisahlah berapa banyak. Tujuan nya supaya ia menjadi lemak berkrim.
  83. Unknown 03 April, 2014 13:50
    assalam, akak sy nk tnya..jeruk kubis tu ap ye? lbok msin ke? atau yang jual jruk dlm tong tu, yg ad jual kt kdai cina tu...?
  84. Unknown 18 April, 2014 15:38
    Saya cuba masak resepi ni hari ini.. Memang sedap.. Nasinya wangi dan lemak.. Ayam pun sedap..
  85. Fazliana 30 April, 2014 10:07
    Nampak sangat menarik. Tapi kenapa x letak mentega ye ? ohh yee klu ada masa nanti jemput singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/
  86. Fazliana 30 April, 2014 10:09
    Nasi ayam sememangnya warisan turun temurun x lapuk dek zaman. hihihi. oh ye nanti kalau ada masa jemput2 lah singgah blog saya plak http://www.mamafisya.com/
  87. Adriana Vitashop 07 Mei, 2014 13:40
    Salam kak azie, terima kasih berkongsi resepi, saya da cube, mmg sedapp...terbaik :)
  88. Ninazaimi 12 Mei, 2014 11:20
    Salam azie....tq 4the resepi. Sedap sangat....hari ni kali ke2 buat resepi azie ni...anak2 ckp" terbaik la mak"....hehee
  89. izati cogito 20 Mei, 2014 10:03
    Nampak sedap,Tak sabar rasanya nak cuba resepi nie..
    Terima kasih berkongsi resepi..
  90. misz 03 Jun, 2014 02:03
    Mmg nampak menyelerakan resepi kak azie ni..sy nk cubalah.. Sblm ni sy msk biasa2 je, tumis bawang, halia dlm periuk nasi gak ..
  91. Unknown 13 Jun, 2014 15:48
    Salam kak azie! tq sangat, tadi baut utk makan tengahari husband sampai tambah 3 kali! Mmg sedap! Anak pun suka;)

    Jemput singgah.
    http://www.mummyhannah11.blogspot.com
  92. Unknown 14 Jun, 2014 22:55
    Salem akak!..sedappnya tgk nasik ayam ni...bias a potong kecik2 baru goreng..nak try cara akak pulak..izin share resepi ya :)

    http:/www.mommiesjourney.blogspot.com
  93. Unknown 07 Julai, 2014 15:48
    Salam..sedapnye....sangat menyelerakan..

    Jemput singgah blog saya ye, n tinggal jejak kat blog sy..thanks.. :-)

    http://ainieyibrahim.blogspot.com
  94. Unknown 18 Julai, 2014 03:09
    esok saya nk cube buat..... macam best jer.... ;)

