Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Sediakan Makanan Sejuk Beku aka Frozen







Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan cara penyediaan makanan yang mudah dan cepat. Hmm menarik bunyinya bukan? Sebenarnya penyediaan tu, macam biasalah cuma cara penyimpanannya sahaja. Bukan apa tapi bagi wanita berkerjaya macam saya ni, cuma hari sabtu dan ahad sahaja yang kita punya masa dan kelapangan untuk memasak atau menyediakan kuih muih dan juadah.



Kadang kadang kita menerima tetamu yang tidak dijangka jangkakan. Bercakap pasal tetamu ini, saya baru belajar bahawa kedatangan tetamu akan membawa rahmat kepada seluruh isi rumah dan juga menghapuskan dosa. Jadi kedatangan tetamu perlu diraikan dengan sebaiknya. Sebelum ini bukan lah tak tahu fakta ini, tetapi hanya sekadar tahu tapi tidak mempraktikkan dengan sepenuh hati. Itulah yang dikatakan bahawa pembelajaran adalah proses yang perlu dijalani sepanjang hayat. Sejak saya berpindah ke rumah baru, saya sentiasa dikunjungi oleh kawan kawan dan saudara mara. Saya pulak lebih gembira jika dapat menghidangkan masakan sendiri untuk tetamu saya. Namun kalau kedatangan itu adalah kedatangan mengejut, macam mana kita hendak menyediakannya kan? Sekadar goreng keropok kering, boleh lah.

Jadi hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan dengan masakan dan kuih muih yang biasa saya sediakan dan disimpan secara sejuk beku untuk hidangan tetamu. Antaranya ialah seperti berikut:




Karipap
Karipap yang disediakan banyak banyak boleh disimpan di dalam freezer. Terdapat dua cara untuk menyimpan karipap sejuk beku. Pertama ialah menyusun karipap yang telah diklim di dalam dulang dan dimasukkan ke dalam freezer selama 30-1 jam. Keluarkan dari freezer dan disusun di dalam bekas bertutup. Bolehlah disimpan di dalam freezer. 





Satu cara lagi ialah dengan menggoreng seketika karipap tersebut dan apabila sejuk, dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. Tujuannya ialah untuk mematikan tepung supaya karipap tidak melekat antara satu sama lain. Sebelum menggunakannya, keluarkan dari freezer seketika dan gorenglah seperti biasa.






Donut
Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam freezer bag. Simpan di dalam freezer. Keluarkan dari freezer seketika sebelum digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.

Muffin/cupcake
Ini adalah satu lagi makanan yang biasa disimpan di dalam freezer. Untuk mengekalkan kelembabannya, balut muffin atau cupcake atau kek yang telah di slice menggunakan aluminium foil. Kemudian balutkan di bahagian luar dengan plastic wrap sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik untuk disimpan di dalam freezer. Contoh kek yang saya biasa freeze adalah seperti Kek Keju, Kek Karot dan Kek Red Velvet.

Keropok lekor
Keropok lekor terutama keropok lekor dari Terengganu merupakan makanan kegemaran saya. Jadi setiap kali ke sana atau mengirim kepada kawan kawan yang ke sana, saya akan menyimpan keropok lekor di dalam freezer. Apabila hendak digunakan keluarkan keropok lekor dan dikukus seketika sebelum digoreng. Jangan sekali kali merebus keropok lekor kerana ianya akan menjejaskan rasa keropok lekor berkenaan.

Buah buahan
Buah buahan tetrutama buah buahan luar negara yang mahal amatlah berkhasiat dan sedap dimakan bersama quaker oat atau apa apa yang disukai. Antaranya ialah rasperry, strawberry, blueberry atau yang seumpamanya. Buah buahan ini dibasuh bersih dan dilapkan dengan tuala dapur. Kemudian disusun di dalam dulang dan disimpan di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dulang dari freezer dan simpan buah buahan tadi di dalam bekas bertutup dan simpan kembali di dalam freezer. Jadi buah buahan ini tidak melekat antara satu sama lain. Bila hendak digunakan, cuma ambil beberapa biji yang diperlukan. Jadi kualiti dan kesegarannya masih terjamin.

Selain buah buahan luar negara, boleh juga kita menyimpan buah buahan tempatan seperti durian, pisang, tembikai dan sebagainya. Pisang sebagai contohnya, boleh digunakan untuk membuat kek, cekodok pisang atau apa apa kuih yang memerlukan pisang. Jadi ianya dapat mengelakkan pembaziran.

Lauk Pauk
Selain dari makanan dan kuih muih, saya juga biasa menyediakan lauk pauk yang disejuk beku terutamanya lauk yang memakan masa yang lama untuk disediakan seperti rendang daging, sambal tumis ikan bilis dsb. Bahagikan lauk pauk tersebut ke beberapa bahagian yang disukai dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam freezer setelah ianya benar benar sejuk.

Keluar dan biarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum dipanas dan dihidangkan. Penyimpanan lauk pauk ini sangat membantu terutama di bulan puasa, lebih lebih lagi di waktu bersahur. 

