Kuih Seri Muka Delima Untuk Jamuan Harijadi Azie
Sebelum kita berkongsi resepi hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Shahrul Yahya, calon DUN Rungkup yang juga suami kepada mak sepupu saya dan juga sahabat kami, Dato Dr Hj Mohd Shafie Abdullah, calon Parlimen Wangsa Maju atas penamaan calon baru baru ini. Doa saya semoga berjaya dengan cemerlang. Pembaca pembaca blog Azie di kawasan DUN dan Parlimen di sana, bolehlah membantu kedua dua bakal pemimpin yang sangat berkaliber ini untuk menyumbang khidmat bakti mereka.
Entri ini agak lama tertunggak dek ingin memberi laluan pada entri berkenaan harijadi saya. Namun begitu, ianya juga sebenarnya sebahagian dari majlis harijadi kerana selain dari Kek Rainbow di SINI yang disediakan oleh Juita, saya juga membawa Kuih Seri Muka Delima untuk jamuan sempena hari jadi saya. Pada mulanya saya tak pasti samada ingin membawa kuih bakar atau membuat kuih talam. Ini adalah percubaan pertama saya membuat Kuih Seri Muka Delima. Ianya disedia selepas solat Isyak. Tidak susah menyediakannya cuma saya di dalam keadaan kelam kabut dan kepenatan sahaja hari itu.
Entri ini agak lama tertunggak dek ingin memberi laluan pada entri berkenaan harijadi saya. Namun begitu, ianya juga sebenarnya sebahagian dari majlis harijadi kerana selain dari Kek Rainbow di SINI yang disediakan oleh Juita, saya juga membawa Kuih Seri Muka Delima untuk jamuan sempena hari jadi saya. Pada mulanya saya tak pasti samada ingin membawa kuih bakar atau membuat kuih talam. Ini adalah percubaan pertama saya membuat Kuih Seri Muka Delima. Ianya disedia selepas solat Isyak. Tidak susah menyediakannya cuma saya di dalam keadaan kelam kabut dan kepenatan sahaja hari itu.
Resepi Kuih Seri Muka Delima ini saya ambil dari blog Yatie yang memang terkenal dengan kepakaran dalam membuat pelbagai Kuih Talam dan Kuih Bakar. Saya sempat lagi menghantar mesej pada Yatie bertanya kalau ianya perlu disimpan di dalam peti ais jika disediakan malam untuk dimakan keesokannya. Hmm nak tahu apa jawab Yatie? OK lah kita share di sini untuk makluman pembaca semua. Jawabnya tak perlu, katanya lagi kalau disediakan malam, ianya elok dimakan sehingga petang esoknya tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais. Terima kasih Yatie kerana sudi melayan macam macam pertanyaan Azie ya. Memang sedap cuma feedback yang diberi kawan kawan sepejabat, yang bahagian atasnya agak lembik dan manis sedikit. Jadi jika mahu membuatnya lagi di masa hadapan, saya kena mengurangkan sedikit air dan juga gula yang digunakan.
Jom kita tengok resepinya...
Kuih Seri Muka Delima
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Bawah
Bahan bahan:
Bahan bahan:
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
20 gm sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam.
Masukkan ke dalam loyang saiz 10x10x3" yang telah di lapik plastik. Kukus pulut selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaulkan dengan sagu (tak payah sehingga rata) dan tekan pulut di dalam loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.
Lapisan Atas
Bahan bahan:
250 gm gula kaster
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis esen vanilla
Pewarna kuning
Cara cara:
Campurkan kesemua bahan sehingga sebati (ikut turutan di atas), blender dan tapiskan ke dalam kuali. Masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 30 minit. Sentiasa lapkan penutup pengukus.
Biarkan sehingga betul betul sejuk sebelum di potong dengan menggunakan pisau plastik.
Nota Azie:
Di masa depan, mahu kurangkan gula dan air sebanyak 50 gram/ml.
assalam
BalasPadamSelamat pg, sedapnya kuihmuih ni feberet time breakfast sy he hee
cantik kemas sekali
hapy belated besday ye Azie
Kuih ni mmg sedap kak..
BalasPadamkita mahu bahagia di dunia dan akhirat ,oleh itu pilihlah pemimpin yang dapat memandu kita jalan yang di redhai ALLAH.
BalasPadamSalam KakAzie,
BalasPadamHappy Belated Birthday!
Happy belated birthday puan. Semoga diberi kebahagian yang berpanjangan, kesihatan dan juga rezeki yang melimpah. Semoga panjang umur dan sempat menimang cucu. Amin.Sue (pernah ambil resepi nasi kerabu)
BalasPadamAs Salam, kuih lapis yg cantik & sudah tentunya sedap. boleh share 400ml santan pekat untuk lapisan bwh comes from brapa biji kelapa. tq. also happy belated birthday.may Allah showers u with Imaan, Noor, Sabr & happiness, in sha Allah
BalasPadamSaya guna santan beli yg siap perah. Lagi pekat lagi lemak
Padam