    nyummy....
  95. Fazliana 05 Ogos, 2014 10:04
    sdpny terliur saya...nk buat la utk lunch kjp lg..tq ye=)
  96. fatihabatrisya 08 Ogos, 2014 13:22
    Assalamualaikum k. Azie.. byknya resepi nasi ayam akak nie.. saya x tau mana yg paling best...? nak juga cuba masak utk hubby.. Antara nasi ayam istimewa dgn yg paling sedap nie.. mana yg sedap2 sgt?
  97. Azie 08 Ogos, 2014 13:44
    Dua dua sedap. Buat satu dulu, lain kali buat yg lain pulak. Nasi Ayam Kak Laily pun sedap atau yang paling mudah, nasi ayam Cik Su
  98. Unknown 23 Ogos, 2014 10:47
    Sedapnyee...nak try la...
  99. Beauty & healthy Lifestyle 03 Oktober, 2014 15:04
    Yummy... tgh cari resipi nasi ayam... ni la resipi yang mmg lengkap dgn gambar dan cara.. Thx for sharing... nak try ni mlm for dinner. kalau free boleh jemput datang baca-baca di blog saya pula :) http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/
    Terima Kasih!
  100. nurul 24 Oktober, 2014 01:35
    Thanks a lot Kak Azie for sharing this marvellous recipe! I've tried several of your recipes and have never been dissapointed! May Allah bless you..
  101. Qider 05 November, 2014 08:50
    saya dah cuba resepi ni, sedap sangat..suka2..
    resepi kak azie memang saya suka godek2 :-)
  102. afirina_ali 15 Ogos, 2015 17:44
    sedappppppppppp!!husband ckp lain kali buat lg..😘😘
  103. nurullainhusna 20 September, 2015 13:51
    Saya selalu mencuba resepi dari blog kak azie.hari ni saya dah pun cuba buat nasi ayam sedap..ya allah..memang sddap kak..menjilat jari..akak memang pandai masak..
  104. Shuba Nambiar 10 Oktober, 2015 20:28
    Thank u for d yummy resipi, kak.. mmg sedap... I dah try tadi.. ������
  105. Miss Mya 25 Oktober, 2015 14:28
    Salam..saya cuba resepi ini...sedap sangat :)
  106. Tanpa Nama 26 Oktober, 2015 19:36
    ha puan azie nama saya suzen saya nak tanya perap ayam tu sebelum di rebus atau selepas d rebus?
  107. Fieza 27 Oktober, 2015 13:26
    sedapnya...ada masa boleh try masak...
  108. Unknown 29 Oktober, 2015 16:35
    Sedap betul nasi ayam ni....sooooo good
  109. mama husna 08 November, 2015 12:19
    Terima kasih kak. Mmg sedap sgt.. penambat hati keluarga. Resipi yg lain pun sy dh cuba.. alhamdulillah x rugi.. thanks...
  110. Miss Lemonade 08 November, 2015 17:54
    Dah try td sis..mmg sedap...tenkiuu sis 💜💜💜
  111. Unknown 16 November, 2015 16:43
    sy suka tgk recipe kt blog akak.. nnt nk try.. tq for sharing
  112. irdina collections 23 November, 2015 11:38
    tq for sharing..jemput datang blog sy yer..
  113. Unknown 13 Disember, 2015 21:24
    Assaalam kak...sedap lah nasi ayam ni..dh try..mmg mabeless..hihi tq 4 sharing ye...

    Jemput ke blog sha ea..
  114. Adaforever 16 Disember, 2015 09:34
    assalakualaikum kak azie.. sya dah try buat. sedap sangat.. dah 4x buat hehe.. family ckp sedap. husband pun ckp sedap sgt. mekasih kak resepi. semiga murah rezeki akak sekeluarga
  115. Tanpa Nama 22 Disember, 2015 07:46
    Nak try buat
  116. Unknown 05 Februari, 2016 20:55
    Assalamualaikum...maaf azie, saya dh buat tnpa izin...
    Alhamdulillah, jd, suami dn anak2 sgt ska...
  117. yuvanraj_king 09 Februari, 2016 11:14
    Sedapppp
  118. Unknown 17 Februari, 2016 10:11
    Memang sedap dah try berapa kali...thank you for sharing. .yummy
  119. Olie 28 Februari, 2016 00:52
    sedap. banyak kali dah buat nasi ayam tapi tak dapat lagi nak master. taip kali buat masih tengok resepi.nampak sangat tak pandai masak ni..huhu
  120. Unknown 02 Mac, 2016 16:29
    Salam kak.. susu full cream nk letak banyak mana ye? :)
  121. Unknown 06 Mac, 2016 14:09
    Assalamualaikum,

    Kak Azie,
    saye baru try buat hari ni. first time pulak tu.
    susu full cream xde. pakai susu tepung 2sudu (suka hati jek!!)
    Ayam tu mmmg osem!! sambal lada pulak yg kureng sikit.sbb xpedas. tau letak bnyk sikit cili padi. hahaha. kesimpulannye, saye baru lepas makan n saye puji masakan sendiri. mmg best (enter bakul carry sendiri).

    thanks ye kongsi resipi. boleyla org yg xpandai masak cm saye ni blajar.
    Ayam masak ungkep n ayam masak merah pon saye dah cube buat.mmg terbaik la!!
  122. LeeN 27 Mac, 2016 19:46
    Assalam..

