Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Persaraan Rakan Sepejabat







Sempena hari hari terakhir menjelang persaraan beberapa orang sahabat dan rakan sekerja, saya ingin menulis entri berkenaan majlis persaraan yang sungguh membuatkan saya merasa terharu. Perasaan sebak apabila mendengar seorang demi seorang ucapan perpisahan dari 4 orang rakan yang akan bersara. Kesemua mereka adalah sahabat yang sama sama bersusah senang dalam menjayakan tugas tugas di pejabat sejak saya bertukar ke jabatan sekarang hampir 8 tahun. Persaraan adalah sesuatu yang pasti berlaku jika kita tidak dijemput Illahi terlebih awal atau jika kita tidak meletakkan jawatan. Namun biarlah kita meninggalkan pejabat dengan kenangan indah dan yang baik baik sahaja.

Haji Asmaddin adalah sahabat yang telah lama saya kenali melalui bekas boss saya iaitu Puan Rohana Yusoff. Dari situ, saya mula rapat dengan beliau yang saya panggil sebagai Haji. Lebih lebih lagi kerana Haji dan isteri juga berasal dari Kelantan, menjadikan hubungan kami lebih rapat. Teringat dulu dulu, apabila mempunyai masalah di pejabat, saya selalu menelefon dan meminta pendapat dan nasihat dari Haji. Waktu itu, saya masih berada di jabatan lama. Haji seorang yang sangat menghormati kawan kawan dan beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki. Sewaktu, beliau masih bertugas sebagai Pengurus Cawangan di Terengganu, Haji telah sudi menjenguk saya dan keluarga yang ketika itu sedang bercuti di resort. Pastinya sentuhan itu, tidak akan dilupakan seumur hidup.

Haji Abdul Rani pula, yang juga saya panggil sebagai Haji adalah seorang yang sangat saya kagumi dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki. Banyak juga saya merujuk kepada beliau di kala ada kemusykilan. Sehingga kini, beliau masih menuntut ilmu agama dengan mengikuti kursus pengajian di peringkat diploma secara sambilan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat bermurah hati dan selalu membantu rakan rakan jemaah yang menghadapi masalah kewangan. Perkara ini membuatkan saya kagum kerana dengan cara memudah dan melapangkan urusan orang lain, pasti Allah akan melapangkan urusan kita. Itulah antara ucapan dan pesanan Haji sebelum mengakhiri ucapannya pada hari itu.


Haji Hakimi pula adalah antara sahabat baik yang pernah bekerja di bawah saya. Saya sangat terharu, apabila Hakimi dalam ucapannya memberitahu yang antara kenangan yang paling indah dalam kerjaya beliau ialah apabila melakukan tugasan projek Rounding Mechanism di bawah saya. Saya juga menyenangi beliau kerana sepanjang bersama sama menjalankan projek di peringkat nasional itu, saya dan Hakimi banyak keluar menghadiri mesyuarat, memberi ceramah ke merata rata tempat. Beliau sangat tidak lokek dan tidak berkira. 

Manakala Kim pula sahabat yang saya kenali hanya setelah berkhidmat di jabatan sekarang. Sepanjang mengenali beliau, tidak pernah sekali beliau membuatkan saya tersinggung apalagi merasa marah. Beliau seorang yang sangat sabar dan sangat menghormati orang lain. Beliau antara yang memanggil saya dengan panggilan Puan, walaupun ramai yang memanggil saya dengan panggilan Kak Azie sahaja.

Akhir sekali Haji Azizan yang tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut kerana terdapat urusan keluarga berikutan kematian mertua. Al fatihah untuk mertua Haji Azizan. Beliau yang merupakan bekas Pengurus Cawangan Terengganu yang selalu lembut dalam percakapan dan mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi. Selain majlis persaraan, hari itu juga diadakan sekali majlis sambutan Hari Jadi boss kami yang sangat baik dan berbudi bahasa. Saya telah lama mengenali beliau, iaitu semasa masih di jabatan lama. Dari dulu sehingga kini, saya dapat rasakan sikapnya yang peramah tidak pernah berubah walaupun kini telah bergelar Ketua Jabatan.






Di kesempatan ini juga diadakan majlis sambutan Tahun Baru China untuk meraikan kawan kawan berbangsa China. Jadi hari itu, kami semua berpakaian warna merah dan putih selaras dengan tema yang ditetapkan. Hiasan bilik juga adalah selaras dengan dekorasi sambutan Tahun Baru China. Haaa tengoklah keseronokan kami melakukan Yee Sang salmon bersama sama. 









Hahaha seperti biasalah, posing berposing pasti ada dalam agenda. Sebelum mengakhiri majlis, kami telah bergambar beramai ramai sebagai kenang kenangan.






Akhir sekali, selamat bersara semua sahabat sahabat ku, semoga persaraan dijalani dengan penuh kegembiraan dan penuh keberkatan. Inilah masa untuk menyiapkan diri sebelum menemui Illahi kerana tiada lagi alasan untuk tidak berbuat demikian. Semoga persahabatan akan terus berkekalan. Tidak lupa sama sama sedekahkan Al Fatihah pada wira wira Lahad Datu yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas Sulu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Majlis Persaraan Rakan Sepejabat"

  1. kalau teman2 yang baik tu smpai bila2 pun kita x boleh lupa kan. tq ke blog KA . done follow sini ye 514

    BalasPadam
  2. adat la kan bertemu dan berpisah :-)

    gambar cpuv saya tu saya buat print screen...boleh jer guna software photoscape kena download dulu la or print screen terus melalui keyboard kita

    BalasPadam
  3. selamat bersara kepada sahabat2 Kak Azie...bila dah kenal hati budi, nak berpisah mesti rasa sedih

    BalasPadam
  4. Kawan yang baik akan diingati sampai bila-bila.

    BalasPadam
  5. Azie, moga ukhwah tu berterusan.
    Nak cerita sikit pasal semlm---suami saya tanam pokok tu dlm pasu jadi susahlah ia nak beranak!memang pun tujuannya tak mau dia beranak pinak sbb kawasan kami terhad.
    Tapi sebenarnya ia beranak juga...suami cuba alihkan, MATI!
    Insya ALLAH ada rezeki adalah anak benih tu.
    dan kita boleh jumpa...!

    BalasPadam
  6. saya pernah menangis teresak2 tatkala tibanya hari terakhir persaraan teman baik saya... memang sangat2 touching..

    BalasPadam