Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apa Khabar, Dr Nana Ain





Apa khabar anakanda ku? Macam lama pulak tak bertemu. Setelah beberapa hari mula bertugas di Hospital Selayang, kesempatan untuk bertemu juga mulai sukar. Setiap hari Nana keluar sebelum saya turun dari bilik dan balik pula selepas saya sudah naik tidur. Hari Sabtu dan Ahad juga, Nana terpaksa ke hospital. Saya cuma sempat ber whatsApp sahaja dan selalu berpesan supaya mengambil vitamin dan makan supaya perut tidak kosong. Setiap hari sebelum tidur, Nana akan mentelaah buku buku dan journal perubatan. Hmm patutlah Nana mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian, hati saya berkata kata sendirian. Dia memang sangat berdedikasi. Semoga Allah memberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan kepada Nana untuk menjadi seorang doktor yang berjaya di dunia dan akhirat. Ingati Allah sepanjang masa terutama dalam menjalankan tugas tugas yang diamanahkan. Mulakan kerja dengan bacaan Bismillah supaya urusan dipermudahkan dan diberkati...

Saya pulak masih teruja dengan pemberian Campaign CPUV di blog saya oleh Nuffnang. Alhamdulillah, semoga niat murni saya dipermudahkan. Jom pembaca blog Azie Kitchen untuk bersama sama klik iklan Nuffnang yang sangat menarik sambil melayan resepi dan gambar gambar masakan. Bersama sama saya membuat amal jariah kerana sebahagian hasil akan disumbangkan kepada pihak pihak yang memerlukan.

Tidak lupa sebelum berundur, sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada ibu bapa, mertua, ahli keluarga dan kaum muslimin muslimah serta tidak lupa wira wira Lahad Datu yang terkorban dalam pertempuran dengan Pengganas dari Sulu yang kekonon menuntut tanah nenek moyang mereka. Mereka harus sedar yang apa sekalipun, mereka telah hilang kedaulatan di Sabah beratus ratus tahun lamanya. Sayang sekali kerana Islam tidak membenarkan keganasan sesama Islam apalagi atas tujuan yang salah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kembalikanlah keamanan kepada negara Malaysia yang tercinta. Semoga Allah menunjukkan kita semua dengan jalan yang benar....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Apa Khabar, Dr Nana Ain"

  1. Memang bagus nana ni.Patut pun jadi Dr.Sebab rajin:) Semoga sentiasa berjaya..

    Okey nanti nak klik2 nuff akak..Alhamdulillah ada rezeki CPUV dah tu :)

    BalasPadam
  2. moga nana menjadi doktor yg sgt tabah juga dedikasi..teringat saya masa memula jd houseman kt HKL 21 tahun dulu..oncall selang sehari ada sampai x tidur 48jam terus..mcm zombie dh rupa doktor masa tu but i guess nowadays things must have improved so much..houseman sekrg dh x teruk sgt bekerja spt dulu..moga nana tabah ye!

    BalasPadam
  3. Moga Dr jadi dr yg soleh dan anak yg menyejukkan hati ibu bapa.
    Mata dia serupa ddgn Azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke tapi ada juga perangai yg sama dg saya spt perfectionist. Cuma dia sangat lembut berbanding saya yg agak garang

      Padam
  4. salam kak azie..masa nk placement ad tu akak kena pilih yg placement kt bawah entry tu..saya pun dh lupa2 ingat tp kalu akak follow step by step yg betul..insyaallah jadi punyer..nnti cuba akak edit balik..

    BalasPadam
  5. Salam Kak Azie,

    COngrats Dr Nana! Aunty proud of you.

    BalasPadam