    Arwah bapak memang selalu belikan nasi ayam kak laily utk saya masa kecik dulu.. Alfatihah utk arwah bapak & kak laily..
  123. Unknown 27 Mac, 2016 21:42
    kalau nk cari resepi, mesti yg msk blog kak azie... supreb sumenye...
  124. Nurul 24 Mei, 2016 14:27
    Salam kak azie, nk tnya jeruk kobis tu kt kedai biasa ada jual ke ? Ke bt sndri ?
  125. Azie 24 Mei, 2016 23:00
    Wslm. Beli jer
  126. Nurul 27 Mei, 2016 15:15
    Kak azie... Nk tnya satu lg, bwg merah bwg putih, halia utk perap ayam 30 minit tu.. klau just tumbuk biasa smpai hancur xyh pkai blend xpe x ? Atau mmg kena kisar jgk ?
  127. Azie 27 Mei, 2016 21:42
    Boleh juga tumbuk lumat.
  128. Tanpa Nama 04 Jun, 2016 06:29
    mantap dan enak nih
  129. Unknown 06 Jun, 2016 14:25
    Dah lama rupanye akak bg resepi ni dlm blog.. sy br nk tgk thn ni. Dah cuba dan best. Ank2 n suami suka nasi aym ni.tinggal lagi sambal cili buang biji.bdk takut pedas.mmg awesome. Tqvm kak azie
  130. Unknown 13 Jun, 2016 14:53
    Akk kalau x guna mentega serbuk ayam n sos tiram blh x? Kalau susu guna susu tepung bolh
  131. YanaFazlyana 23 Jun, 2016 11:35
    Salam Kak. Saya baru sahaja berkahwin dah skrg ni nak memikat hati pasangan hehe. Memang saya cari resipi semua dekat blog akak. Nasi ayam ni paling terbaik. Saya buat memang dia suka sangat-sangat. Sampai bertambah-tambah. Mmg terbaiklah kak. Harap akak dapat salurkan lagi idea idea resepi yang baru utk saya cuba lain kali. Terima kasih kak utk resepi ini.
  132. Unknown 27 Jun, 2016 13:15
    Salam...sye dah try resepi ni untuk berbuka semalam..Alhamdulillah menjadi dan suami puji..hehe..tq Kak Azie.
  133. Azie 27 Jun, 2016 23:46
    Wslm. Alhamdulillah. Happy for you, dear
  134. Unknown 30 Jun, 2016 18:05
    saya nk try resepi kak azie ni ye.. thanks for sharing nasi ayam yg sedap...
  135. yanNz 18 Julai, 2016 10:46
    Salam kak azie..susu tu blh ganti susu cair x ? Selain santan?
  136. Azie 18 Julai, 2016 12:13
    Boleh juga.
  137. Unknown 18 Ogos, 2016 16:45
    Resipi ni memang sedap. Anak2 suka... Lama dah tak buat nasi ayam. Bila terpandang resipi ni rasanya hujung minggu ni nak buatlah. Kak Azie halalkan ye semua resipi kak azie yang saya ambil. :)
  138. Unknown 07 Oktober, 2016 19:13
    Kak azi. Minyak bijan kalau letk sesudu utk sekor aym cukup x?
  139. Azie 07 Oktober, 2016 20:52
    Letak dulu. Kalau tak cukup, tambahlah lagi
  140. Unknown 17 Oktober, 2016 05:32
    dah byk Kali Cuba..derhaka skit2 sbb xmkn bawangputih.. n xde mnyk bijan n kicap cair..then susu tukar susu cair.. tetap sedap..buat byk Kali dah.. bln 5 aritu buat ntuk mkn2 bday ank..ramai org puji.. I like..hehe.. terbaik Sgt..tq kak share resepi ni
  141. ada apa dengan kau dan aku 17 Oktober, 2016 17:26
    Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Sudah dua kali sy masak nasi ayam.
  142. ieyradia 05 November, 2016 23:49
    Baca tengah malam ni buat perut menggelodak kelaparan..hahaha esok baru nak cuba resepi ni..nak hidang untuk tetamu..
  143. Unknown 15 November, 2016 18:23
    sdpnya kakk...klo bli myk bijan tu... kt kedai nk cri apa?mnyk bijan juga ke kak??
  144. Azie 15 November, 2016 18:28
    Cakap nak minyak bijan, nnt depa tunjukkan
  145. Leen Abdullah 27 November, 2016 09:01
    Hari cuti baru dpt masak.. byk menu cuba cubaan Lynn amik dari blog akak. Semuanya menjadi.. thanks a lot lot..
  146. Unknown 27 November, 2016 10:05
    Nak cube Arini kak...terime kasih... Nyum nyum...
  147. Luqman 15 Januari, 2017 14:25
    Asslmkm kak azie... sy dh mencuba resepi nasi ayam ni.... mmg marvelous... thanks kak...
  148. ms_ell 11 Mac, 2017 18:33
    Assalamualaikum kak. Online x? Hehe. Sy baru godek2 resepi nasi ayam. Byk jga bhn2 dri resepi ni ea. Sy xbrp fhm cara buat yg kak azie story ni. Hehe. Tapi bca smua komen, asa trtarik plak nak try. Hehe. Sukatan kira hentam saja la ni ye kak? Hehek.

