Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng



Mee Hoon Goreng Azie Kitchen


Bangun pagi pagi hari Sabtu yang lalu, saya memasak Mee hoon Goreng yang sangat sempoi dengan mencapai jer apa apa yang ada dan campak campak ke dalamnya. Ini kira projek last minute ni, sebab teringatkan stock mee hoon yang telah siap dicelur dalam peti. Sambil menggoreng rencahnya, bila teringat apa apa,  masa tu juga saya akan memotong dan mencampak ke dalamnya. Maka itulah adanya karot, ada daun limau purut dalam mee hoon.

Kali ini saya terlebih rajin, semua bahan untuk rencahnya saya tumbuk dengan menggunakan lesung batu. Oleh kerana tiada ayam atau daging, saya hanya menumbuk ikan bilis sahaja. Lagi pulak, saya lebih suka mee hoon yang simple dan tidak menggunakan bahan bahan yang banyak. 


Mee Hoon Goreng Azie Kitchen


Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan kepada kami. Walaupun sempoi, mee hoon yang digoreng sendiri lebih sedap dari yang dibeli di restoran restoran. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Mee Hoon Goreng"

  1. tibatiba rasa lapar -___-
    camni lah bila kat kolej, tengok gambar je lapar..hehehe

    BalasPadam
  2. waaa... nampak sedap tu kak azie... boleh la lisa goreng mee hoon pagi esok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih suka mee hoon goreng daun limau purut

      Padam
  3. macam sedap pulak letak limau purut... :)

    BalasPadam
  4. Unik ni pasal mgunakan limau purut

    BalasPadam