Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Malam Meraikan Harijadi







Seperti biasa kami akan cuba meluangkan masa untuk menyambut hari jadi anak anak dengan keluar makan bersama sama di mana mana restoran pilihan. Sempena hari jadi Juita yang ke16, kami telah keluar makan di Chillis One Utama. Memang ini adalah antara restoran kegemaran anak anak untuk meraikan hari jadi selain dari Tony Romas. Mereka suka makan steak, spare ribs dan juga burger.


Seperti biasa, saya hanya mencukai makanan anak anak kerana portion makanannya yang agak besar untuk dihabiskan seorang diri terutama saya yang sekarang ini yang mula mahu berdiet. Di bawah ini adalah antara makanan yang dipesan oleh anak anak kami. 





Kebetulan minggu ini Boy balik sempena cuti study week sebelum peperiksaan. Jadi kami tangguhkan sessi makan makan ni kepada hari Sabtu. Sementara Nana seperti biasalah, memang tak dapat bersama. Pukul 5 pagi dia dah keluar ke hospital dan pukul 10 malam baru sampai di rumah. Kami hanya membeli dan membawa balik untuk dia makan selepas balik dari pejabat. Setiap malam, Nana akan makan di rumah walau selewat mana pun dia sampai di rumah kerana katanya tak ada kesempatan untuk keluar makan di hospital. 

Selepas makan makan, hubby melayan anak anak bershopping pula terutama hadiah ipod touch untuk birthday girl. Boy dan Aween juga turut sama mendapat bahagian masing masing.  





Selamat hari jadi, Juita...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Makan Malam Meraikan Harijadi "

  1. yummy:) terliurrrr tgk tu haaa :D
    happy birthday Juita.

    BalasPadam
  2. azie, ur daughter is really beautiful like u but she'll look more pretty if she's wear hijab.like her sister, dr nana. btw, happy belated birthday beautiful juita. u're very lucky to have ur parents in your life

    BalasPadam