    'Bru kawen'
  149. Azie 11 Mac, 2017 20:00
    Wslm. Memasak masakan spt nasi ayam, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Boleh lebih kurang jer.
  150. Tanpa Nama 13 Mac, 2017 17:17
    Salam pn azie.. sblm buat, nak tanya.. serbuk ayam dari mana nak dpt?.. buat sendiri ke?
  151. Azie 13 Mac, 2017 18:13
    Wslm. Serbuk pati ayam. Boleh beli Aji-shio pun ada
  152. Unknown 26 Mac, 2017 20:12
    Terima kasih kerana berkongsi resepi ni Dan cara penyediaannya.saya ni xpandai masak n mesti kena ada resepi utk guide masak...ikut resepi puan selalu menjadi n kena dgn tekak..seronok saya jumpa blog ni n teruskn menulis ye..
  153. Dapur Kecil 28 April, 2017 13:14
    salam kak..sy suka resepi nasi ayam ni sebab kak tak guna kiub pati ayam..insyallah sy nak cuba buat hujung minggu ni..terima kasih kongsi resepi nasi ayam ni..
  154. Tanpa Nama 05 Mei, 2017 10:47
    kalau pakai susu sejat boleh tak?
  155. Tanpa Nama 11 Mei, 2017 20:21
    Sedapla jugok
  156. Lady D'yot 07 Jun, 2017 16:24
    Masak hari ni utk juadah berbuka. Terima kasih atas perkongsian resipi..banyak resepi2 lain dari blog kak azie saya dah cuba..memang sedap dan panduan step by step sungguh mudah.terima kasihh
  157. zhdhzahari 08 Jun, 2017 15:26
    nak cuba utk berbuka hari nie
  158. Unknown 19 Jun, 2017 15:51
    Sedapnya.. Nk cuba utk buka puasa hati ni
  159. Aqilahh 03 Julai, 2017 03:44
    gambar yang menarik.. susunan isi yang dapat difahami.
  160. Tanpa Nama 11 Julai, 2017 11:39
    boleh cuba ni
  161. Unknown 17 Julai, 2017 11:12
    Assalamualaikum kak azie. sy suke cube resepi2 kak azie. sumenye menjadi n sedap. tp utk resepi nasi ayam paling sedap ni, boleh x kak azie letak sukatan setiap bahan die? sy x reti kalo nk main agak2. resepi nasi ayam kak azie yg lain sy dah try. nk try yg ni plak. thx kak azie.
  162. Azie 17 Julai, 2017 12:17
    Wslm. Memasak hanya perlu anggaran. Bukan spt kuih atau kek atau biskut yang perlu sukatan tepat. Insya Allah pasti jadi. Saya dah update berdasarkan agak agak sukatan
  163. Unknown 18 Julai, 2017 13:24
    salam kak azie, saya silently follower setia akk since this year. ever since i tried one of ur recipes terus melekat and try lg. ur recipes are always on point. smlm dah try msk nasi ayam hainan, esok maybe try yg ni pulak. my family loved the hainan chicken rice btw. semua sedap. such a good write up and very simple. love ur blog! keep it up kak azie!
  164. Unknown 18 Julai, 2017 13:25
    satu lg, if saya nk panggang instead of goreng, method yg sebelum masih sama ka? kena sapu planta ir butter/oil x on the chicken before panggang?
  165. Unknown 07 Ogos, 2017 14:19
    Tq so much kak azie sudi memenuhi permintaan sy. syg kak azie!
  166. Unknown 15 Ogos, 2017 13:16
    Berselera nasi ayam.
    Kegemaran anak2 jugak.
    Jemputlah ke bolg saya
    blogkulepak.blogspot.com
    Www.gajimasyuk.com/user/aisah
  167. resepicheff 12 September, 2017 17:28
    lama xmerasa nasi ayam.. bolelh cuba resepi akak lk..
  168. Farah 14 Oktober, 2017 01:50
    Terimakasih sebab share resepi nasi ayam paling best ni.
  169. cik mastura 19 Oktober, 2017 13:20
    Salam puan,

