Makan Malam Meraikan Harijadi Mama
Kalau di sebelah siang hari jadi saya pada 18 April yang lalu, saya meraikan harijadi dengan kawan kawan sepejabat, sebelah malamnya pula diraikan oleh hubby dan anak anak. Kebetulan semua anak anak ada kali ini kerana Nana off setelah bertugas malam sebelumnya. Anak anak bersiap siap dengan pakaian cantik cantik dan menunggu saya yang biasanya orang paling akhir bersiap. Tempat yang dituju, seperti biasalah Chillis di One Utama, restoran feveret kami kalau meraikan hari hari istimewa keluarga selain dari Tony Romas.
Seperti biasa saya, Nelly, Juita dan Aween akan memesan Spare ribs with BBQ sauce, manakala Boy dan Nana memilih ayam dan hubby pulak memesan lamb steak. Biasanya inilah makanan kegemaran kami kalau di Chillis. Kalau di Tony Romas, saya sukakan makanan laut seperti Salmon atau Cod fish.
Selepas makan, buffday girl dihadiahkan dengan desert kek harijadi yang diletakkan sebatang lilin. Hubby telah berpesan dengan waiter, no singing, ya. Walaupun kecil tetapi ianya sesuatu yang sangat sweet and elegan dan pastinya menjadi kegemaran anak anak. Mereka akan berebut rebut menceduk desert yang comel ini. Detik detik seperti ini akan kekal sebagai detik terindah dalam hidup kita.
Setiap kali menyambut hari hari istimewa, saya tidak pernah meminta tetapi kali ini semasa sedang menunggu makanan dipesan, hubby tersebut untuk membelikan hadiah yang saya mahu malam itu. Hahaha terus saya menyebut jam Rolex. Itu hanyalah gurauan sahaja, kena bagi mesej dulu supaya dia tahu apa yang kita suka. Sebelum kedai ditutup, sempatlah saya membeli beberapa helai baju di Zara, butik kegemaran saya dan anak anak. Thank you so much, Laling... Hmmm hati berbunga riang kerana di sebelah siangnya, dapat hadiah mewah dari my boss. Sangat teruja mendapat hadiah yang dipack dalam bungkusan yang sangat mewah. Yang pasti, ianya akan kekal menjadi koleksi item kesayangan saya.
Sebelum berundur, saya ingin berkongsikan satu artikel yang dihantar melalui email oleh sahabat saya Haji Asmaddin yang baru bersara untuk peringatan kita semua. Ada 5 perkara kegelapan dan penerangnya juga 5 perkara iaitu:
1. Cinta dunia itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah takwa.
2. Dosa itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
3. Akhirat itu adalah kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
4. Kubur itu adalah kegelapan, penerangnya adalah kalimah syahadah.
5. Titian sirat itu adalah kegelapan, penerangnya adalah yakin.
Sayidina Abu Bakar pernah berpesan, katanya: Siapa yang meninggal dunia tanpa membawa bekalan sama seperti orang belayar ditengah lautan tanpa berperahu.
ASALAMUALAIKUM AKAK!
BalasPadamSEMOGA KASIH SAYANG AKAK BERSAMA ABG KEKAL KE AKHIR HAYAT....SEMOGA HAZIAH JAYA BERJAYA DI SEPANJANG PERJALAN KARIER DAN SENTIASA DI LINDUNGI DAN DI RAHMATI ALLAH..SELAMAT HARIJADI DAN HEPI SELALU...AMIN!
Ameen. Terima kasih, sis
PadamSalam Kak Azie... sy tumpang gembira tgk kebahagiaan akak! mesti esok lusa dpt jam baru..ada tak rasa gatai-gatai kt tangan tu? hehehe....
BalasPadamInsya Allah, doakan ya
Padamkorang semua borong baju kt Zara smp nk tutup kedai tu yerk.. (sbb tgk pintu butik Zara dh tutup separuh..hihih)
BalasPadamHahaha habis semua baju ya. Klasss kau, Maria
PadamTumpang gembira, moga bahagia brkekalan ye Azie, amin!
BalasPadam18 April sama dengan besday hubby saya la aunty =)
BalasPadam