Haaa bagi sesiapa yang ingin mencuba cara saya, bolehlah mengikutinya terutama anak anak yang baru berumahtangga yang mungkin belum tahu cara untuk menyusun atur tugasan di dapur tu...






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

59 ulasan for "Jom Sediakan Makanan Sejuk Beku aka Frozen"

  1. tip yang berguna jugak ni.. yang saya tahu simpan lauk pauk je dalam peti ais tu.. kuih2 muih tak pernah buat sebab terus terang sy tak pandai & takde skill buat apa2 kuih.Tp kalau saya nak cuba buat boleh la guna tips ni nak simpan lama kan

    BalasPadam
  2. mariam sabar26 Mac, 2013 23:15

    as salam puan azie...salam perkenalan...tksh byk atas tips yg diberikan..really appreciated.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Mariam. Terima kasih kerana sudi singgah

      Padam
  3. thanks kak azie lepas nie boleh buat karipap byk2 dan kukus kepok lekor.huhu sedapnyer mkn time ptg2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuma kongsi pengalman sendiri yang dikutip dari pembacaan di sana sini juga

      Padam
  4. As salam azie,

    Firstly nk bagitau pagi td su dah try buat mee hoon goreng limau prt..sedapp! anak pn ckp sedap mama he2, tq, siap bawakkan bekalnya ke kelas. Second thing tentang tetamu yang berkunjung ke rumah memang arwah mak selalu pesan layanlah tetamu kita walaupun dengan segelas air dan biskut kering sbb ianya membawa rahmat dan barkah. So sehingga kini su suka kalau nak menjamu tetamu yg dtg lebih2 lagi dengan masakan air tangan sendiri. Terma kasih sekali lagi azie sbb turunkan info yg berguna untuk tips makanan sejuk beku lebih2 lagi pada kita yang bekerja ni. Tak boleh tahan tgok gambar pie di atas..kecuhh sudah! he2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya sendiri sangat suka dg mee hoon itu. Lebih lebih lagi jika dimasukkan banyak udang atau sotong atau apa apa seafood yg disukai.

      Padam
  5. As salam kak azie, suka sgt dgn tips ni..tmakasih sudi berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi membacanya

      Padam
  6. Thanks akak bg tips yg bguna ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Terima kasih juga pd Siti kr sudi singgah di blog saya

      Padam
  7. Assalam Pn Azie, tip tip yg bermunafaat tu. Bagaimana dgn pau adakah cara yang sama juga?

    BalasPadam
  8. terima kasih kerana berkongsi ilmu :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum puan azie,

    kalau lauk pauk yang disejukbeku tu, berapa lama tahan ye ?

    BalasPadam
  10. seronoknya baca entry you nie.. banyaknya info selain dari resepi.. terima kasih berkongsi ilmu... teruskan usahamu semoga Allah membalas segala jasa baikmu.. izinkan saya copy ek...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..admin boleh tak nak copy article ni...

    BalasPadam
  12. salam puan, bagaimana dgn pau ? bolehkah dibekukan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Masa nak makan kukus lagi sekali. Hidangkan panas panas

      Padam
  13. Salam kak Azie...
    Sejak anak2 dah x duduk kat nursery, setiap weekend saya akan masak lauk2 utk frozen utk diorang makan lepas balik sekolah. Dan sekarang tengah rajinkan diri buat kuih frozen utk bekalan ke sekolah. Nak tanya boleh x kita frozen chicken pie yg guna puff pastry 'Kawan' tu? Dan sebelum frozen, masak pie sepenuhnya @ separuh masak?
    Hihihihi....sori coz byk tanya.

    Terima kasih.
    Mazlina Ishak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mazlina. Boleh jer. Bakar seketika atau separuh masak. Masa nk makan, bakar lagi.

      Padam
    2. Assalamualaikum kak azie..kalau nak frozenkan wantan dumpling tu kne buat mcm mne ye??sy susun dah pnuh 1 lapis sy lapik plastik smpai pnuh bekas..tpi bila defrost kn jdi lmbik kulit koyak..

      Padam
  14. Assalam kak azie .. nk tnya skit.. kalau kuih donat tu x goreng trus smpan dlm freezer bole ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh juga tp kena bekukan satu persatu dulu atau balut dg plastik takut ianya melekat antara satu dg lain

      Padam
  15. Kak azie.. tq.. suke info sejuk beku ni

    BalasPadam
  16. salam.. kak azie d mana yea ade jual freezer bag nie? d supermarket ada jual x kak?
    - misya-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di hypermarket ada jual. Ada yang jenis seal pun ada

      Padam
  17. Assalamualaikum...
    Kak azie, macam mana caranya agar kueh cara berlauk boleh bertahan cara lama selepas dibuat...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,wbt..
    Blog ini sangat insipiratif dan punya konten artikel yg sangat bermanfaat bagi ramai orang..
    Namun disamping menulisyg sudah tentu dapat pahala dari Allah SWT.jika tulisan tsb dimanfaatkan pembaca blog Anda dan orang ramai khususnya..

