Assalamualaikum, Dr Nana
Assalamualaikum and good morning, Doctor. Hmm does it sound familiar? Hahaha itulah yang selalu saya ucapkan apabila masuki bilik doktor untuk mendapat rawatan samada di klinik atau di hospital. Akhirnya detik yang ditunggu telah tiba, bila hari ini Nana mulai melaporkan diri untuk bertugas sebagai Pegawai Perubatan (houseman) di Hospital Selayang. Sebelum itu, ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Shah Alam dulu untuk urusan dokumentasi. Hari ini saya mengambil cuti untuk menemani Nana melaporkan diri. Hari hari seterusnya Nana akan drive sendiri kereta ini yang hubby beli untuk dia ke pejabat.
Setelah menamatkan pengajian beberapa bulan yang lepas, Nana mula menghabiskan masa dengan mentelaah buku buku dan journal perubatan selain dari membaca buku buku agama. Menurutnya, beliau tak mahu kehilangan momentum kerana bidang perubatan memerlukan seorang sentiasa keep abreast dengan apa apa kemajuan dalam bidang perubatan.
Sesungguhnya Nana seorang anak yang sentiasa membuat saya bangga. Hmm jangan salah faham, anak anak saya yang lain juga punya kelebihan masing masing. Tapi Nana ada mempunyai ciri ciri seperti saya yang agak perfectionist dan dalam masa yang sama seorang yang jovial seperti father dia. Rumah akan menjadi riuh rendah bila dia ada. Kadang kadang telatahnya membuat saya ketawa sendiri. Saya pula seorang yang prim and proper terutama dalam bergambar. Saya tak akan membiarkan gambar saya diambil dalam keadaan yang tak cantik, sedangkan Nana membuat macam macam muka kelakar di dalam gambar. Yang pastinya untuk tatapan keluarga sendiri lah.
Oh terlupa pulak, kenapa saya berkata saya bangga dengan Nana. Sebenarnya dari kecil, saya tak nampak Nana mempunyai ciri ciri seorang doktor. Beliau agak penakut dan penggeli berbanding dengan Nelly yang berani mencabut gigi adik adiknya, merawat luka saya atau merawat luka kucing kucing persian kesayangan kami. Jadi bila Nana berjaya menamatkan pengajian dengan menjalani praktikal ke atas mayat dsb, menjadikan saya merasa sangat bangga kerana beliau sebenarnya seorang yang berani. Saya pernah mempunyai roomate semasa di kolej dulu yang terpaksa menukar bidang pengajian di tahun kedua kerana tak berani untuk menyentuh dan membedah mayat.
Selain itu, apabila ditanya hospital mana beliau ingin bertugas, Nana terus memberitahu yang beliau tidak kisah untuk berkhidmat di mana mana hospital pun kerana ianya terpulang kepada sikap individu sendiri. Malah hospital yang mempunyai banyak kes dan pesakit, lagi memberi pengalaman yang boleh membantu untuk dia meneruskan pengajian ke peringkat specialist. Nana ingin menjadi seorang surgeon satu hari nanti. Jadi saya melihat Nana sangat komited dan bersungguh sungguh untuk berbakti. Itulah yang menjadikan saya sangat bangga dan terharu dengan Nana. Semoga Nana dipermudahkan dalam segala urusan dan akan bertugas dengan penuh dedikasi serta sentiasa bersabar melayan karenah supervisors dan juga pesakit.
Selamat menempuh alam pekerjaan dan juga menempuhi kesesakan jalanraya ke pejabat setiap hari. Kena sentiasa sabar dan banyak banyak beristighfar bila berhadapan dengan apa sahaja dugaan dan rintangan... Ingat Allah di kala susah dan senang.
Selamat bertugas, Dr Nana.
untungla k.azie ye....anak dah berkerjaya.....:-)
BalasPadamInsya Allah, you nanti pun akan mengalami detik ini. Mereka memberikan cahaya kebahagiaan kpd kita sebagai ibu bapa
PadamTahniah Dr. Nana..seronok baca ni.. selamat bertugas dgn penuh keikhlasan
BalasPadamTerima kasih. Insya Allah semoga dia dipermudahkan dalam segala urusan.
PadamTahniah Dr. Nana dan selamat bertugas dengan kereta barunya.... Tahniah jugak buat Azie n hubby.
BalasPadamTerima kasih Kak Rose.
Padambetul tu kak, mestilah kita rasa bangga dengan kejayaan anak kita. tahniah. saya pun tumpang happy, manalah tahu satu hari nanti, anak saya pulak bakal jadi Dr.
BalasPadamInsya Allah, kita tidak tahu masa depan. Anak yg nampak penakut, entah itu yg bakal menjadi doktor
PadamSalam tahniah Dr Nana dan ibunya. Semoga berjaya.
BalasPadamSalam, Kak Azie. salam untuk Dr Nana. Selamat menjalankan tugas & saya percaya individu yang komited seperti Dr Nana bukan sahaja akan menjadi kebanggaan keluarga tetapi juga akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti, insyaAllah. Syabas, Dr Nana!!
BalasPadamAs salam k.azie,
BalasPadamApa lagi yang patut saya ucapkan selain congrats buat Dr. Nana and the parent! Ibubapa yang mana tidak bangga bila melihat kejayaan anak2. Ini adalah anugerah yg tidak ternilai. Rasa hilang penat lelah menjaga anak kan sis he2..Alhamdulilah berkat usaha, tawakal and doa pasti Allah makbulkan. Keperihatan, doa and kasih syg ibubapa jgk penting.Im proud of you Dr Nana. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Dr aminn.
Tahniah buat Nana dan kak Zie juga.
BalasPadamTahniah buat Dr Nana :D n tahniah to the parents too :)
BalasPadamcongrats to Dr Nana. She looks all ready and set to her journey as a Doctor.
BalasPadamRegards,
Sally
Tahniah Dr Nana semoga trus menjadi anak yang menyejukkan jiwa mak n ayah.. Insya Allah ;)
BalasPadamTahniah Dr Nana yg manis, juga tahniah buat Azie sekeluarga...Yatie tumpang gembira dan berbangga...slmt bertugas.
BalasPadamsepanjang pengalaman saya bekerja di hospital,ramai HO yang mengalami beban tugas yang agak teruk juga.harap2 Nana berjaya mengatasi segala stress yang akan di tempuhinya nanti!
BalasPadamBetul tu. kami dpt tahu ada kwn Nana yg baru 2 hari bekerja sudah tak tahan. Ada yg kerja dari pukul 6 pagi hingga 12 pagi. Wow itu rasanya dah menyalahi labour law tu. kalau terlebih kerja tanpa rehat, they tend to make a mistake. Insya Allah, kami dah berbincang dan minta Nana sabar utk tempoh 2 tahun ini.
PadamRasanya saya belum terlambat lagi mengucapkan tahniah buat Azie sekeluarga... lebih-lebih lagi pada Nana yang dah berjaya dalam pengajian dan bergelar Dr. Moga Dr.Nana tabah dan sabar menempuh hari-hari yang dilaluinya sepanjang tempoh 2 tahun ini... dan akan sentiasa membuat Azie sekeluarga berbangga dengannya.
BalasPadamAlhamdulilah...saya tumpang gembira dgn kejayaan anak puan...semuga Dr. Nana menjadi anak yg solehah till Jannah
BalasPadam