    Apa bahan ganti untuk jeruk kubis? Kalau tak letak dalam sup, boleh ke?
  170. Azie 19 Oktober, 2017 14:11
    Wslm. Saya tak letak apa apa pun. Sebab saya suka sup kosong.
  171. MaMa Chantique 07 November, 2017 02:55
    hadoiiiii tak tahan nengoknya...tertelan air liur..huhuhuhu
  172. rosni 23 November, 2017 13:32
    share ye.tq
  173. enriana 06 Disember, 2017 16:17
    salam kak..sy suka resepi nasi ayam ni sebab kak tak guna kiub pati ayam..insyallah sy nak cuba buat hujung minggu ni..terima kasih kongsi resepi nasi ayam ni..
  174. Makmal Informasi 10 Disember, 2017 13:31
    Assalam kak Azie. Saya sangat suka dengan resepi-resepi kak Azie. Nasi ayam ni nampak sedap sangat. InshaAllah nanti saya cuba masak :)

    *bolehlah singgah dekat blog saya https://mohammadrahmatderise.blogspot.my/
  175. as 03 Januari, 2018 22:13
    terliur la pula.
  176. Nasi ayam mudah 14 Januari, 2018 21:56
    Nampak sedap sangat. Anak_anak pasti suka.
  177. Unknown 24 Januari, 2018 22:33
    tengok pun dah nampak sedap..apatah lagi rasanya..lama dah tak buat.terima kasih share resepi. ;-)

    www.bantalhotelhargaborong.blogspot.my
  178. Unknown 07 Mac, 2018 11:58
    saya dh salin resepi..cuma tunggu nk buat ajer.. terima kasih share resepi...yummy...yummy..
  179. iluminasi 10 Mac, 2018 02:21
    ada cara nak buat sendiri tak pati ayam?
  180. zue 22 April, 2018 20:17
    salam.kak nak tnya ketulan lemak ayam tu cmna ya?
  181. Tanpa Nama 06 Mei, 2018 16:20
    sedap. saya buat selalu tak jadi
  182. Arissa vitashoppe 23 Mei, 2018 10:11
    Selalu sy nak masak mesti refer aziekitchen.
    Insya Allah raikan anak2 pula utk iftar hari ni dgn nasi ayam.

