Bersarapan Dengan Nasi Dagang Terengganu di Subang Jaya
Pagi pagi selepas solat subuh, saya melayan i pad. Sementara menunggu hubby yang menyambung tidur selepas solat subuh bangun, saya mula memikirkan apa yang nak dimakan pagi ini sebagai sarapan. Kalau hari minggu macam ni lah, saya akan meminta minta itu dan ini dari hubby. Bila rasa dah pasti apa yang nak dimakan, mula kejutkan hubby. Yeaay nak makan nasi dagang Terengganu di Subang Jaya, lagi pulak sejak berpindah ke sini, tidak pernah lagi saya ke sana untuk bersarapan. Sewaktu di USJ, memang ini lah gerai tempat saya bersarapan setiap hujung minggu.
Sebelum dia bangun tukar fikiran lagi, untuk ajak hubby ke Morib beli ikan segar dan terus makan makanan laut. Hmm kalau memasak pun best juga. Atau ke pasar TTDI jer, kerana saya memang sangat teringin nak makan telur ikan mayung. Alaahaai macam orang mengidamlah pulak. Last last bila hubby suruh saya bersiap, terus saya buat keputusan untuk bersarapan dengan nasi dagang Terengganu di Seksyen 19, Subang Jaya yang memang terbaik. Lagi pulak, saya dapatlah singgah di pasar basah Seksyen 15, nak cari telur ikan. Betul betul betul, serampang dua mata, babe.
Sesampai di gerai Puan Hasnah ini, sudah kelihatan ramai melanggan yang sedang menjamu selera. Seperti biasa, saya memesan nasi dagang. Dalam hati berkata kata, last last lepas ni nak diet dan tak nak makan nasi lagi. Tengok nasi dagang saya di bawah ini yang ikannya dihidangkan asing dalam satu mangkuk dan portion ikannya sangat besar dan sedap. Jauh lah berbeza dengan lauk nasi dagang di Terengganu sendiri yang hanya dicubit cubit dan tak sedap pun.
Hahaha alang alang dah ke sini saya sambar juga sebungkus mee hoon goreng yang sangat sedap pada saya. Entahlah, terasa memang sedaplah walaupun ianya sangat simple. Hanya menggunakan sayur sawi dan hempedal ayam. Cuma saya melihat banyak bawang goreng yang digunakan di dalam mee hoon.
Selain itu, hubby memesan juga nasi minyak berlaukkan daging masak kurma serta nasi dagang untuk dibawa balik pada anak anak. Dia sendiri hanya makan sepinggan mee hoon goreng. Untuk air pula, sekarang ni memang kami hanya meminum air putih. Hahaha untuk sihat dan juga untuk berjimat.
Tapi itulah sekarang ini makan makan simple pun dah berpuluh ringgit juga. Kesian kalau orang yang bergaji kecil dengan bilangan anak yang ramai pulak. Pasti kena berjimat cermat terutama kalau perlu membayar perbelanjaan rumah dan kereta, pasti tidak mencukupi atau hanya secukup makan sahaja. Balik dari sana, saya mengajak hubby singgah di pasar Seksyen 15 untuk membeli ikan untuk dimasak kari. Macam kemaruk nak makan kari lah pulak sejak sejak kebelakangan ini. Melayang lah duit. Pendek kata kalau ada RM100, apa lah barang dapur yang boleh dibeli. Sabar jer dan berserah kepada Allah kerana hanya dia yang Maha Mengetahui dan Maha pemberi rezeki. Kita kena perbanyakkan bersedekah kerana lagi banyak diberi, lagi banyak yang akan kita perolehi. Terbaca satu artikel yang menulis rezeki adalah bukan berapa banyak duit yang masuk tetapi berapa banyak duit yang dibelanjakan. Kehendak manusia memang tidak terbatas, jadi orang yang kaya ialah orang yang sedikit kehendaknya. Saya ingin menjadi seperti ini satu hari nanti. Insya Allah....
Salam kak...fiza x pernah lagi makan nasi dagang ni sbb x pernah teringin nak makan...kalau nasik kerabu selalu fiza makan...he he he...
