Sotong Butter Yang Meletop Dengan Step By Step
Sebelum kita menulis pasal Sotong Butter yang sedap ini, kita nak sebut sikit jer. Sikit jer. Ye lah selagi kita hidup, eloklah kita berpesan pesan dan saling ingat mengingati. Hahaha pasai apo tu. Citer nya gini, citer pasal hasrat dan cita cita kita nak ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Rasanya semua kita pun ada perasaan, cita cita dan azam begini kan? Cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai dan kali ini jika hajat saya dimakbulkan, saya ingin membuat persediaan yang rapi supaya semuanya dapat dilakukan dengan optimum.
O Oh dah lari dari topik lak, yang kisahnya begini sahabat saya membuat pengiraan kasar jer lah. Kalau sehari kita solat 5 waktu dan kita diberi 5 pahala. Diandaikan lagi kita beribadat sepanjang hidup selama 55 tahun. Cer kira berapa pahala kita dapat? Kalau ikut matematik saya ialah 100,375 pahala. Jadi apa pulak kena mengena dengan cerita umrah ni ya. Jadi kalau nak dipendekkan cerita betapa ibadah di tanah suci, bersolat 1 waktu di sana bersamaan dengan 100,000 pahala. Masya Allah begitu besarnya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada kita sehingga solat 1 waktu bersamaan dengan ibadah kita di sini seumur hidup. Contoh pengiraan ini hanyalah untuk contoh solat jer, tak kiralah yang lain lain spt puasa, bersedekah dll. Jadi setiap dari kita tanamlah azam dan berdoa semoga kita dijemput untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Antara satu umrah dengan umrah yang lain, akan menghapuskan dosa antara keduanya. Doakan lah semoga saya dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah. Ameen.
OK sekarang kita tengok pulak resepi Sotong Butter yang disediakan Nana dan Nellisa pagi hari sabtu yang lalu. Mula mula sotong dibasuh, ditos dan dikeringkan dengan kitchen towel. Lepas tu digaul bersama dengan tepung gandum, serbuk kari dan telur. Goreng dengan api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan seketika.

Mengunakan kuali yang lain, panaskan mentega mengikut jumlah yang disukai. Biarkan sehingga mentega cair. Guna api perlahan jer. Kalau tidak, boleh hangit jadinya minyak kita tu...
Hiriskan beberapa biji cili padi mengikut pedas yang kita sukai dan beberapa pelepah daun kari. Masukkan ke dalam minyak mentega tadi dan biarkan sehingga ianya mewangi. Bila sudah mewangi, bolehlah dimasukkan susu cair. Berapa tin nak guna? Pun ikut sukahati sendiri, kalau banyak sotong kita tu, buatlah 2 atau 3 tin susu cair ke.
Biarkan susu menggelegak seketika. Masukkan cheese, sedikit garam dan gula. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Kemudian bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air dan dituang ke dalamnya bertujuan untuk memekatkan kuah. Berapa pekat tu, ikut suka kita jer kerana semasa disejukkan, ianya akan menjadi lebih pekat. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.
Haa lepas tu, bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas tu. Memang sedap. Selain sotong, sedap juga dibuat Udang Butter atau Ketam ke..
Kalau nak tengok resepinya, bolehlah klik di SINI. Klik klik klik, jangan lupa klik iklan Nuffnang juga. Hahaha saja jer letak resepi di bahagian bawah sekali. Supaya pembaca blog Azie membaca apa yang ditulis sehingga ke noktah terakhir giteww...
Mudah2an hajat yang baik akan dipermudahkan oleh Nya..
BalasPadamGlupppp, gluppp telan air liur tengok sotong butter tu
Terima kasih atas doa
Padamhmm.. pasti sedap makan ngan nasi pepanas kann..
BalasPadamYa makan dg nasi panas panas, lagilah meletop
Padamwoa..sedap..nak try nnt :)
BalasPadamShould try. Anak anak pasti suka
Padamwaaa~~menarik resepi nie. Something new, blh cuba lah nnt ^_^
BalasPadamBuat udang atau ayam pun soodap
PadamSekali ketanah suci seumur hidup menanggung rindu. Memang beribadah disana tiada tandingnya...
BalasPadamSedap nampak sotong tu. Gambar pun dah cantik tu. Bundo pakai nikon..
Oh terima kasih. Cantik gambarnya
PadamAssalammualaikum Puan Azie,
BalasPadamSaya silent reader kat sini. Terima kasih kerana disamping resepi2 yg menarik, puan selitkan juga peringatan2 utk diri ini yg selalu lalai dgn hal duniawi.. Kdg2 terkesan dihati bila membacanya..
Alhamdulillah yg mana baik, kita amalkan kerana sesungguhnya dunia ini hanya penuh dg permainan dan tipu daya
PadamAs salam sis,
BalasPadamDoa ini jugalah yang saya ucapkan selepas solat untuk menjadi tetamu Allah. Semoga Allah makbulkan doa k.azie, saya dan insan lain juga yang ingin ke sana. Ameen.
Terliur tengok sotong butter ni pasti di cuba..he2
Ameen. Terima kasih atas doa
PadamAzie, your sotong is so delicious. Definitely meletop pop! pop! pop!
BalasPadamIt is so marvellous, dear
PadamWow!
BalasPadamThis recipe is really very interesting & informative.
Thank you for that!
Kitchen designs
wow sotong butter lah pulak ! mesti sedap ni
BalasPadamAnything with butter, sure meletop
PadamAzie, bila nak berangkat? Rakan2 di pejabat pun ramai yang akan menunaikan umrah. Silih berganti. Entah bila pula rezeki saya.
BalasPadamwah aunty sedap ni..nak try la..!
BalasPadamAs'salam kak,
BalasPadamNak tanya sikit. Masa nak masak butter tu kena letak minyak sama tak? Maaf la saya budak baru belajar :)
Tak payah. Ikut resepi jer.
Padamnak buat kuah dia lagi pekat guna tepung gandum or tepung beras ye..? konfius saya..
BalasPadamGuna tepung gandum pun boleh. Tepung yang bersalut di sotong juga boleh memekatkan. atau masukkan cheese
PadamSalam..
BalasPadammaaf nk tnye...kalo pkai margerin same x? N lpas tu kalo x ltak cheese boleh x?
Apa apa pun boleh. Cuma rasa tak aama lah.
Padamhi auntie, very informative, hihi kalau nak tanya kan, kalau instead of susu cair, susu apa lagi yang kita boleh guna eh? susu segar tak boleh ye? sbb kat sini tak jumpa susu cair laa :)
BalasPadamKalau tak ada susu cair,blh cuba susu segar atau susu lemak berkrim dan tgk hasilnya
Padamsia dah try tadi. mmg nyaman!! thanks for sharing the recipe..
BalasPadamterima kasih dah try 👍👍
BalasPadamchesee ape gn eh...?
BalasPadamCheese apa yee akk guna tu.. Cheese yg buat burger tu ke?
BalasPadamCheese apa yee akk guna tu.. Cheese yg buat burger tu ke?
BalasPadam