    Jemput ziarah blog sy https://mylovelyarissa.blogspot.my

    Wassalam.
  183. MyLia Galeri 26 Julai, 2018 20:43
    Terima kasih berkongsi resepi. :-)
  184. Anis Nasir 02 Ogos, 2018 07:22
    Hari ni nk cuba resepi nsi ayam yg ini pula, resepi ikan msin lemak cili pdi tu sya dh try mmg sdap, ibu pun puji. Bkn snang ibu nk puji ni..thanks bg resepi
  185. Unknown 14 Ogos, 2018 13:58
    sedap sangat.dah 2 kali buat...tq kongsi resepi
  186. Unknown 07 Oktober, 2018 18:50
    Serius, dalam banyak banyak resepi nasi ayam yg sy cuba, resepi puan azie ni lah paling sedap dan x mengecewakan. Dengan aroma dan rasanya, uiii mantap sungguh.
  187. Anira Mustapha 13 Oktober, 2018 11:10
    sedapnya. selalu follow resipi Puan sebab bahan yang sangat mudah dan penyediaannya juga senang.
  188. siti zubaidah bt basrah 05 Disember, 2018 16:21
    Sedap nya! tengok pada gambar pun dah terbau NAsi ayam. Terima kasih kongsikan resipi Kak Azie :D
  189. Suri Yanti Ahmad 11 Disember, 2018 14:56
    Aduh tak tahan lah pula, tenkiu kak sudi share resepi, Suri nak try lahh...hihi
  190. Unknown 13 Januari, 2019 11:17
    TQ Kak Azie..
    1st time buat kira jd la..
    Cuma perap ayam jer tk pakai myk bijan..pakai apa yg ada.
    Resepi mudah klau ikut betul2 mmg jadi..
  191. ResepiAsia.com 09 April, 2019 11:49
    yarabii sedapnyee
  192. Unknown 04 Mei, 2019 14:15
    Alhamdulillah dah siap masak tadi and sedap sangat ❤
  193. Unknown 06 Mei, 2019 18:57
    X boleh makan puasa apa-apa pun terbaik nasi ayam
  194. Tanpa Nama 25 Mei, 2019 15:17
    Kak.ina nak tanye daun salam nak beli kat mana ye kak
  195. Azie 25 Mei, 2019 23:30
    Ada dijual yang dikeringkan di supermarket. Bay leave yg biasa diguna dalam masakan pasta. yang sya guna ni local bay leave.pokok tumbuh sendiri di bawa burung
  196. Unknown 01 Ogos, 2019 10:29
    Saya nak try buat nasi ayam ptg nnt. Harap2 menjadi.
    Sebelum ni saya dah cuba resepi nasi kerabu, menjadi dengan jayanya.
  197. Unknown 13 Disember, 2019 10:30
    Sedapppp sangatt..bt sikit 1st time utk si kecil makan sbb dia suka sgt nasi ayam. Alhamdulillah..selera dia.klu x susah sgt nk bg mkn nasi
  198. Unknown 10 Februari, 2020 00:23
    Alhamdulillah. Sdap2 resepi k.azie. sy suka blog resepi k.azie. klau xde idea nak masak google la rsepi k.azie. hehe.. Tq k.azie. smoga sntiasa dalam lindungan dan kasih syg Allah.
  199. 룸알바 16 Februari, 2020 01:53
    Thank you very much for seeing 밤알바 information.
    Thank you very much for seeing 밤알바 information.
  200. Resepi Sedap & Mudah 21 Februari, 2020 23:03
    Ilmu yg diajar menjadi pahala berkekalan selama2 nya. Resepi dan tunjuk ajar yg lengkap dan teratur .
    Terima kasih