Ketupat Sotong Bertelur Untuk Hafez
Semasa berada di rumah sempena study week beberapa minggu lepas, Boy memberitahu yang selepas exam, dia nak makan sotong sumbat. Saya ketawa lah dan tanya apa dia sotong sumbat kerana saya tak pernah pulak membuat sotong sumbat. Ohh lepas dikatakan sotong yang ada pulut di dalamnya, barulah faham yang dimaksudkan adalah Ketupat Sotong, makanan Kelantan kegemaran saya.
Anak anak saya mempunyai selera yang agak versatile, mereka suka makanan Kelantan seperti saya, suka juga makan berkari ala Mamak serta nasi kandar dan roti canai seperti hubby juga lain lain makanan. Saya gembira kerana sekurang kurangnya anak saya ada sedikit ciri ciri keKelantanan bila mereka menyukai laksam, nasi kerabu, ketupat sotong, ayam percik dsb. Haaa macam tu lah anak anak Mama. Mereka tahu yang saya sangat berbangga dengan negeri kelahiran saya, Che Siti Wan Kembang.
Anak anak saya mempunyai selera yang agak versatile, mereka suka makanan Kelantan seperti saya, suka juga makan berkari ala Mamak serta nasi kandar dan roti canai seperti hubby juga lain lain makanan. Saya gembira kerana sekurang kurangnya anak saya ada sedikit ciri ciri keKelantanan bila mereka menyukai laksam, nasi kerabu, ketupat sotong, ayam percik dsb. Haaa macam tu lah anak anak Mama. Mereka tahu yang saya sangat berbangga dengan negeri kelahiran saya, Che Siti Wan Kembang.
Hari Ahad yang lalu kebetulan semua sekali anak anak ada di rumah kerana Nana off selama 2 hari. Mahu release tension agaknya dia keluar pagi pagi lagi untuk berjumpa dengan Azreen dan Hani di OU. Manakala Nelly pula pergi ke Gym. Saya sangat gembira mendengar berita yang Nelly akan diserapkan ke jawatan tetap walaupun belum lagi cukup 6 bulan dalam perkhidmatan kontrak. Nelly baru bekerja selama 3 bulan, namun boss dia sangat berpuashati dengan prestasi kerja yang telah ditunjukkan.
Pagi pagi lagi saya masuk ke dapur untuk memasak Nasi Ayam Kak Laily di SINI dan sambil menunggu ayam diperap, saya mula menyediakan ketupat sotong yang diminta oleh Boy. Pagi pagi lagi hubby ke Pasar Taman Tun untuk mencari sotong yang bertelur. Ketupat sotong lebih sedap jika menggunakan sotong bertelur. hmmm tiada kata nak digambarkan betapa sedapnya ketupat sotong pada saya. Saya memasak kesemua 3 kilo sotong yang hubby beli supaya anak anak puas memakannya. Lagi pulak dah beberapa hari juga Aween asyik bertanya bila mahu membuat ketupat sotong kerana dia tahu yang saya akan membuatnya untuk Boy.
Dah banyak kali saya buat ketupat ini yang antaranya di SINI, namun saya sertakan sekali lagi resepinya di bawah ini...
Ketupat Sotong
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
Sotong - basuh, asingkan kepala dan badan
2 pek Santan
3 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pandan
Cara cara:
Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.
Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.
Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.
Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.
Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan. Tengok tu, penuh dengan telur. Aduhaaai gembira dan puashati sangat sangat. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kami. Terima kasih juga pada my Laling kerana sanggup bersusah payah mencari makanan kesukaan diriku.
x pernah try ..tp cam sedap je..nanti nak cari lah
BalasPadamTiada kata nak menggambarkan perasaan. Semerbak bau di dapur, sudah menjadikan saya menelan air liur. Best nyer ketupat sotong bertelur
PadamYa Allah sedapnya.meleleh air liur Cm.Dah lama tk pekena ketupat sotong .yess me too ...very proud to be Kelantanese....
BalasPadamNk kena cari sotong bertelur la pulak ;)
Sedapnya ketupat sotong. Lama dah tak mkn =)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie,
BalasPadamSaya terbukak blog Kak Azie minggu lepas ketika saya sedang sibuk mencari beberapa resipi. Bila saya baca satu persatu saya makin tertarik dengan blog akak. Saya bukanlah pandai sangat memasak tapi saya suka mencuba. Minggu lepas saya cuba buat macaroni cheese ikut resipi akak tapi tak berapa menjadi. Takpe. Insyaallah saya akan cuba belajar lagi hingga menjadi. Bak kata orang putih, practice make perfect kan. Minggu ni anak saya akan balik dari asrama. Saya rasa macam nak buat nasi ayam ikut resipi akak. Harap-harap kali ni menjadilah ye.
Terima kasih ye sebab berkongsi resipi dengan kami semua. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Kalau akak ada buat kelas masakan, jangan lupa saya ye.
Oh yes, Azie! I enjoy ketupat sotong especially when the sotong has eggs in it. My grandma used to cook it when I was small. Rindu pulak!
BalasPadamkak zie!terliur la pulak
BalasPadamOrang Pantai Timur memang expert buat ketupat sotong ni... dulu saya tak berani nak makan takut hanyir sebab ada taruh gula bagai.. tpi bila adik ipar saya buat... saya cuba makan... hmmm sedap! tak da bau hanyir pun. Adik ipar saya tu orang Pengkalan Chepa. Sampai sekarang macam terasa2 lagi sedapnya... Nak buat tak tahu resepi.
BalasPadamTahniah untuk anak Azie yang telah diserapkan ke jawatan tetap.
sedapnyaaaaaaaaaa...teringin nk mkn sgt3. thn ni x dpt berpuasa kt kelantan.kt penang plak xth nk cari katne.harus la buat sendiri kt umah..TQ kak,share resipi ni :)
BalasPadamSedapnye :-)
BalasPadamsedapnya...
BalasPadambaru pg td mkn kt ofis open house raya ..fuhhh sedap sangat..alhamdulillah
BalasPadamSalam Kak Azie.
BalasPadamK
nissey tu guno kerek besar ko kerek kecik. Kalu kerek besar guno brapo kerek?
Terima kasih kak.