BalasPadambetul la kak Azie...sekarang ni nak makan kat luar pun fikir 2~3 kali...yer la...sekali makan pun dah berapa puluh dah...tu baru 4 beranak ja...he he he...sekarang ni barang2 semua naik harga...so kita pun kena gak berjimat...he he he...
Fiza,
PadamKalau dah sekali makan, boleh terkenang kenang. Terutama gulai ikan tongkolnya yg sgt sedap. Betul tu, kami kalau makan anak beranak kat luar, tak akan bawah dari RM100, kalau makan kat restoran mahal, mesti RM300 sekali makan. Tak tahu apa nak jadi dg anak anak kita nnt.
salam,
BalasPadamsaya teringin jugak nasi dagang Tr, saya asyik2 dgn nasi dg Kelantan. Apa beza?
hari ni saya ke belon panas, jam 8 belon terbang dah nak habis...lepas tu makan pagi di warisan lepas tu baru ke pasar borng selangor!
Banyak beza. Nasi dagang Terengganu guna beras nasi dagang putih, ikan tongkol hitam isi putih dan gulainya banyak berempah. Dimakan dg acar timun. Nasi dagang Kelantan guna beras nasi dagang ungu, guna ikan tongkol putih isi hitam sikit yang dimasak gulai lemak kuning. Dimakan dengan sambal kelapa, hirisan timun dan telur rebus.
Padamaduhhh...sedapnya nasi dagang...aritu mek ada datang rumah, sempat la kirim beras nasi dagang tu, tapi sampai sekarang tak terbuat lagi, bukan apa... sampai 5 kilo dibawaknya.... :)
BalasPadamKalau beras asi dagang, oleh masak apa lagi ya selain nasi dagang?
Padamberas tu boleh buat nasi lemak kukus jugak...sbb beras nasi dagang ni x elok kalau di tanak sbb hasil dia mcm berpulut skit.....
Padam-izwan-
macam bagus sjer tempat tuh..
BalasPadamAdda, the best nasi dagang Terengganu. Malah lebih sedap dari nasi dagang di Terengganu pun.
PadamAssalamualaikum Kak Azie,
PadamSaya duduk USJ. Tapi langsung tak boleh cam tempat ni...
USJ berapa ye...teringin jugak nak cuba.
Kedai ni di seksyen 19. Kalau masuk selepas Komuter station, terus sahaja sehingga bertemu dg trafik light yg pertama. Belok kiri. Nampak gerai gerai makan di kanan. Disitulah tempatnya. Kedai tepi sekali
Padamkak azie entah kenpa sy nie tiap2 hari dok tunggu en3 kak azie... mcm baca novel laks... tapi apapun ur en3 and urself give me more idea and inspirasi haha nie bukan bodek tapi betul2. thanks sis
BalasPadamTerharu membacanya. Terima kasih atas sokongan yg diberi. Nnt kita ber fb pulak ya.
PadamAzie kedai nie kat mana ek landmark paling dikenali disitu ape ek, teringin lah pulak D5 nk makan hehhehehe :)..
BalasPadamKalau dari Federal Highway, masuk Subang Jaya. Terus sahaja sehingga bertemu traffic light pertama, belok kanan. Terus dan simpang pertama ke kiri, masuklah. Gerai tepi sekali bertulis Nasi Dagang Terengganu. Pagi sabtu dan Ahad sahaja.
Padamkedai ni terkenal akak personally nikee lum sempat singgah ..katanya gulai ike aye dia best..tapi mahal kan....insyaallah lalu nani kita makan
BalasPadamYa memang mahal tapi skrg ni, mana ada yg murah. Gaji naik, harga brg naik, minyak naik harga barang naik. Bila naik, dah tak mungkin turun kecuali air hujan jer
PadamKedai ni sgt mahal...nasi dagang x betbaloi dgn harga
PadamHarga nasi dagangnya berapa satu>
PadamAwesome!!... lapor jadi nyerr weiii .... bakpo masuk kitchen azie pulok nih! ... aduhaii ptg syawal nii .... sape ade nasi dagang ek
BalasPadam