Siapa Pernah Jatuh Cinta
Tidak tahu mengapa tiba tiba sahaja, saya menjadi sangat jiwang jiwang hari ini. Saya memutarkan lagu Siapa Pernah Jatuh Cinta nyanyian Tetty Kadi berulang ulang kali, merasa seolah diri masih muda remaja yang sedang asyik dilamun cinta. Seperti mana remaja lain, saya banyak kali jatuh cinta, cinta monyet sejak di bangku sekolah menengah rendah lagi. Namun ianya tidak berkekalan kerana saya harus mengakui yang saya mempunyai citarasa yang tinggi. Saya mempunyai kriteria lelaki yang saya idamkan. Saya cepat berubah bila menemui kawan lelaki lain yang lebih hebat di mata saya. Tapi satu yang saya pasti, cinta saya terlalu mahal untuk diberi kepada sesiapa sahaja, jadi tiada istilah dating tapi hanya perhubungan melalui surat menyurat dan telefon sahaja. Tiada dating langsung sehingga saya berjumpa dengan si dia yang tinggi lampai handsome bak Roy Marteen, pelakon popular Indonesia ketika itu.
Sebaik menjejakkan kaki ke universiti, segalanya berubah apabila saya menemui Mr Right yang saya cintai separuh mati. Saya terpandang si dia yang memakai T Shirt kuning dengan rambut panjang separas bahu menuruni tangga ke dewan televisyen di satu hari dalam minggu haluan siswa tahun 1984. Yang pasti, dia bukan JKO kerana tidak memakai pakaian seragam JKO. Hati saya tertanya tanya siapa jejaka kacak berkaca mata, hidung mancung dan tinggi lampai yang memenuhi kriteria seorang lelaki handsome dari kaca mata saya. Saya memulakan langkah pertama dengan menghampiri dan berdiri di hadapannya. Dalam fikiran saya dengan beratus ratus orang freshies yang berpakaian seragam, pasti dia tidak akan menyedari pun kehadiran saya di hadapan beliau. Tujuan saya ketika itu, hanya ingin melihat si dia dari jarak dekat sahaja.
Namun tekaan saya silap apabila beliau memanggil saya dan bertanya jika saya ingin mendapatkan tandatangan JKO bernama N yang sedang duduk bersebelahan beliau. Bila saya menggangguk, dia terus meminta buku saya dan menandatanganinya sambil meminta saya menunjukkan kad nama, aduhaai serius pada masa itu, my heart was melted dan terus jatuh hati dengan si dia ini yang mempunyai senyuman manis dengan gigi putih bak mutiara. Namun saya sempat juga mengutuk di dalam hati, ambil kesempatan pula orang ini mentang mentanglah adik dia JKO. Haaa sebabnya dia mengakui yang JKO N itu adalah adiknya. Keesokannya saya menemui JKO N memberitahu yang kad saya telah ditandatangani oleh kawan dia semalam. Ohhh dari situ, saya mengetahui nama si dia yang kacak itu. Tamat minggu haluan siswa, semasa saya ke dewan makan untuk mengambil kunci bilik, si dia telah mengekori saya dan pada masa itu, saya tahu yang dia telah terpikat dengan saya. Pasti sekali kerana saya memang salah seorang antara freshies tercantik ketika itu dengan berambut panjang separas pinggang. Hahaha perasan pulak, hmm memang perasan pun. Ketika itu bermulalah episod baru dan dengan tanpa memberi ucapan selamat tinggal, saya dengan rasminya telah melukakan hati seorang lagi yang sangat menyayangi saya. Saya langsung tidak membalas kiriman surat surat yang dihantar, apalagi mahu bersua apabila dia datang mengunjungi saya di kolej.
Sikap saya yang mudah berubah fikiran menimbulkan kemarahan setengah teman lelaki yang tidak dapat menerima hakikat apabila cinta mereka tidak berbalas. Pelbagai ancaman diterima dan ada yang sanggup berdepan dengan kami untuk menanyakan sekiranya hubungan kami serius. Begitulah prihatinnya jejaka Kelantan yang hanyalah coursemate, apabila saya memilih non Kelantanese sebagai boyfriend. Pada saya cinta cinta sebelum ini, tak lebih dari cinta monyet sahaja. Tidak serius dan tidak ada janji atau sesuatu yang pasti.