    Cuma yg saya terkilan bila blog ini memasang iklan Nufnang yg menyemak blog saja dan membuat berat loding blog dan kita tak akan dapat komisen yg selayaknya..

    Saya sarankan Anda pasang iklan dari Google Adsense,yg tak menipu blogger dan hasilnya sangat lumayan..

    Coba kunjungi blog saya yg saya pasang iklan google adsense disini;

    http://fortunamedia.blogspot.com/

    http://fazryan87.blogspot.com/

    Terimakasih..jika ada apa pertanyaan tinggalkan di ruang komen blog tsb..

    BalasPadam
  19. Salam kak..tq for sharing...sy nk tanya klau kek bleh frozenkn x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu saja boleh. Keluarkan beberapa jam sebelum mahu dihidangkan

      Padam
  20. Assalam kak azie..sy nak tanya kalau puding roti dibakar sekrg dan disimpan dlm freeze sehingga tghari esok tanpa msk peti beku,boleh tahan ke?tkasih

    BalasPadam
  21. Assalam k.azie...nk tya klu nk wt donut frozen blh x sy bakar dlm oven seketika.sy x nk goreng 1/2 masak...sb nti bl nk mkn kna goreng skli lg...dia mcm serap minyak skit...

    BalasPadam
  22. As-salam Pn..
    Nk tya ckit... brapa lama cheesecake x mudah rosak klu letak dlm peti sejuk..boleh tak buat cheesecake 4 or 5 hari sebelum di mkn.. Terima Kasih
    Zaraa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Klu nak tahan berbulan, letak dlm freezer

      Padam
  23. Salam sy nak tanya, kalau simpan cupcake kukus dlm freezer selama seminggu, dan lepas tu bawa keluar, berapa lama cupcake tu blh tahan dlm suhu bilik setelah di nyah beku?

    BalasPadam
  24. Kak azie nak tanye klu satay pula nk kena bakar dulu ke baru freezer kn atau mentah2 pun bole? Bagaimana fungsi bahan pengawet sekiranye tips kak azie semua tak yah pakai bhn pengawet?

    BalasPadam
  25. Wah terima kasih sangat share pasal frozen food ni. Boleh la cuba nanti.
    9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

    BalasPadam
  26. Kak azie..nak tanye kalau nak buat donut frozen yg dbakar oven ..nak guna brp suhu n brp lame ye..tq

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum..nk tnye kalau popia basah nk buat frozen Bole tak..atau kne goreng dulu

    BalasPadam
  28. Terima kasih Azie, info yang sngt berguna.

    BalasPadam
  29. Terima kasih pn.azie. Tips ygberguna

    BalasPadam
  30. Terima Kasih dngn tips yg Sgt bguna!

    BalasPadam
  31. As salam pn.azie....terima kasih tips2 nya ya....mohon izin kongsi resipi2 yang lain ya..

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum. Kak. Boleh ke sye nk minta number phone? Nk tnye PSL makanan sjuk beku ni

    BalasPadam
  33. Assalammualaikum kak azie, iza nak tanya kalau kuih Bom Bijan tu nak di sejuk beku. Kena goreng dulu juga ke mcm karipap tu. Tq kak Azie. Harap sudi menjawab. Resepi kuih Bom Bijan akak memang sedapp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih bom kan ada bijan, rasa tak perlu goreng dulu. Saya belum pernah buat kuih bom beku

      Padam
    2. Ok kak...tq reply text iza.

      Padam
  34. Assalam kak..klau buat karipap frozen ni..bleh tahan bpa lama klau simpan dlm freezer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Lama. 6 bulan ke setahun pun ok.

      Padam
    2. pada suhu berapa ye kalau nk frozen dlm peti ais biasa?

      Padam
  35. Saya ada buat kuih keria Tp Grey's frozenkn tanpa goreng separuh,bila nk goreng terus atau perlu defros dulu

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Puan Azie.
    Sy pernah cuba buat donut frozen. Goreng sekejap. Bila sejuk simpan dlm freezer. Keesokan harinya bila sy goreng, donut jadi kenyal, keras dan meresap minyak. Dah tak gebu. Mengapa yea.

    BalasPadam
  37. Assalam
    Minta halal segala ilmu.sungguh beanfaat.

    BalasPadam
  38. Salam puan.saya wanita bekerja. Sy baru bercadang untuk menyediakan lauk pauk frozen.memandangkan suami akn pulang awal dr kerja. Soalan sy....bape lama tmpoh perlu dikeluarkan dr freezer dlm suhu bilik sblm dipanaskan. Adakah tggu shingga cair keseluruhan?

    BalasPadam
  39. Assalam kak... sy nak tanya kalau nk buat kuih buah melaka atau badak berendam frozen.. cmne nk buat frozen ye

    BalasPadam
  40. salam kak, boleh tak saya share tips ini untuk tujuan pembelajaran. saya ingin meminta kebenaran dari akak untuk saya kongsikan ilmu ini di facebook untuk tujuan pembelajaran saya. terima kasih. saya berharap akak setuju. kerjasama akak amat saya hargai

    BalasPadam