Ini hanya sekelumit kisah saya yang sebenarnya tidak seindah yang diharapkan apabila dikenang kembali. Banyak cabaran dan rintangan yang ditempuhi. Tidak mudah untuk mendapatkan cinta seorang lelaki yang handsome dan aktif pula di kolej. Banyak hati yang terluka, banyak hati yang kecewa dan merana termasuk diri saya sendiri. Percintaan yang melalui banyak pasang surut telah menumpahkan banyak air mata saya, air mata orang lain juga. Dari kejauhan saya memohon maaf kepada seseorang yang tak pernah saya kenali kerana telah melukakan hatinya. Jika bukan si dia ini, saya pernah berazam untuk tidak menerima mana mana lelaki lain dalam hidup saya dan rela hidup bersendirian. Betapa saya amat mencintai si dia, mendengar suaranya sahaja, sudah membuatkan saya sangat teruja. Dialah suami dan cinta hati yang telah saya kahwini 25 tahun yang lalu...
Love story yg sgt menarik...
BalasPadamThank you dear. Coretan dari hati
Padamwow... moga bahagia hingga ke syurga
BalasPadamInsya Allah. Ameen
PadamKak Azie, wah, mesti akk pames dan jadi rebutan zaman study kat u dulu... Best baca story akk... Buat nadz terkenang2 zaman nadz belajar dulu. Semoga akk hidup kekal bahagia bersama yg tercinta ya...
BalasPadamNaz,
PadamZaman remaja yg terindah dalam fasa kehidupan kita
Kak Azie..1984..ermmm...akk dah di u masa tu. Nadz baru darjah 3.. hihiii...
BalasPadamNaz,
PadamHmm tak terasa diri dah meningkat usia. Dalam hati sentiasa ada taman
mestilh pernah kak....heheeh...
BalasPadamHappy anniversary Azie smoga kekal hingga kekahir hayat aminnnn
BalasPadamAnniversarry lambat lagi lah Kak Noor
PadamHappy 25th anniversary, may ur marriage will as last as your wedding ring dan dalam lindungan Nya jua. Amin
BalasPadamKak Rose, bukan anniversarry. Entah kenapa jiwang jiwang sangat hari ini sehingga saya menangis sendirian. Sayu sebak semuanya bercampur baur
Padammoga bahagia sampai syurga,
BalasPadamAla tuanya mama!
Tua hanyalah pada angka tapi yg penting adalah dalam diri sendiri.
Padamdiantara yang ramai mestilah ada seseorang yang benar-benar buat kita mandi tak basah tidur tak lena. rasanya semua orang mengalaminya. Happy anniversary. Semuga kasih sayang berkekalan sepanjang hayat.
BalasPadamerr.. gambar tu. Bila buat posting bundo klik kat xtra large. Kalau nak lagi besar, ketika buat new post, klik kat html. Nnti ada height, width dan s. Tukar nombor tu kepada nombor yang lebih besar. Contohnya height1000, s800 dan width 600px. Boleh adjust. Cubalah.
seronok gak sesekali baca kisah cinta . bila kite da berusia begini hati mmg mudah sayu coz i am about yr age.anyway i love reading your blog n i have been following for many many months .
BalasPadamalahai...suka bc story ni...heheh
BalasPadamSeronok saya baca artikel kak azie nie....dulu, masa mula-mula kenal blog kak azie secara x sengaja sebenarnya...pada masa tu sedang mencari resepi ayam percik....sekarang boleh dikatakan hampir setiap hari baca blog kak azie nie...dari cerita kehidupan, resepi semuanya menarik..
BalasPadamkak, nak tgk gambar akak zmn u pls
BalasPadamHeee...seronoknya azie dpt baca your love story. So touching, so romantic. Teruskanlah tulis novel tuu, saya sukalah nak baca...hehe. Boleh tak azie tunjukkan your wedding picture...kepingin sangat nak tengok beautiful couple nii. Alhamdulillah saya tumpang gembira in the end you bersama yg di cintai.:-) :-)
BalasPadam